Showing posts with label HANTU. Show all posts
Showing posts with label HANTU. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

TAKUT TAK!!! 11 Pokok Yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu..







Anda patut tahu tentang info ini untuk mengelakkan diganggu oleh makluk halus. Bak kata orang, jangan sengaja cari pasal. Betul tak?



Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus. Ada pokok yg menjadi tempat tinggal makhluk halus ada juga yg menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.



Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman menjumpai pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?



Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yg di katakan oleh orang tua dulu-dulu yg di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Silahkan baca dengan teliti pokok-pokok yg menjadi tempat tinggal hantu ini.





Pokok Ara

Pokok ara yg mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.





Pokok Kekabu

Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yg menjadi tempat tinggal puntianak.





Pokok Ciku

Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.





Pokok Saga

Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yg tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat hantu.





Pokok Asam Jawa

Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yg umurnya sudah bertahun-tahun.





Pokok Pisang

Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.





Pokok Buluh

Pokok ini menjadi salah satu tempat yg disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yg saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh. 





Pokok Nangka

Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.





Pokok Beringin

Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yg sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.





Pokok Sukun

Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.





Pokok Bacang

Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.





Apabila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yg di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.



Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan makhluk halus.





View the original article here

Thursday, 9 October 2014

COMEL!! Rupa Sebenar Hantu Juon




Pernah tonton Filem Seram Ju-On dulukan. Mesti ada yg terjerit-jerit takut semasa menonton kat panggung wayang. Apapun rupa dia yg sebenar sangat comel.






























 


View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Kisah Nenek Diraba Hantu Setiap Malam




SEJAK empat bulan yang lalu, Doris Birch, nenek berusia 73 tahun yang tinggal di bandar British iaitu Herne Bay, dilaporkan diganggu beberapa malam oleh hantu yang terus meraba-rabanya apabila dia cuba untuk berehat.“Ianya seperti sotong kurita. Ketika itu saya berbaring di katil dan sepasang tangan menakutkan mulai terasa meraba-raba. Saya menendangnya dan tangan itu hilang”, jelas Birch.

“Lain kali ia datang saya lemparkan selimut tebal ke lantai!” Tetapihantu itu terus kembali dan Birch telah menggunakan langkah-langkah drastik untuk berurusan dengan entiti tersebut.
“Saya perlukan pemburu hantu,” tegasnya. Mediator gaib Ray Herne mengatakan, dia akan cuba mengusir hantu itu.
Kejadian yang disebut poltergeist seperti ini diyakini merupakan perbuatan hantu jahat. Poltergeist sendiri berasal dari bahasa Jerman dari kata ‘poltern’ atau membuat kacau dan ‘geist’ yang bererti arwah. Selain daripada keganasan misteri dicabul itu, ketakutan bekas pembantu jururawat yang tampil dengan cerita beliau mungkin membuatkan orang berfikir bahawa dia tidak dapat untuk menjaga dirinya sendiri.

Penyelidik paranormal dan blogger Huffington Post iaitu Alexandra Holzer berkata, adalah sukar untuk mengetahui apa yang memberi inspirasi serangan seksual yang menyeramkan itu tanpa siasatan penuh yang sepatutnya dengan pemeriksaan pengantara-trans yang terlatih dan penyelidik serta sejarah rumah Birch sendiri.

View the original article here

Thursday, 2 October 2014

Susuk Tubuh Hantu Di Rakam CCTV Polis Kes Pembunuhan


Kejadian aneh dan menakutkan dilaporkan terakam dalam sebuah kamera cctv Polis. Peristiwa aneh itu adalah terakamnya Susuk tubuh makhluk ghaib oleh kamera pengintai tersebut.

Kejadian ini pertama kali disedari oleh Polis bernama Karl Romero. Lelaki ini bekerja di pejabat polis wilayah Espanola, New Mexico.

