Showing posts with label SAMPAI. Show all posts
Showing posts with label SAMPAI. Show all posts

Wednesday, 10 September 2014

Sampai Bila gabung Waris, Mark



MARK ADAM (berdiri kiri) dan Waris bersama penerbit dan pengarah filem Amir & Loqman Pergi Laut serta komposer lagu runut bunyi Sampai Bila, DJ Fuzz (duduk kiri) pada majlis pelancaran runut bunyi tersebut baru-baru ini.

FILEM berjudul Amir & Loqman Pergi Ke Laut merupakan sebuah lagi filem terbaharu arahan Mamat Khalid yang bakal menjengah di pawagam seluruh Malaysia pada 25 September ini.

Ia mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Amir dan Loqman yang ingin keluar daripada sebuah kumpulan gengster, tetapi terpaksa membayar wang sebanyak RM30,000 kepada ketua kumpulan tersebut.






Bagi mendapatkan wang tersebut, mereka berdua terpaksa melakukan rompakan secara kecil-kecilan, tetapi selalu berhadapan dengan kegagalan kerana tidak pandai melakukan kegiatan jenayah.

Filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw itu dibintangi oleh dua pelawak popular, Shuib Sepahtu dan Syuk SYJ serta diperkuatkan dengan beberapa pelakon lain seperti Soffi Jikan, Zarina Anjoulie, Kunie, Nadia Mustafa, Kazar dan Rashidi Ishak.

Biarpun filem berkenaan masih lagi belum ditayangkan di pawagam, pihak Astro Shaw baru-baru ini telah melancarkan sebuah klip video untuk lagu runut bunyi berjudul Sampai Bila.

Sesuatu yang agak menarik tentang lagu berkenaan apabila ia menggandingkan dua orang penyanyi popular, Waris dan Mark Adam untuk menyanyikan lagu hasil ciptaan DJ Fuzz itu.

Pada satu majlis pelancaran yang berlangsung di Red Box Ria, Sogo, Kuala Lumpur, Waris berkata, klip lagu Sampai Bila bertepatan dengan tema dan jalan cerita filem berkenaan.

“Sebelum ini DJ Fuzz, saya dan Mark telah diberi tanggungjawab untuk berkolaborasi dalam menghasilkan lagu ini sebagai salah satu cara mempromosikan filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut.

“Setelah persetujuan diberikan, kami telah diberikan sinopsis filem ini. Kemudian DJ Fuzz diberi peranan untuk menghasilkan melodi dan lirik, manakala saya dan Mark pula menyanyikan lagu ini,” ujarnya.

Bercerita tentang pembikinan klip video lagu yang berkonsepkan jazzy hip hop itu, Waris menjelaskan bahawa ia menggunakan konsep dua orang banduan yang lari daripada tahanan polis serta cuba melakukan jenayah tetapi sering gagal dan ia disampaikan dalam bentuk komedi.

Ujarnya, antara kelainan yang terdapat dalam lagu Sampai Bila apabila tiada sebarang dialek Negeri Sembilan dalam lirik lagu berkenaan seperti lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini.

“Berbeza dengan lagu-lagu nyanyian saya sebelum ini seperti Botingkek-Tingkek dan Gadis Jolobu, Sampai Bila merupakan lagu komersial pertama saya yang tidak menggunakan dialek Negeri Sembilan,” jelasnya.

Sementara itu, Mark Adam yang turut ditemui pada majlis sama berkata, Sampai Bila merupakan kolaborsi kedua yang membabitkan dia bersama Waris setelah lagu Salam Lebaran pada tahun lalu.

“Sebelum ini, saya dan Waris pernah bergandingan bersama Eyza Bahra untuk lagu Salam Lebaran. Jadi, apabila diberi peluang sekali lagi bergandingan dengan Waris menerusi lagu Sampai Bila, semuanya berjalan lancar termasuk pembikinan klip video yang dihasilkan pada bulan puasa lalu,” ujarnya.




Lagu khas

Menceritakan lebih lanjut tentang pembikinan lagu Sampai Bila, Pengurus Besar Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, lagu berkenaan sememangnya dihasikan khas untuk promosi filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut.

Ujar Gayatri, pihaknya memilih DJ Fuzz untuk menghasilkan lagu runut bunyi filem berkenaan kerana kedua-dua pihak pernah bekerjasama sebelum ini menerusi ciptaan lagu berjudul Haus yang dinyanyikan Awi Rafael bagi filem Apokalips X.

“Pihak Astro Shaw percaya bahawa lagu Sampai Bila ini dapat memberi impak tersendiri untuk menarik penonton ke pawagam dan ia sememangnya dihasilkan sebagai salah satu bentuk promosi.

“Selain itu, lagu ini juga bertepatan dengan tema filem terbaharu kami dan orang ramai boleh menyaksikannya di YouTube dengan melayari laman web www.youtube.com/AstroShaw tidak lama lagi,” ujarnya.

