Wednesday 28 May 2014

Almari Stokin Bersaiz Rakasa Dibina Amerika Syarikat.


Sebuah bandar bernama High Point, California, Amerika Syarikat, dikenali sebagai Furniture Capital of the World . Reputasi tersebut diperolehi kerana bandar ini sudah membuat perabot selama lebih dari seabad. 


Tidak hairan jika sebuah almari bersaiz raksasa dengan tinggi 11.5 meter, dipamerkan sebagai simbol bandar tersebut. Pembuatan almari itu bermula tahun 1920. Pada awalnya almari itu hanya setinggi 6 meter, dengan hiasan motif bunga yang cantik dan reka bentuk cermin atasnya. Pada tahun 1951 almari super besar ini telah terjual pada organisasi humanitarian setempat. Lalu pada 1996 kabinet yang digelar "The Big Bureau" itu dibina hingga mempunyai tinggi 11.5 meter.

 Tidak cuma almari  saja, sepasang stokin kaki raksasa juga direka bergantung di laci. Stokin kaki saiz 1.8 meter itu ikut dipamerkan sebagai penghormatan terhadap industri pembuatan stokin kaki di High Point. Almari raksasa di High Point tidak hanya The Big Bureau. Sebelumnya, sebuah syarikat tempatan bernama Furnitureland South juga membuat sebuah almari dengan saiz yang lebih besar lagi iaitu 26 meter. Almari yang dibuat pada tahun 1999 ini diperbuat daripada busa. 

Namun, peti buatan Furnitureland South hanya "ditampal" di pintu masuk syarikat. Tetapi kehadirannya tetap menjadi pemandangan yang luar biasa di "bandar perabot". 





View the original article here

No comments:

Post a Comment