Pada mulanya Romero menyangka, apa yang terakam di cctv itu adalah seekor serangga. Namun, sesaat kemudian dia baru sedar bahawa susuk tubuh itu lebih menyerupai makhluk halus.

kelihatan susuk tubuh tersebut sedang menyeberangi sebuah jalan. Romero pun mengambil kesimpulan roh yang tertangkap kamera ini adalah roh dari seorang warga tempatan yang mati akibat dibunuh.

"Saya percaya itu merupakan susuk tubuh hantu," jelas Romero seperti dipetik dari Mirror, Isnin (29/9/2014).

"Saya belum boleh memastikan tapi saya tahu ada sebuah kes pembunuhan yang belum diselesaikan," lanjutnya.

Kenyataan Romero memang tidak boleh diterima akal sihat. Namun, lebih mengejutkannya lagi pengalaman ghaib tersebut juga dirasakan sejumlah orang yang bekerja atau tinggal di kawasan di mana hantu tersebut terakam CCTV.


          

View the original article here

Wednesday, 1 October 2014

Cerita Hantu Coldplay



COLDPLAY meneruskan kredibiliti dan momentum mereka sebagai sebuah band kelas A melalui Ghost Stories.

TERDAPAT banyak kritikan yang diterima Coldplay sebaik Ghost Stories muncul, walau bagaimanapun seiring itu, sokongan positif juga masuk menderu terhadap album terkini grup tersebut.

Sejak zaman album sulung mereka, Parachutes sehingga yang terakhir Mylo Xyloto, Coldplay tidak melakukan banyak rombakan besar terhadap karya mereka. Sebaliknya, terdapat banyak penambahbaikan yang mencantikkan karya-karya mereka sesuai dengan peredaran masa.






Terkenal dengan elemen elektronik disulam dengan bunyi instrumen keyboard dalam setiap gubahan dan susunan muzik yang dihasilkan, Ghost Stories umpama sebuah rangkuman kepada misteri di sebalik kumpulan itu. Jawapan kepada misteri tersebut pula terdapat di setiap bait-bait lirik yang disampaikan.

Dengan makna yang lebih dalam, Ghost Stories merupakan untaian sebuah cerita cinta masa lalu. Ironinya, walaupun ia sekadar peristiwa lepas, cerita cinta boleh menghantui seseorang buat selama-lamanya. Album itu kena benar dengan perjalanan hidup vokalisnya yang berpisah dengan isteri, Gwyneth Paltrow yang dikahwininya sepuluh tahun lepas.

Masih menggunakan khidmat barisan produser yang sudah berkhidmat dengan mereka sejak album keempat berjudul Viva La Vida pada tahun 2008, Ghost Stories masih mampu tampil dengan kelainan yang tersendiri berbanding album terdahulu. Barangkali lima jejaka berusia lewat usia 30-an itu sudah mahir mengenali selok-belok dan genre muzik yang menjadi makanan mereka selama ini.

Album ini dibuka dengan trek berjudul Always In My Head karya Chris Martin sendiri. Lagu berdurasi tiga minit 36 saat itu diiringi oleh penyanyi latar yang sudah tentu merupakan elemen baharu dalam muzik Coldplay.

Senarai lagu tersebut disusuli dengan judul kedua yang berbunyi Magic. Gabungan dua instrumen iaitu drum yang dikenali sebagai muffled snare dan bunyi riff bass yang diulang berkali-kali menghasilkan melodi yang menarik.

Ditambah pula suara bersahaja vokalisnya, Chris menjadikan lagu sealiran dengan pendirian muzik kumpulan. Bagaimanapun, lagu tersebut kedengaran mendatar tanpa mempunyai titik tumpu untuk pendengar.




Lagu Inks pula menampilkan nuansa elektronik yang sarat digunakan dalam karya yang diterbitkan oleh Paul Epworth. Sentuhan elektronik tersebut terus digunakan dalam lagu seperti True Love dan Midnight.

