Showing posts with label patung. Show all posts
Showing posts with label patung. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

Kerana Tidak Ramai Penduduk Kampung Ini Di Penuhi Patung Manusia

Kampung Nagoro (Nagoro Village) terletak di Shikoku Island, Japan. Perkampungan kecil ini dahulu pernah dihuni oleh ratusan penduduk. Kini kurang dari 50 orang yang tinggal kerana ada yang berhijrah ke bandar besar seperti Osaka dan Tokyo, serta ada yang sudah mati. Salah seorang penduduk yang pernah tinggalkan Kampung Nagoro ialah Ayano Tsukimi, 64 tahun. Wanita ini pergi cari kerja di Osaka, dan 11 tahun lepas dia kembali ke kampung halaman. Namun keadaan disekeliling tersangatlah sunyi dan kosong. Hanya dipenuhi oleh pokok2.

Jadi untuk ubah situasi ini, dia mendapat ilham untuk buat sesuatu yang dapat memenuhi setiap ruang di kampung tersebut. Dengan menggunakan kain buruk dan pakaian lama, dia hasilkan patung bersaiz manusia sebenar! Mula2 Ayano Tsukimi hanya buat satu patung yang berbentuk seperti bapanya. Kemudian ilham semakin bertambah, yakni dia menghasilkan patung berdasarkan imej keluarga dan penduduk yang pernah tinggal di situ. Ada kanak2 dan juga dewasa.

Patung2 ini dijahit sendiri dan dipakaikan lengkap pakaian, kemudian diletak di seluruh kampung. Contohnya di sekolah terbiar, Ayano buat patung murid dan guru. Kini dianggarkan terdapat 350 patung ada dalam kampung! Patung2 ini tahan sehingga 3 tahun, jadi sebagai langkah untuk menggantikannya, dia tidak berhenti buat yang baru setiap masa.










View the original article here

Friday, 24 October 2014

Kumpulan Satanisme Penyembah Patung Batu Oleh Orang2 Besar Amerika

Pemujaan di Bohemian Grove ...Illuminati, New World Order, Mason, Bohemian Club adalah sebahagian dari kelompok penyembah syaitan ini. Terdapat ritual pagan yang dilangsungkan di Bohemian Grove di mana telah dilangsungkan acara Cremation of Care Ceremony iaitu mengorbankan seorang anak dengan cara di bakar hidup-hidup. Upacara ini di lakukan secara rutin setiap tahun dan pernah dihadiri oleh Presiden Bush, Bill Clinton, Richard Nixon, Jimmy Carter, Colin Power, Hendry Kissinger dan banyak lagi pemimpin-pemimpin yang terkenal.

Dalam upacara ini, mereka menyembah sebuah patung burung hantu raksasa setinggi 40 kaki (gambar di atas). David Rockefeller juga adalah salah seorang dari anggota bohemian club. Arnold Schwarzenegger juga pernah menghadiri pertemuan-pertemuan ini.

Sekilas Mengenai Bohemian Grove:

Lokasi Bohemian Grove: Ronald Reagan, Glenn T. Seaborg dan Richard Nixon di Bohemian Grove

Dibentuk pada tahun 1872 oleh 5 orang warga Amerika. Kelab ini terletak 75 batu di luar San Fransisco.Bohemian Grove ini merangkumi kawasan seluas 2700 ekar. Motto: “Weaving spiders come not here”, diambil dari salah satu ungkapan Shakespeare yang berarti, tinggalkan ‘dirty business’mu di luar dan jangan bawanya ke dalam. Sekitar 1500 VIP waiting list yang telah membayar sebanyak $2500 untuk “initiation fee” ditambah yuran tahunan sebanyak $600. Nilai sebanyak $3100 untuk tahun pertama tidak lah mahal jika dibandingkan dengan pendapatan mereka, namun peluang untuk menjadi anggota ini sangatlah terhad dan sukar. Hanya orang yang dipercayai boleh menjadi anggota Bohemin Grove. Seorang ahli yang menganggotai kelab selama 40 tahun lebih dapat menjadi pemilih untuk memilih seorang anggota baru. *Keluarga Bush mempunyai generasi ke 3 yang menjadi anggota kelab. *Grove ini dipenuhi dengan patung pagan berpusatkan sebuah patung burung hantu yang juga di sebut “Moloch“








View the original article here

Thursday, 23 October 2014

MENARIK!!! PM Singapura Selfie Bersama Patung Lilin Dirinya



Patung lilin merupakan patung yg dibentuk dengan menggunakan lilin dan hasilnya sangat realistik. Biasanya patung-patung lilin dibina sebagai memori kepada mereka-mereka yg terkenal.