View the original article here

Wednesday, 4 June 2014

Bercinta Sampai Tak Sedar Kena Seluk Saku

Orang yang bercinta seringkali tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka, mereka begitu ralat antara satu sama lain, tetapi kadang-kadang ia boleh menjadi sesuatu perkara yang tidak baik.




View the original article here

Saturday, 31 May 2014

9 GAMBAR KUCING DIDERA SAMPAI BUTA KERANA MIRIP ADOLF HITLER!!!


Seekor kucing malang telah dibutakan sebelah mata kirinya dipercayai dilakukan oleh samseng hanya kerana mukanya mirip wajah pemimpin tertinggi Nazi, Adolf Hitler.

Baz, kucing jantan yang berusia tujuh tahun mempunyai 'misai' di bawah hidungnya yang menyerupai diktator Nazi itu.

Baz didapati tidak pulang ke rumah selepas hujung minggu yang lalu dan dipercayai berkeliaran di kawasan Tredworth, Gloucestershire.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian jiran Kristy Sparrow menemui Baz di dalam tong sampah yang mengalami kecederaan yang teruk.

Sparrow terus bergegas membawa kucingnya itu ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Doktor terpaksa membuang mata kiri Baz kerana matanya rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Sungguhpun Baz kelihatan seperti Hitler, tetapi dia seekor kucing yang pemalu dan lembut. - Daily Mail















View the original article here

Friday, 30 May 2014

Pukul Isteri Sampai Mati Sebab Salah Masak


NEW YORK - Seorang warga Pakistan dibicarakan pada Rabu lalu selepas dia memukul isterinya sehingga mati dengan menggunakan kayu selepas dia menyediakan menu makan malam yang tidak dimintanya.

Bagaimanapun, warga Pakistan itu, Noor Hussein yang berusia 75 tahun menyifatkan dia mempunyai hak untuk melakukan perbuatan itu bagi mendisiplinkan isterinya.

Dia membunuh isterinya di apartmen mereka yang terletak di Brooklyn pada tahun 2011

Defendan meminta isterinya untuk memasak daging kambing sebaliknya isterinya berkata, dia telah menyediakan hidangan sayur-sayuran.

Tidak puas hati dengan hidangan tersebut, mereka bertengkar menyebabkan isterinya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suaminya itu. 



Noor Hussein yang berusia 75 tahun

Ekoran itu, Hussein berang dan mengambil sebatang kayu dan memukul tangan dan mulut isterinya sehingga mangsa mati.

Peguam bela Hussein, Julie Clark berkata, suspek mengakui bersalah memukul isterinya.

Namun, Hussein memberitahu di negara asalnya, memukul isteri merupakan amalan biasa.

Penolong Peguam Negeri, Sabeeha Nadni berkata, jiran-jiran akan memberikan keterangan bahawa isteri Hussein yang berusia 66 tahun itu pernah didera oleh suaminya.

Kes itu akan disambung semula. - Agensi



View the original article here

Tuesday, 27 May 2014

PUKUL ANAK SAMPAI MATI KERANA MENIRU KERJA SEKOLAH RAKAN


YE memohon maaf ketika berada di hospital, semalam.

Hangzhou: Seorang bapa ditahan polis semalam kerana didakwa memukul anaknya sehingga mati kerana meniru kerja sekolah rakannya.

Menurut polis, lelaki berkenaan bertindak keterlaluan dalam memastikan anak perempuannya yang berusia 11 tahun berjaya dalam pelajaran.

Tekanan yang diletakkan ke atas kanak-kanak untuk berjaya dalam pelajaran mereka semakin meningkat di China kerana desakan persekitaran kerja yang menuntut pekerja berkelayakan kini.


Dalam kejadian itu, polis mendakwa Ye Hung, 35, mengikat anak perempuannya, Chou dan memukulnya dengan kejam di kediaman mereka di Bandar Hangzhou, wilayah Zhenjiang.

Dia kemudiannya keluar sebentar untuk menenangkan diri sebelum masuk semula untuk membuka ikatan anaknya namun mendapati kanak-kanak itu sudah tidak bernafas.

Doktor tidak dapat menyelamatkan kanak-kanak itu yang mati akibat serangan jantung 12 jam kemudian.

Jurucakap polis semalam berkata: “Bapa kanak-kanak itu melutut di sisi katil, menyesali tindakannya. Dia seorang bapa yang yang terlalu mendesak dan bertindak keterlaluan. Ia bukan pembunuhan terancang.” Sepupu lelaki itu, Park Jen, 37, berkata: “Dia sebenarnya seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab. Dia sangat menitikberatkan soal pelajaran anaknya. Dia menghantar anaknya ke sekolah setiap hari dan jarang memukulnya.

“Dia sangat menyayangi kanak-kanak tetapi percaya mereka perlu melakukan yang terbaik dalam pelajaran mereka dan tidak meniru. Tindakan anaknya meniru dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberi menjadikan dia benar-benar marah.” 

- Agensi