Pada trek Another's Arms, sedikit perubahan dalam kancah muzik Coldplay apabila menggunakan suara sahutan wanita sebagai daya penarik dalam sesebuah lagu. Selain itu, getaran gitar dan drum membuatkan lagu tersebut sempurna sebagai sebuah lagu bergenre rock alternatif.

Trek seterusnya pula menampilkan lagu berjudul Oceans, lagu yang bergenre balada yang boleh dikatakan mirip dengan lagu yang terdapat dalam album pertama kumpulan ini Parachutes berjudul Rush Of Blood To The Head.

Lagu seterusnya berjudul A Sky Full Of Stars. Lagu yang mendapat persepsi baik sejak pelancaran album berkenaan pada 2 Mei lalu itu sudah tentu menjadi senjata utama dalam album berkenaan.

Lagu yang dikategorikan sebagai Electronic Dance Music (EDM) ini sangat rancak dan mengasyikkan.

Tambah menarik, penggunaan muzik elektronik antara setiap rangkap membuatkan lagu tersebut cukup sesuai diangkat menjadi lagu terbaik dalam keseluruhan album ini.

Menggunakan resipi yang agak sama, setiap elemen yang diadun dalam album ini kedengaran seperti sebuah interpretasi berbeza oleh Coldplay.

View the original article here

Monday, 29 September 2014

Banyangan Hantu Terakam Dalam CCTV Di Banggunan Bersejarah


Rakaman jelas di kamera CCTV dipetik dari laman Mirror, kejadiaan ini diketahui berlaku di gerbang utama sebuah bangunan bersejarah Dover Castle di Kent, United Kingdom.

Dalam video tersebut menunjukkan ada susuk bayangan hitam gelap yang berjalan perlahan melintasi pintu masuk istana tersebut dan tak lama kemudian hilang begitu saja.

Seorang penjaga yang melihat susuk itu secara langsung di depan monitor pengawasan, bergegas mencari susuk misteri tersebut. Namun malangnya, ia tidak boleh menemui hantu itu.

Selepas kejadian menakutkan ini, video berdurasi 1 minit 11 saat itu dimuat turun ke laman perkongsian video YouTube oleh pengguna dengan username Spyder1spanner2.

"Saya jamin ini bukan palsu. Ini dirakamkan oleh kamera CCTV di Dover Castle. Saya yakin bahawa video ini adalah benar dan video ini bukanalah palsu.

         

View the original article here

Sunday, 21 September 2014

Inilah Desa Hantu Di Turki Yang Sangat Terkenal

Desa Kayakoy telah ditinggalkan pada tahun 1923 dan pada asalnya dikenali sebagai Livissi. Desa ini kini sepi tanpa penduduk dan di sebabkan itulah orang tempatan disana menyebut sebagai desa hantu merupakan sebuah desa yang terletak 8 km di sebelah selatan Fethiye, di barat daya Turki, di mana Anatolia Yunani hidup hingga sekitar tahun 1922.

Kerana menyimpan banyak sejarah, Kayakoy tetap dipertahankan sebagai sebuah desa muzium hingga sekarang. Desa ini terdiri ratusan rumah yang kebanyakan menyesuaikan gaya Yunani. Pelancong yang hendak ke Fethiye biasanya akan meluangkan diri untuk berkunjung ke mari.

Seperti dikutip dari Wikipedia, penduduk kampung ini pada tahun 1900 mencecah sekitar 2,000, hampir semua penduduknya ketika itu adalah orang Kristian Yunani.

Kayakoy yang juga dikenali sebagai Livissi dulu dianggarkan adalah tempat tinggal penduduk Byzantine Levissos (pulau Gemiler), yang melarikan diri dari lanun. Tempat ini kemudian mengalami pembaharuan selepas dareah di sekitar Fethiye (juga dikenali sebagai Makri) hancur kerana gempa bumi pada tahun 1856 dan kebakaran besar pada tahun 1885. Penduduk kampung ini sebahagian besar merupakan para tukang profesional.



