Showing posts with label Suspek. Show all posts
Showing posts with label Suspek. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

AKHIRNYA!!! Suspek Kes Penyebaran Gambar Intim Dyana Sofea Dan Zairil Dikenalpasti


Kuala Lumpur, 24 Oktober : Dalam perkembangan terbaru, maklumat mendedahkan bahawa orang yg memuatnaikkan gambar-gambar tersebut adalah isteri Zairil Christopher Lim sendiri, Dahlia.

Kononnya Dahlia dikatakan telah lama mengesyaki Zairil Christopher Lim curang dan main kayu tiga dengan Dyana Sofya.

Gangguan daripada Dahlia, menyebabkan Lim Guan Eng meminta jasa baik bapanya, Lim Kit Siang untuk menjauhkan Dyana Sofya daripada Zairil Christopher Lim.

Gambar-gambar tersebut kononnya juga dirakamkan dalam satu majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang dan kedua-duanya dalam keadaan seolah-olah MABUK ARAK.

Menurut sumber gambar-gambar tersebut dikatakan dirakamkan oleh kawan-kawan mereka, tetapi kemudiannya diserahkan kepada Dahlia.

Kononnya Dahlia yg sakit hati, kemudiannya memuatnaikkan gambar-gambar tersebut dengan membuat ‘TAG’ kepada Dyana Sofya dan Dyana Sofea.

Zairil Christopher Lim yg kemudiannya mendapat tahu gambar-gambarnya bersama Dyana Sofya telah dimuatnaik ke akaun peribadinya lima minit kemudian, telah bertindak memadamkan gambar-gambar tersebut dengan harapan tiada sesiapa yg dapat melihat dan mengesannya.

Tetapi telah terlambat apabila ramai ‘kawan-kawannya’ yg telah melihat gambar-gambar tersebut.

Setelah kecoh, Lim Guan Eng segera bertindak ‘untuk membetulkan keadaan’. Dahlia dilaporkan telah dipujuk untuk bercuti ke luar negara bagi menenangkan perasaan sekaligus meredakan ketegangan selain mengelak daripada dikesan dan dihubungi oleh penggiat media sekaligus mendedahkan lebih banyak kisah di sebalik gambar-gambar tersebut.

Sekiranya kisah ini benar maka tidak hairanlah mengapa ikrar Zairil Christopher Lim bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yg menyebarkan gambar-gambar intimnya bersama-sama Dyana Sofya, hanya tinggal ikrar dan gertakan. Sedangkan pada masa yg sama, tiada keberanian yg ditunjukkan untuk mengotakan ikrar dan gertakannya itu.

 


View the original article here

Saturday, 27 September 2014

Tiga Suspek Jihad Ditahan



Seorang arkitek, juruteknik dan peniaga merupakan tiga suspek jihad warganegara Malaysia terbaru yang ditahan selepas negara membuat pendirian tegas dengan melabelkan Kumpulan Negara Islam (IS) sebagai 'pertubuhan pengganas'.

Ketiga-tiga suspek ditahan ketika mereka dalam perjalanan ke Turki. Difahamkan kumpulan berkenaan juga akan ke Syria untuk menyertai IS.

Mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman pada pukul 8.55 pagi semalam.






Pada hari yang sama, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan resolusi menggesa negara-negara lain membendung aktiviti keganasan yang semakin menular di Iraq dan Syria.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang kini berada di mesyuarat UNSC di New York, berkata Malaysia akan memperkukuhkan undang-undang sedia ada dan keupayaan memerangi keganasan.

Sementara itu, pihak polis berkata arkitek tersebut berasal dari Pahang sementara juruteknik berkenaan dari Perlis yang mana kedua-dua mereka berusia 26 tahun.

Suspek ketiga yang merupakan pemilik kedai serbaneka, berusia 42 tahun itu dipercayai berasal dari Kelantan dan telah berkahwin serta memiliki enam orang anak.

"Siasatan awal mendapati suspek merancang untuk menaiki pesawat untuk ke Istanbul, dan transit di Doha," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan , pada Khamis.

"Dari Turki, mereka akan bergerak ke Syria untuk menyertai kumpulan IS di sana."

Beliau berkata sebelum ditahan, polis telah menyerbu rumah suspek tanpa pengetahuan mereka. Dalam serbuan tersebut polis menemui bukti antara lain, bendera IS.

"Kami percaya mereka ini diambil menjadi ahli oleh kumpulan militan Malaysia, melalui media sosial seperti Facebook.

"Suspek juga turut mempunyai hubungan dengan seorang pejuang jihad warga Malaysia yang kini berada di Syria."

Pihak polis kini sedang berusaha mengesan individu yang merekrut lelaki berkenaan.

Dengan penahanan terbaru ini menjadikan jumlah militan Malaysia yang ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism kini meningkat kepada 22 orang sejak 28 April lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memuji Bahagian Counter Terrorism atas kejayaan mereka menahan suspek.

