Showing posts with label Tutup. Show all posts
Showing posts with label Tutup. Show all posts

Friday, 31 October 2014

LAGI HANEZ!!! Disingkir produksi: Hanez tutup mulut!


GARA-gara kontroversi yg tercetus sebelum ini, karier seni Hanez Suraya kini dilihat semakin malap. Bukan sahaja hilang tawaran seni bahkan dia juga semakin hilang peminat.

Lebih buruk lagi, bintang Autumn Di Hatiku ini khabarnya telah digam oleh stesen TV tempatan sekali gus menjejaskan periuk nasinya sebagai seorang pelakon.

Biarpun pernah merayu agar diberi peluang kedua, namun nasib tetap tidak berpihak kepada pelakon berusia 27 tahun ini.

Mana tidaknya, kegembiraan berkongsi berita mengenai penglibatannya dalam telefilem Cikgu Timah Sekolah Bandar, bertukar sebaliknya apabila bekas duta Aura White ini dikatakan telah disingkirkan daripada projek tersebut. Malah tempatnya itu digantikan pula dengan pelakon lain.

Hanez yg dihubungi bagaimanapun enggan mengulas perkara tersebut dan nampaknya lebih selesa untuk berdiam diri.










“Saya tidak mahu komen lagi mengenai isu ini,” tegasnya.

Menerusi temu bual sebelum ini, Hanez pernah meluahkan hasratnya untuk kembali aktif berlakon dan memohon agar semua pihak memberi peluang kepadanya.

“Memang saya akui isu yg timbul telah menggelapkan karier saya. Namun apa berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih kuat untuk teruskan hidup.

“Saya yakin Tuhan sentiasa ada di sisi. Biarlah apa orang nak cakap, satu hari nanti orang akan tahu cerita sebenar,” katanya.

Dalam tempoh 'dihukum', Hanez bagaimanapun tidak pernah putus asa untuk bangkit kembali. Buktinya, dia telah berjinak dalam bidang perniagaan dan menghasilkan syampu jenama sendiri iaitu VLasy.

Meskipun ada yg memandang rendah terhadap usahanya itu, namun Hanez tetap optimis dan yakin produknya itu mampu pergi jauh.

“Buat masa ini, saya jual secara online dan respons yg diberikan sangat positif,” katanya.







 


View the original article here

Thursday, 30 October 2014

ASTAGA!!! Guru Agama Perkosa Anak, Upah Handphone Tutup Mulut



Jakarta – Berselindung di sebalik imejnya sebagai guru agama, seorang lelaki dipercayai memperkosa sehingga hamil seorang remaja sejak 2012.

Lebih parah, jenayah itu turut dilakukan bersama bapa mangsa.

Pegawai polis Pelabuhan Tanjung Perak, Muhammad Aldi Sulaiman berkata, guru agama itu dikenali sebagai Agus Jurianto, 50, yg bertugas di Sekolah Kristian Surabaya.

Berdasarkan keterangan diperoleh, katanya, Agus melakukan perbuatan terkutuk itu tiga kali dan dibuat di dalam kawasan sekolah.

“Ayah mangsa pula memperkosa anaknya di rumah mereka,” katanya.

Muhammad Aldi berkata, guru agama itu membelikan telefon bimbit sebagai ‘upah’ bagi menutup mulut mangsa.

Pelajar terbabit dibawa bertemu polis oleh seorang aktivis masyarakat yg dimaklumkan mengenainya.

“Kedua-dua suspek ditangkap, manakala mangsa ditempatkan di pusat perlindungan,” katanya.

View the original article here