View the original article here

Thursday, 18 September 2014

Jom Buat Bayangan Hantu Untuk Menakutkan Orang

Jika anda mahu untuk menakut-nakutkan seseorang, maka catatan ini adalah untuk anda.
Hanya ikut arahan ini.

Gunakan segulung dawai jaring yang kebiasaannya di gunakan untuk membuat sangkar burung atau ayam.caranya amat mudah,potong di beberapa bahagian kemudian cantumkan menjadi bulat dalam ukurang yang di perlukan "sekitar saiz manusia".kemudian bentukannya dalm bentuk yang anda inginkan seperti gambaran bentuk rupa seseorang sedang berjalan atau berdiri,gunakan kreativiti anda untuk membentuk rupa yang jika di pandang dalam jarak sekitar 50 kaki seakan rupa bayangan orang sedang berdiri,

jika di malam hari anda boleh menambahkan cahaya suram mengunakan lampu bateri..
Selamat mencuba....









View the original article here

Ritual Cara-Cara Memanggil Hantu


                               
Ritual ini sebenarnya digunakan di Jepun untuk berkomunikasi dengan roh untuk berbagai keperluan, dan boneka digunakan sebagai pengganti tubuh manusia sebagai media. Dan berikut cara bermain petak umpet hantu dari jepun yang seram dan menakutkan.

Penting! Segala apapun yang terjadi atas ritual ini adalah tanggung jawab masing-masing secara pribadi.


Cara bermain
Alat dan Bahan:
1.Sebuah boneka dengan bahagian tubuh lengkap (kepala, 2 kaki dan 2 tangan)
2. Beras (secukupnya untuk mengisi boneka hingga penuh)
3. Jarum dan benang merah
4. Benda tajam (pisau, gunting, pecahan kaca juga boleh )
5. Secangkir penuh garam (usahakan garam semulajadi)
6. Tempat sembunyi

Persiapan:
1. Keluarkan semua kapas dlm boneka, lalu masukkan beras hingga penuh.
2. Potong sedikit kuku Kamu dan masukkan kedalam boneka bersama beras, lalu jahit boneka tersebut dengan jarum dan benang merah.
3. Isi cebok (gayung) mandi dengan air.
4. Letakkan secangkir air garam ditempat bersembunyi.

Langkah-langkah:
1. Beri nama boneka tersebut (apapun asal jangan nama Kamu sendiri).
2. Ketika tepat pukul 3 pagi, katakan pada boneka “___(nama Kamu sendiri) yang pertama jaga.” katakan sebanyak tiga kali.
3. Pergi ke bilik mandi dan letakkan boneka kedalam cebok mandi yang berisi air.
4. Matikan semua lampu dirumah, kemudian pergi ke tempat Kamu bersembunyi dan nyalakan tv (dibawah akan dijelaskan, kenapa harus menghidupkan tv.

5. Hitung dari satu sampai sepuluh dengan mata tertutup, lalu kembali ke bilik mandi dengan benda tajam.

6. Ketika sudah sampai, katakan kepada boneka “Aku menemuimu ___(nama boneka).” Lalu tusuk boneka tersebut dengan benda tajam.

7. Setelah itu katakan “Kamu yang jaga pula, ___(nama boneka).” dan letakkan kembali boneka ke bak mandi.

8. Lari, sekali lagi lari menuju tempat bersembunyi dan bersembunyilah.

PENTING: JANGAN HENTIKAN RITUAL DITENGAH JALAN, RITUAL INI HARUS DILAKUKAN SAMPAI AKHIR!

Cara menyelesaikan:
1. Masukkan setengah air garam kedalam mulut (jangan diminum).
2. Keluar dari tempat persembunyian dan cari boneka tadi (catatan: jika ritual ini berhasil, maka boneka itu tidak akan ada di bilik mandi).
3. Jika sudah dijumpai, siram boneka tersebut dengan garam yang tersisa di mangkuk, dan siram juga dengan air garam yang ada didalam mulut Kamu.
4. Katakan “Aku menang” sebanyak tiga kali. dan Hal ini seharusnya mengakhiri ritual. Setelah semua selesai, keringkan dan bakar boneka tadi.