Polis kini sedang memburu lima suspek militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan IS dan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berasal dari Filipina.

Bekas pensyarah Dr Mahmud Ahmad (yang lebih dikenali sebagai Abu Hanadzlah) dan pemilik kedai serbaneka, Mohd Najib Husen, kedua-duanya berusia 36 tahun dipercayai merupakan ketua kumpulan militan tempatan yang melatih dan menghantar ahli mereka berjuang di Syria dan Iraq.

Sumber berkata pihak berkuasa percaya dua suspek lelaki tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab dalam merekrut ahli baru turut menguruskan perjalanan empat orang rakyat Malaysia yang dihantar ke Syria pada 5 Mac lalu termasuk Ahmad Tarmimi Maliki, yang merupakan pakar pembuat bom pertama warga Malaysia




Ahli ketiga yang berjaya dikenalpasti ialah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee, yang lebih dikenali sebagai Abu Nur, 39.

Dua lagi suspek yang dicari ialah ahli kumpulan Darul Islam Sabah, Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30, kedua-dua mereka berasal dari Tawau.

Sumber turut mendedahkan kedua-dua lelaki berkenaan telah menjalani latihan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina sejak 2005.

Khalid menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau bahagian counter terrorism di talian 03-2266 7010 atau 011-2104 6850 . Anda juga boleh menghantar e-mel kepada CTD.E8M@gmail.com.

View the original article here

Monday, 2 June 2014

Kanak-Kanak Mati Tanpa Kepala: Suspek Kelar Leher Mangsa Guna Jubin Seramik


Kanak-kanak perempuan 18 bulan yang ditemui mati tanpa kepala di Sungai Klang di sini, dipercayai dibunuh menggunakan serpihan jubin seramik, sebelum suspek terjun ke sungai itu.

Polis sudah mengenal pasti suspek kes kejam dan ngeri itu iaitu lelaki berusia lewat 30-an yang juga bekas banduan.

Sumber berkata, gambaran pada kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kompleks menunjukkan ada pengawal keselamatan melihat lelaki berkenaan berjalan bersama mangsa, Siti Soffea Emelda Abdullah.

Bagaimanapun sumber itu berkata, ketika itu mungkin pengawal keselamatan itu tidak tahu kanak-kanak itu diculik.

Siti Soffea bersama ibunya, Siti Salmy Suib, 32, di Kompleks Membeli-Belah Kota Raya dan kemudian meninggalkan anaknya bersama seorang kawan untuk ke tandas pada pukul 3 petang.

Bagaimanapun, selepas kira-kira lima minit, ibu mangsa mendapati kedua-duanya tidak kelihatan di tempat terakhir anaknya ditinggalkan di tingkat empat bangunan itu.

Siti Salmy hanya mendapat berita mengenai kejadian yang menimpa anaknya selepas polis menjejaki pergerakan kanak-kanak itu dan lelaki terbabit.

Pada kira-kira pukul 9 malam, beberapa orang awam melihat seorang lelaki mendukung Siti Soffea ke arah Sungai Klang, kira-kira 1.5 kilometer dari kompleks berkenaan.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, beliau sedang mandi di sungai berkenaan apabila melihat seorang lelaki tunduk melihat sesuatu yang seakan-akan patung.

"Apabila saya bergerak lebih dekat baharu saya nampak seorang kanak-kanak perempuan tanpa kepala hampir tenggelam dalam sungai.

"Lelaki itu nampak saya mendekatinya dan terus memandang tepat pada saya," katanya yang mendakwa melihat lelaki itu meminum darah dari kepala kanak-kanak yang dipenggal itu.

Mohammad, 29, yang tinggal di bawah jambatan kemudian meminta pertolongan rakannya yang dikenali sebagai Las.

Mohammad and Las juga mengaku melihat suspek mengelar leher Siti Soffea menggunakan serpihan jubin seramik dan mengisi darah kanak-kanak itu ke dalam botol.

"Apabila polis tiba, lelaki itu terjun ke sungai dan cuba melarikan diri," katanya yang menghubungi polis, manakala Las diminta memerhati pergerakan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis percaya suspek mati lemas ketika cuba melarikan diri.

Polis kini berusaha mengesan mayat suspek di dalam sungai itu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Kong Meng berkata, beberapa serpihan jubin seramin, kesan darah dan sepasang selipar dipercayai milik suspek ditemui di lokasi kejadian.

Pemeriksaan ke atas mayat Siti Soffea mendapati bahagian belakang kepala kanak-kanak itu juga pecah, dipercayai akibat hentakan. mstar.com.

View the original article here

Mayat Suspek Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui




KUALA LUMPUR: Mayat suspek kes bunuh kejam kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang ditemui tanpa kepala di tebing Sungai Klang berhampiran Jalan Tun Sambanthan Khamis lalu kini dijumpai selepas dua hari pencarian.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan mayat suspek ditemui kira-kira pukul 4 petang Sabtu di Sungai Klang berhampiran plaza tol SUnway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Sumber: mStar

View the original article here