Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Sunday, 21 September 2014

Gelombang seni, peribadi Hattan #AF2014


DALAM tujuh beradik, hanya beliau seorang sahaja yang terjebak ke dalam dunia seni.

Semuanya gara-gara anak jiran di belakang rumah lama keluarganya yang kerap memutarkan lagu-lagu daripada kumpulan Bee Gees yang sudah menjadi kegemarannya seawal usia 10 tahun dan seorang apek di hadapan rumahnya yang begitu meminati kumpulan Wild Cherries.

Pengaruh tersebut secara tidak langsung membakar jiwa mudanya untuk terus memilih bidang seni sebagai tanah buatnya menerokai 'lumpur' dan 'pelangi' industri ini.






Meledak dengan hit malar segar, Memburu Rindu pada tahun 1990, Datuk Hattan punya cerita tersendiri tentang jatuh bangun kerjayanya dari zaman sebagai penjaga vokal sehingga kini diberi kepercayaan sebagai Pengetua Akademi Fantasia 2014 (AF 2014).

Betul, ia memang bukan satu-satunya pencapaian tertinggi karier beliau berbanding menyandang gelaran Datuk beberapa tahun lalu, namun menerusi program realiti tersebut, Hattan, 50, punya misi untuk menjaga dan menghidupkan semula lagu-lagu malar segar sedia ada.

Hattan yang mengaku memberi sendiri nama komersial tersebut buat dirinya yang sebelum ini dipanggil Atan di kampung, membetulkan posisi duduknya. Rancak beliau berbicara tentang roller coaster kariernya. Sesekali ada tawa berderai dan pada beberapa ketika, bicara disulam menung yang panjang. Terutama pada fasa awal pembabitan beliau lebih 20 tahun lalu.

"Saya memang gila nak jadi penyanyi sejak dari zaman sekolah. Tapi ibu dan bapa paksa saya belajar.

"Untuk tidak hampakan mereka, saya sambung tingkatan enam. Tapi separuh jalan, saya berhenti dan ambil keputusan untuk bekerja. Ini kerana keluarga saya susah, jadi saya kena cari jalan untuk bantu mereka atau sekurang-kurangnya tidak menambahkan bebanan yang ada," kata pemilik nama sebenar Mohd. Shukri Shahabudin itu membuka bicara.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai juruaudit di syarikat Razak & Co. Juga, pekerjaan itu dilakukan separuh jalan kerana keinginan menjadi penyanyi yang menggila.

"Saya ingat lagi, tahun 1985, saya jumpa Datuk M. Nasir. Saya beritahu hasrat mahu jadi penyanyi tapi beliau kata saya tidak kacak, jadi tak boleh jadi penyanyi.

"Saya pendam apa yang beliau cakap dan sejak itu saya ikut sahaja ke mana beliau pergi sehingga saya akhirnya banyak membantu beliau menjaga vokal untuk artis-artis yang sedang beliau usahakan pada masa itu.

"Sehingga beberapa tahun selepas itu, rezeki berpihak kepada saya dan Memburu Rindu menjadi lagu tuah buat saya dikenali. Padahal sebelum itu, saya pernah muncul bersama band FRU dan sebuah album solo yang tidak pernah direkodkan," katanya yang pernah kecewa dan pulang ke kampung di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk menjual burger selepas ditolak M. Nasir untuk menjadi penyanyi.

Bermula detik itu, kata Hattan, beliau tidak lagi menoleh ke belakang. Pintu yang telah terbuka luas buatnya, tidak mahu ditutup tanpa arah tuju. Beliau pantas berlari memajukan diri dan memastikan beliau menjadi ingatan khalayak sebagai seorang penyanyi.

Jika diselak sulur cerita masa lampaunya itu, nyata ia merupakan satu perjuangan yang berbaloi. Lihat di mana Hattan hari ini. Beliau bukan sekadar diingati sebagai penyanyi, tetapi salah seorang legenda seni suara tanah air.

Hal seumpama itu yang mahu diterapkan Hattan terhadap 12 orang anak didiknya di dalam AF 2014 kini. Bukan beliau mahu mendabik dada, tetapi dedikasi, kepercayaan, tanggungjawab, tidak berputus asa dan tuah akan mengiringi langkah para pelajar ini sebaik mereka tamat mengutip ilmu daripada tenaga pengajar dalam program realiti tersebut.

