Showing posts with label Resepsi. Show all posts
Showing posts with label Resepsi. Show all posts

Monday, 13 October 2014

25 Gambar Majlis Resepsi & Persandingan Erin Malek Dan Farriz

5 Gambar Majlis Resepsi & Persandingan Erin Malek Dan Farriz


Majlis resepsi dan persandingan bagi pihak pengantin perempuan iaitu Erin Malek telah diadakan malam tadi di Intercontinental Hotel.

Berikut merupakan team yang terlibat:

-Make-up: tiar zainal
-Pelamin: zaha weddingplanner
-Baju: azura couture
-Photobooth: sweet crush booth
-Photo exclusive oleh Team project2pi
-Video exclusive oleh team cstproduction

Erin Malek mengenakan gaun cantik berwarna merah manakala Farriz memakai baju bewarna putih berseluar hitam.

Ramai tetamu termasuk media dan rakan artis hadir di majlis resepsi itu. majlis persandingan bagi pihak lelaki iaitu Farriz akan diadakan pada minggu hadapan.

Jom layan gambar resepsi dan persandingan Erin Malek dan juga Farriz Fauzi:


























View the original article here

Monday, 22 September 2014

Majlis Resepsi Alif Satar Dan Isteri Dirai Dengan Cukup Santai!



Setelah selamat diijabkabulkan pada 15 September lalu, pasangan Alif Satar, 24, dan Sha Dila, 30, diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang penuh meriah dan santai malam Sabtu yang lalu.

Bertempat di Marina Putrajaya, majlis menyambut tetamu yang diadakan oleh keluarga pihak lelaki itu bermula seawal jam 8 malam iaitu selepas kedua mempelai tiba dengan pakaian serba putih.






Tanpa sebarang acara berarak yang formal seperti majlis resepsi biasa untuk masuk ke dewan, Alif dan Sha terus berjalan menuju masuk dan menuju ke meja-meja tetamu.

Ketika visual itu ditayangkan Alif dan pasangan turut mengalirkan air mata selepas sebak dengan apa yang keluarga dan rakannya persembahkan khas buat dirinya dan isteri di hari bahagianya.

Istimewanya Alif turut menyampaikan sebuah lagu kegemaran isterinya iaitu Kaulah Segalanya pada majlis tersebut sebagai kejutan buat isteri tersayang. Sha terus mengalirkan air mata kerana terlalu terharu dengan kejutan itu.

Majlis tamat kira-kira jam 11 malam selepas tetamu menjamu selera dan turut mengambil kesempatan merakamkan momen bahagia itu bersama mempelai.
Pasangan terlebih dahulu telah diraikan pada waktu siang dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan oleh pihak perempuan di tempat yang sama.
Alif Satar dan Sha Dila telah mengikat pertunangan pada Januari lalu.



View the original article here