Di Madam Tussauds, Singapura yg mana mempamerkan patung-patung lilin mereka yg terkenal juga mempamerkan sebuah patung lilin yg menyerupai dengan  Lee Hsien Loong iaitu Perdana Menteri Singapura.

Lee yang berkesempatan berselfie dengan patung lilin beliau telah memuatnaikkan gambar tersebut di laman sosial. Lee yg mengunjungi beberapa tempat pelancongan di Singapura, meluahkan rasa gembira atas kunjungannya ke muzium patung lilin itu, semalam. - Siakapkeli.com



 


View the original article here

Monday, 6 October 2014

Annabelle: Misteri patung vintaj



BAGI anda yang pernah mengikuti filem ‘The Conjuring’ arahan James Wan tahun lalu, pasti masih merasai keseraman dan kejutan yang disuntik Wan di dalam filem ketujuhnya itu.

‘The Conjuring’ merupakan filem yang mengangkat tema seram, suspen dan ‘thriller’ yang jalan ceritanya dikatakan diangkat dari kisah sebenar kehidupan sebuah keluarga yang mengambil latar masa pada tahun 1970-an.






Atas kejayaan filem tersebut yang mendapat kutipan pecah panggung sehingga RM600juta berbanding kos pembikinan filem yang dianggarkan sekitar RM60juta sahaja, James Wan sekali lagi bertindak sebagai penulis menggarap naskhah terbaru, Annabelle.

Annabelle juga dikatakan di ambil dari kisah benar mengenai sebuah patung vintaj yang penuh misteri.

Bagaimanapun naskhah kali ini diarahkan oleh John R. Leonetti dan membariskan barisan pelakon seperit Annabelle Walli, Alfre Woodard, dan Eric Ladin.

Annabelle mengisahkan kehidupan Mia dan John, sepasang suami isteri yang diganggu oleh makhluk halus yang dipercayai berpunca dari sebuah anak patung yang dibeli oleh John dan dibawa ke rumah.

Beberapa kejadian pelik dan menyeramkan mulai menyelubungi kehidupan mereka.

Biarpun trailer filem ini mampu menyuntik rasa seram dan memberi keinginan untuk anda menontonnya di pawagam, namun nasihat penulis, jangan meletak harapan yang tinggi.

Ini kerana, kedua-dua kisah seram ini digarap oleh pengarah yang berlainan dengan cerita yang pelakon yang berlainan.

Biarpun mempunyai kesan bunyi yang cukup membuatkan jantung anda berdebar, namun debaran dan kejutan itu tidak lama dan lebih mengecewakan keseluruhan filem ini berbeza dengan impak filem The Conjuring.





Plot boleh di agak

Kelemahan utama filem ini adalah plot penceritaan yang sudah boleh di agak dari mula hingga akhir.

Leonetti gagal mengekalkan kecemerlangan Wan menerusi Annabelle biarpun patung vintaj itu sendiri mempunyai satu kisah yang cukup kuat.

Apatah lagi, dengan muka yang menakutkan, ia mampu membuatkan anda rasa meremang sekiranya merenung patung itu lebih lama.



Lakonan mantap

Bagaimanapun mujur Leonetti mempunyai barisan pelakon yang cukup mantap dan meyakinkan dalam menjayakan watak masing-masing.

Penghayatan watak yang cukup berjaya itu akan membuatkan anda masih merasa debaran itu walaupun tidak cukup kuat apabila melibatkan babak seram.

Pujian juga harus diberikan kepada Walli yang berjaya melakonkan wataknya sebagai Mia dengan baik sekali.

Bagi anda yang meminati filem seram dan pernah menonton The Conjuring, rasanya anda perlu untuk menonton filem ini di pawagam.


PENGARAH : John R. Leonetti
PELAKON : Annabelle Walli, Alfre Woodard, dan Eric Ladin.
GENRE : Seram
DURASI : 1jam 35minit
KLASIFIKASI : P13
TAYANGAN : 02 Okt 2014
KESELURUHAN : * * * BEST...

View the original article here