Sedar tidak mudah untuk memastikan tuah berpihak kepada mereka semua, kata Hattan, percaya dan berusaha merupakan kunci yang harus dipegang erat dalam genggaman.


KATA Hattan, setiap individu perlu punya prinsip hidup yang jelas dan tegas. Beliau memilih untuk terus kukuh dengan prinsip mendahulukan karya tempatan.

Lagu Indonesia

Apabila beliau mengumumkan tidak mahu barisan pelajar mendendangkan lagu Indonesia dalam program tersebut, respons negatif dan positif datang serentak.

Ada yang berpendapat kenyataan itu terlalu angkuh dan kurang bijak, manakala ada yang menyokong.

Begini penjelasan Hattan yang mengakui beliau sudah lali dengan cemuhan khalayak terhadap dirinya.

Bagaimanapun, sebagai seorang yang punya prinsip dan teori tersendiri tentang percaturan baharu yang dirombak ini, beliau hanya mahu anak seni menyayangi karya sendiri.

"Saya tetap dengan prinsip saya untuk tidak membenarkan mereka mendendangkan lagu Indonesia pada pertandingan ini. Buat apa memberi royalti kepada mereka? "Bagaimanapun, saya memberi kelonggaran kepada lagu berunsur dakwah atau ketuhanan milik mereka yang saya akui memang bagus.

"Ini bukan bermakna saya benci karya Indonesia. Saya sendiri mendengar lagu-lagu mereka. Sebaliknya, ia dilakukan agar kita dapat menghargai karya tempatan yang tidak kurang hebatnya.

"Kita mempunyai beribu-ribu lagu yang dicipta komposer tanah air dan banyak lagu yang hit, tetapi mungkin dilupakan kerana tiada pihak yang menyemarakkannya.

"Jadi saya ambil kesempatan ini untuk kembali menaikkan semula lagu-lagu tempatan yang hampir dilupai dan disuntik dengan susunan muzik yang baharu.

"Pertama, biar generasi baharu kenal lagu-lagu tempatan, kedua, ia secara tidak langsung barangkali dapat membuka pintu rezeki buat penyanyi lagu tersebut yang hampir tidak lagi dipedulikan," hujah Hattan panjang lebar.

Biar menyekat lagu dari seberang, lagu antarabangsa akan didendangkan sebagai satu proses pembelajaran bagi setiap pelajar.

Ujarnya, lagu bahasa Inggeris penting untuk dinyanyikan kerana sebagai penyanyi dan bakal menghiburkan segenap lapisan bangsa dan masyarakat, seseorang penghibur perlu punya kebolehan menyanyi lagu antarabangsa dengan baik.

Ditanya bagaimana beliau mahu membentuk hala tuju mereka, kata Hattan, beliau tidak mempunyai hak untuk membentuk hala tuju 12 peserta ini.

Namun, sebagai orang yang telah lama menghuni belantara muzik tempatan, beliau memberi pencerahan kepada mereka bahawa dunia hiburan bukan sekadar tentang mahu menyanyi, tetapi ia tentang bisnes dan bijak memanipulasi bakat yang ada dalam diri.

Katanya yang memberi kebebasan kepada pelajar memilih lagu sendiri: "Sejak awal saya sudah beritahu mereka, jangan fikir tentang hanya mahu jadi penyanyi, tetapi tidak mempunyai ilmu tentang bidang ini.

"Mereka perlu tahu tentang hak mereka. Mereka boleh memanipulasi bakat yang ada. Jika boleh menghasilkan lagu sendiri, mengapa mahu orang lain hasilkan lagu untuk mereka?

"Atau jika memang esok lusa tidak berjaya menjadi penyanyi, gunalah bakat untuk jadi pelakon atau seumpamanya. Dalam apa juga cabang kerja, cabaran itu lumrah dan hanya yang berjaya menempuhinya sahaja akan sukses."


