Showing posts with label Tamat. Show all posts
Showing posts with label Tamat. Show all posts

Thursday, 23 October 2014

WEKK!!! Wajah Model Cantik Li Ying Zhi Berubah Mengerikan Selepas Dua Tahun Kerana Pembedahan Plastik Tamat Tempoh..




Li Ying Zhi adalah seorang model yg terkenal dan cantik berasal dariada China. Ying Zhi terkenal dengan jolokan "Beauty Of Qingdao" mempunyai ketinggian 1.77 meter, Ying Zhi terkenal dengan model Motor Show, Fesyen. Kemunculan dia semasa Beijing Motor Show 2012 memang memukaukan mereka yg hadir kerana penampilannya amat sempurna dan cantik.



Namun begitu kecantikkannya itu hanya bertahan selama 2 tahun sahaja. Selepas Beijing Motor Show 2012, rupa Ying Zhi berubah menyeluruh kerana pembedahan plastiknya seolah-olah telah tamat tempoh. 



Dua tahun selepas pembedahan plastik, model ini muncul kembali di khalayak ramai. Malangnya, harapan peminatnya melihat kembali kecantikan Ying Zhi pupus sama sekali. 



Dalam gambarnya yang tersebar di internet, rupa Ying Zhi kelihatan aneh dengan dagunya yg condong dan garis yg kelihatan di sisi wajahnya. Sebuah laman web gaya hidup China menilai keadaan mengerikan Ying Zhi ini kerana pembedahan plastik yg pernah dilakukan telah memasuki tarikh tamat tempoh. 



Walaupun prosedur pembedahan plastik kelihatan baik untuk sementara waktu, tetapi ia tidak memerlukan waktu yg lama untuk berubah dalam kitaran beberapa tahun kemudian. Laporan tersebut menyebut pembedahan plastik dilakukan pada hidung, dagu dan kelopak mata telah memasuki tarikh tamat tempoh.



Wajah Sebelum









Wajah Selepas



















 

View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

TMJ Tamat Zaman Bujang Jumaat Ini



Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini apabila melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat pertunangan dan pernikahan baginda dengan wanita pilihannya itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari itu.

"Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menghadiahkan tujuh barangan kepada pihak perempuan, manakala pihak keluarga perempuan pula akan membalasnya dengan sembilan barangan," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, Isnin.






Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.

Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan itu.

Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu, menurut Abdul Rahim.

Katanya, istiadat merisik telah pun berlangsung pada 27 Sept lepas dengan rombongan diraja diketuai Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor itu juga mengumumkan istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 Nov depan.

Istiadat persandingan itu bakal berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan adat istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dijangka dihadiri oleh kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara.

Antara tetamu kehormat yang akan menghadiri istiadat itu termasuk Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.

Menurut Abdul Rahim tiada liputan media bagi istiadat berkenaan.

Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia.

Baginda mendapat pendidikan awal persekolahan di Johor Baharu sebelum melanjutkan pendidikannya di Australian International School, Singapura pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia.




Bermula 17 Julai 2003 hingga 11 Disember 2004, Tunku Ismail menjalani latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan ditauliahkan pangkat Leftenan.

Baginda menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, A.P.J Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Januari 2007.

Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak bermula 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.

Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.

View the original article here