Hal penting lainnya:
1. Jangan keluar rumah sebelum ritual berakhir.
2. Matikan SEMUA lampu ketika ritual berjalan.
3. Tetap diam ketika bersembunyi
4. Ingat, jika Kamu tinggal bersama dengan orang lain, orang itu mungkin akan secara tidak langsung menyertai dalam ritual ini.
5. Jangan teruskan ritual lebih dari satu atau 2 jam.
6. Untuk bertenang, sebaiknya buka semua kunci di dalam rumah, dan suruh beberapa teman untuk berjaga di dekat rumah.
7. Usahakan membawa handphone di tangan kalau-kalau terjadi sesuatu.
8. Jika Kamu bersembunyi tanpa air garam kemungkinan Kamu akan bertemu dengan “sesuatu yang mengerikan” di sekitar Kamu.

Keterangan lain:
Alasan kenapa harus menyalakan tvketika bersembunyi adalah kerana tv dapat berfungsi sebagai “radar” untuk mengesan kehadiran “sesuatu” disekitar.

View the original article here

Monday, 16 June 2014

Pelajar Greece Menghasilkan Origami Mozek Burung Hantu Terbesar Didunia

Mencipta sebuah rekod adalah sesuatu yang sangat berharga dan bangga baik bagi diri sendiri mahupun negara. Oleh kerana itu kita semua boleh mendapatkan rekod mulai dari yang terbaik, terpantas, terbesar dan masih banyak lagi yang rekod-rekod dunia lain yang boleh diraih dengan cara berlatih dengan sungguh-sungguh tanpa mengenal erti  putus asa.

Di negara Greece baru-baru ini mempunyai rekod baru iaitu pemiliki origami mozek terbesar didunia yang dibuat oleh beribu-ribu manusia yang memang benar-benar bekerja sama untuk berusaha mencipta sebuah rekod dunia.



Lebih dari 18 ribu pelajar di
Greece menghabiskan masa selama sembilan jam untuk mencipta sebuah mosek burung hantu. Aksi ribuan pelajar ini dilakukan untuk memecahkan rekod baru Guinness World Record untuk origami mozek terbesar di dunia.

Para pelajar melipat 52 ribu keping kertas origami berbentuk bunga selama sembilan jam dan kemudian menggunakannya untuk membentuk seekor burung hantu bersaiz raksasa.  Seluruh pelajar dari Athens, Greece, ini berkumpul untuk membuat 512 meter persegi mozek sebagai simbol bandar. Seperti diketahui, mozek terbesar yang telah tercatat sebelumnya diukur lebih dari 451 meter persegi.









View the original article here

Monday, 2 June 2014

18SG~Penampakan HANTU CERMIN Di Genting Highland Hantui Gadis Dara.




Haaaa. seram ni. Tu dia ler gadis-gadis yang suke sangat selfie tak tentu hala. Kene macam ni baru ade akal. Ala yang suke sangat selfie-selfie ni saje nak wat comel je lebih. Kalau betul comel takpe la jugak. Sejuk sikit hati ni memandang. Hehehehe.

Balik pade gambar atas nun, gadis yang konon berselfie ni keje dekat Genting Theme Park. Baru lepas dapat gaji saje la nak posing jaket baru beli dekat cermin. Sekali hantu pun nak join jugak.

Cube tengok kedudukan gadis tu dengan cermin, sekali muka yang dalam cermin tak same lah pulak. Muka dalam cermin tu boleh pula tengok belah lain. Satu soalan yang cepumas, agak-agak kan ape la dalam hati hantu sampai buat muke menyampah macam tu..kikiki.....


View the original article here