BESAR harapan Hattan agar keputusannya mahu pelajar AF 2014 yang dikepalainya mampu menyedari bahawa lagu-lagu tempatan sedia ada juga mempunyai kualiti yang perlu dibanggakan dan disemarakkan.
Advertisement


Cari Gadis Jolobu

Ditanya tentang keinginan melahirkan album terkini, Hattan hanya ketawa. Bukan tidak mahu, namun kekangan masa selalu membataskan keinginan tersebut. Namun katanya, suatu hari nanti, beliau pasti muncul dengan material terkini.

Hanya pada masa kini, fokusnya lebih kepada pembikinan filem yang diangkat daripada versi lagu nyanyiannya bersama Waris, Gadis Jolobu.

Terbabit sebagai pelakon bersama Waris dan Ebby Yus, kata Hattan mereka kini memerlukan heroin filem tersebut yang akan menjadi Gadis Jolobu, dengan syarat dia mesti merupakan wanita kelahiran Negeri Sembilan.

"Ini kerana filem tersebut akan seratus peratus menggunakan dialek Negeri Sembilan yang kami sertakan dengan sari kata.

"Walaupun ia sebuah filem komedi, namun ia penuh dengan pengisian adat-adat Negeri Sembilan yang sudah semakin dilupakan," katanya.

Sengaja diusik bahawa pada masa kini membikin filem dengan modal berjuta atau berasa pengisian filem sudah hebat, namun pulangannya menyedihkan, Hattan pantas menjawab.

Katanya, mereka mempunyai strategi tersendiri untuk memasarkan filem tersebut.

"Kalau filem lain orang kena pergi ke panggung, tapi kami akan bawakan filem ini dekat kepada penonton di seluruh kampung-kampung seperti menonton wayang pacak dulu-dulu," katanya sambil tersenyum.




50 dan selesa

Meninggalkan isu yang ingin dibincangkan, saya tanya kepada Hattan, apa lagi pencapaian yang mahu beliau lakukan di dalam hidupnya.

Menarik nafas dalam-dalam, Hattan memberitahu, pada usia 50 tahun dan sudah kembali dapat meraih cinta bekas isterinya, Arianie kemas di dalam pelukan, beliau hanya mahu menikmati kehidupan dengan sederhana dan bahagia cara mereka.

"Sebelum usia ini, hidup saya mengalami gelombang yang geloranya tidak sedikit. Bekerja macam orang gila untuk capai sasaran. Sembilan tahun kosong kerana penceraian, namun saya melihat badai itu perlahan tenang kini.

"Alhamdulillah, semua urusan hidup saya berjalan seperti yang saya rancang. Dahulu saya rancang pada usia 45 tahun saya mahu bina rumah yang selesa untuk ibu di kampung, ada perniagaan sendiri dan punya keluarga bahagia, kini semua sudah ada dengan saya. Ini sudah memadai, selebihnya saya mahu lebih banyak beribadah," katanya sambil tersenyum penuh makna.

View the original article here

Saturday, 20 September 2014

GEMPAR! Jet Peribadi Siapa Dengan Jalur Gemilang Di Israel?


Negara kita telah digemparkan dengan tragedi bersejarah yang memilukan suasana yang sudah pasti ramai diluar sana bersedih akan kejadian tragis tersebut. Kejadian yang dimaksudkan adalah, kehilangan pesawat MH370 dan yang terbaru pesawat MH17 yang berkecai di awangan..

Tidak lama selepas kejadian tragis tersebut, timbul satu kekeliruan yang bermain difikiran. Seperti yang kita tahu, Israel adalah satu satunya negara yang kita sendiri tidak boleh mengunjunginya. Akan tetapi, biarlah gambar berbicara. Adakah ini salah satu propaganda mahupun fakta?

Jika kita perhatikan gambar, di ekor pesawat tersebut terdapatnya bendera Jalur Gemilang kebanggaan kita. Sudah pastilah, jet peribadi tersebut milik Malaysia. 

Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakamkan berada di Lapangan Terbang Ben Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team di Israel.





Daripada sumber didapati kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya.

Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Israel. 



Sumber - mynewshub.cc


View the original article here

Tuesday, 16 September 2014

GEMPAR! Jet Peribadi Siapa Dengan Jalur Gemilang Di Israel?


Negara kita telah digemparkan dengan tragedi bersejarah yang memilukan suasana yang sudah pasti ramai diluar sana bersedih akan kejadian tragis tersebut. Kejadian yang dimaksudkan adalah, kehilangan pesawat MH370 dan yang terbaru pesawat MH17 yang berkecai di awangan..

