Showing posts with label Sahaja. Show all posts
Showing posts with label Sahaja. Show all posts

Wednesday, 22 October 2014

Che Ta: 'Saya boleh minta apa sahaja!'



“KAMI boleh minta apa yang kami nak dan sudah tentu kami mahukan doktor perempuan menguruskan proses bersalin saya nanti,” ujar pelakon jelita, Rozita Che Wan kepada Zass ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp, Khamis lalu.

Rozita yang mesra disapa Che Ta ini berkata, dia sangat bersyukur dan menganggap semuanya rezeki anak apabila pihak Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sudi menaja urusan bersalinnya.






“Saya telah pun menjalani rawatan di hospital tersebut dan Jumaat lalu merupakan kali kedua saya menjalani rawatan di sini.

“Bukan setakat ditaja tetapi layanan yang mereka berikan sangat baik dan ianya membuatkan kami benar-benar teruja,” kata cinta hati pelakon Zain Saidin ini.

Berkongsi lanjut, ujar ibu kepada Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, ini, dia pernah menggunakan khidmat Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri ketika melahirkan kedua-dua anak lelakinya itu.

“Malah ketika mereka bersunat pun, ia dilakukan di situ juga. Bezanya kali ini saya mendapat tajaan pihak hospital,” katanya menerima tajaan bersalin kelas pertama dari hospital terbabit.

Che Ta yang dijangka sedang menunggu masa bersalin sebenarnya tidak menyangka pihak hospital sudi menaja segala kos bersalin dan rawatan susulan kepadanya.

“Sedikit sebanyak wang perbelanjaan bersalin yang disimpan bolehlah dilaburkan untuk kegunaan membesarkan anak ini nanti,” katanya yang berdebar menanti kelahiran anak pertama hasil perkahwinannya bersama Zain.

Dalam pada itu, Che Ta juga berharap semuanya berjalan lancar dan dia selamat melahirkan bayi ketiganya itu.



View the original article here

Sunday, 15 June 2014

Tempat Ini Hanya Lelaki Sahaja Yang Di Benarkan Masuk



Gunung Omine adalah sebuah gunung suci di Nara, Jepun. Gunung ini nama rasminya adalah Gunung Sanjo, namun kerana berada di pergunungan Omine makanya disebut Gunung Omine.

Di puncak gunung ini terdapat sebuah kuil Ominesanji, pusat agama Budha Shugendo di Jepun. Seluruh bahagian gunung ini adalah tempat suci untuk ziarah dan latihan sami kuil tersebut.

Pada 2004, UNESCO menjadikan gunung ini sebagai laman Warisan Dunia.

Namun anehnya, perempuan tidak dibenarkan masuk sama sekali. Tidak hanya perempuan, orang yang keluarganya baru meninggal pun dilarang masuk ke kawasan gunung ini.

Selama 1,300 tahun, hanya lelaki yang dibenarkan masuk dan melihat Kuil Budha yang terkenal di ketinggian 5.640 kakinya ini. Alasannya sama dengan tempat pelancongan lain yang melarang perempuan masuk, yakni kehadiran mereka dianggap dapat mengganggu kesungguhan jemaah yang melawat gunung ini.


View the original article here

Wednesday, 21 May 2014

Siti Saleha Berselera Dengan Lelaki Mat Salleh Sahaja!

Pelakon Siti Saleha mengakui yang dia selesa dan hanya meminati lelaki yang mempunyai darah kacukan sepertinya.



Jika diperhatikan bekas-bekas teman lelakinya sebelum ini turut mempunyai darah kacukan, antaranya adik pelakon Sharifah Sofia, Syed Adney Syed Hussein dan Robin Coenraad.

Terbaharu, si cantik manis ini juga mengakui dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang memiliki darah kacukan.

Walau bagaimanapun, Saleha enggan mendedahkan nama kekasihnya kepada pihak media dan umum.

“Sejujurnya, selera saya memang lebih kepada lelaki berdarah kacukan. Tapi itu tidak bermaksud saya tak pandang langsung lelaki tempatan,” katanya memetik laporan sebuah akhbar.

Mengulas lanjut ciri-ciri yang menyebabkan dirinya jatuh cinta dengan jejaka yang bertaktha di hatinya kini, Saleha, 24, mengatakan kekasihnya seorang yang penyayang dan matang selain mereka serasi di antara satu sama lain.

Walaupun sudah bertemu jejaka idaman, namun aktres ini menegaskan dia masih belum bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga kerana usianya yang masih muda serta belum terfikir ke arah itu.