Tidak lama selepas kejadian tragis tersebut, timbul satu kekeliruan yang bermain difikiran. Seperti yang kita tahu, Israel adalah satu satunya negara yang kita sendiri tidak boleh mengunjunginya. Akan tetapi, biarlah gambar berbicara. Adakah ini salah satu propaganda mahupun fakta?

Jika kita perhatikan gambar, di ekor pesawat tersebut terdapatnya bendera Jalur Gemilang kebanggaan kita. Sudah pastilah, jet peribadi tersebut milik Malaysia. 

Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakamkan berada di Lapangan Terbang Ben Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team di Israel.





Daripada sumber didapati kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya.

Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Israel. 



Sumber - mynewshub.cc


View the original article here

Monday, 8 September 2014

GEMPAR! Gambar Peribadi Pegawai Bank Di Singapura Tersebar Selepas Laptopnya Diservis




Wanita dalam gambar di atas merupakan seorang pegawai bank di sebuah bank yang terkenal di Singapura. Di sebalik pekerjaannya itu, beliau juga melakukan freelance modelling secara suka-suka. Sambil menyelam minum air bak kata orang.Menurut sumber dikatakan, pada suatu hari, beliau telah menghantar laptopnya untuk diservis di sebuah kedai komputer di US.


Tetapi malangnya, pengusaha kedai komputer tersebut tidak bersikap jujur dan telah menceroboh ke dalam fail-fail sulit beliau walaupau beiau telah memadamkan fail tersebut.
Intijahnya, tersebarlah foto-foto b0gel beliau ke merata-rata dunia melalui internet. Di dunia modelling, pegawai bank yang jelita ini dikenali sebagai “BusxxSingaporean” kerana saiz “asset”nya yang besar.

Konklusinya, bagi sesiapa diluar sana yang ingin melakukan servis ke atas gejet anda, haruslah pertama sekali memadam semua fail sulit anda dan memastikannya terpadam untuk selama lamanya jika tidak mahu melarat sebagaimana tersebut.
Kerana di dunia serba moden ini sesungguhnya di hujung jari anda sahaja. Beringat sebelum terkena.




View the original article here

Wednesday, 3 September 2014

FBI, Apple pantau penyebaran foto peribadi



SEJUMLAH foto peribadi artis Hollywood seperti Jennifer Lawrence, Emma Watson, Rihanna dan ramai lagi telah digodam dan tersebar di media maya, lapor NBC News.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu digelar 'perbuatan khianat terhadap peribadi', FBI dan gergasi telekomunikasi, Apple, kini tampil menyiasat kes berkenaan.

Akaun simpanan atas talian 'iCloud' dilaporkan digodam oleh pengodam dari laman forum 4Chan.






Pengodam tidak dikenali tersebut juga meluahkan rasa tidak puas hati atas hasil keuntungan menyebarkan gambar-gambar peribadi tersebut.

Jurucakap Apple, Nat Kerris memberitahu bahawa privasi pengguna laman iCloud adalah satu perkara serius.

"Kami akan menyiasat perkara ini," katanya.

Sementara itu, jurucakap kepada Jennifer Lawrence memberitahu, sesiapa yang memuatnaik foto berkenaan akan dihukum.

Rata-rata mangsa serangan godam berkenaan meluahkan rasa kesal dan marah di laman sosial masing-masing.



View the original article here

Monday, 1 September 2014

Yang Kecoh Sangat Soal Peribadi Saya Apa Pasal? - Ramli MS

Yang Kecoh Sangat Soal Peribadi Saya Apa Pasal? - Ramli MS | “Memang salah saya kerana merahsiakan perkahwinan kami tapi saya kesal kerana serbuan itu digembar-gemburkan seolah-olah saya buat jenayah. Macamlah saya jual pil ecstasy atau pil kuda! Yang kecoh sangat soal peribadi saya apa pasal?”

Yang Kecoh Sangat Soal Peribadi Saya Apa Pasal? - Ramli MS

"Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya,"

Begitulah luahan Datuk Ramli MS selepas rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong, diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pagi semalam selepas dia disyaki berkhalwat dengan Alyah.


Berikutan itu Datuk Ramli MS dan Alyah di minta pihak JAIS untuk mengemukakan bukti bahawa mereka telah berkahwin di pulau Batam, Indonesia kepada JAIS pada Selasa depan atau berdepan dengan tindakan mahkamah kerana berkhalwat.

Sekiranya Ramli dan Alyah gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan itu, mereka boleh dikenakan tidakan kerana kesalahan berkhalwat.

Katanya, ia selaras dengan kesalahan khalwat Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/2014082902193220140829021932/Article
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/08/29/ramli-ms-kahwin-alyah/


View the original article here

Sunday, 31 August 2014

Ramli MS 'Kehidupan peribadi, hak mutlak kami'



CERITA cinta antara penyanyi terkenal, Alyah dan komposer ternama, Datuk Ramli MS, bukanlah kisah baharu kerana sejak 2012, pasangan ini dilaporkan mempunyai hubungan istimewa.

Namun, pada pertengahan tahun lalu, timbul desas-desus mengatakan mereka berkahwin secara rahsia. Difahamkan, perkara ini didedahkan sendiri oleh rakan terdekat komposer berkenaan.

Ketika itu, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 33, baharu sahaja pulang dari mengerjakan umrah dan turut mengenakan imej Muslimah selepas itu.

Pun begitu, Ramli bermati-matian menafikan perkara ini sehingga menimbulkan ketegangan antara penyanyi terkenal, Alyah dan pengamal media.

Setelah sedaya upaya cuba menyembunyikan status mereka, akhirnya serbuan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kediaman komposer ternama ini pada Rabu lalu, menamatkan teka-teki selama ini.






'Kehidupan peribadi, hak mutlak kami'

Serbuan Jais di kediaman Ramli yang terletak di Bandar Kinrara, itu sekali gus menamatkan spekulasi yang terus menjadi tanda tanya lebih setahun.

Jika diteliti desas-desus yang timbul sebelum ini, terselit kebenaran yang selama ini dinafikan.

Namun, berita perkahwinan itu membuatkan komposer ini 'mengamuk' dan menegaskan bahawa tiada sebarang majlis perkahwinan yang berlangsung antara mereka.

Menyelak kembali kenyataan Ramli, dia sekerasnya menyangkal spekulasi itu dan menganggap jodoh adalah ketentuan Tuhan.

"Ada sesiapa yang tahu bila tarikh kami bernikah? Jika benar sekalipun, mengapa perlu kami buat secara senyap-senyap dan sembunyikan dari keluarga masing-masing?

"Ingin saya tegaskan, kehidupan peribadi kami adalah hak mutlak kami. Saya kasihankan Alyah, dia ada ibu bapa dan saya tidak tahu apa agaknya jawapan beliau kepada mereka untuk menepis gosip ini,” kata pemilik nama Ramli Mohamed Salleh, sebelum ini.

Pun begitu, Alyah pernah mengeluarkan kenyataan untuk mendedahkan status hubungannya bersama Ramli selepas Aidilfitri.

"Saya tak pernah secara spesifik cakap akan umumkan semua ini selepas raya. Ia boleh jadi hujung tahun atau awal tahun.

"Orang meletakkan fokus pada saya sedangkan orang tak berani nak tanya pihak satu lagi. Nampak macam saya yang terhegeh-hegeh," jelas Alyah.




Jais terima aduan awam

Dalam pada itu, menerusi kenyataan media, Jais turut mengesahkan siasatan perkahwinan ke atas pasangan ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Ahmad Zaharin Mohd Saad, Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan siasatan ke kediaman komposer berkenaan di Puchong, berdasarkan aduan awam yang dibuat.

"Bahagian Penguatkuasaan Jais berjaya diyakinkan bahawa pernikahan Ramli dan pasangan telah dilakukan di Batam, Indonesia.

"Dokumen asal perkahwinan yang didakwa mereka akan diserahkan kepada Jais pada 2 September ini (Selasa), untuk penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang dan hukum syarak, " katanya.

Difahamkan, ketika siasatan dijalankan, Alyah juga turut berada di kediaman berkenaan.

ARTISMELETOP: SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH GEDEBAK AKHIRNYA. JANGAN MENIPU AKHIRNYA TERPERANGKAP DIRI SENDIRI.

View the original article here