Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, 31 October 2014

OH FAZURA!!! Punca Tunku Mahkota Johor Tolak Cinta Fazura



Tunku Mahkota Johor pernah digosipkn ada hubungan cinta dengan digosipkn dengan seorang aktres cantik iaitu Fazura tetapi terpaksa berhenti di tengah jalan.

Semuanya kerana keluarga Tunku Mahkota Johor yg tidak menyukai dan menghalang percintaannya dngan selebriti tersebut.

View the original article here

Thursday, 23 October 2014

OH ARTIS!!! Gosip Cinta Fauzi Nawawi & Miera Liyana Melukakan Hati Lisdawati..




Beberapa hari lepas viral di media berkenaan gosip Fauzi Nawawi berpegangan tangan dengan pendatang baru Miera Leyana iaitu pelakon Filem Dendam Orang Mati. Bercakap dengan wartawan mStar Online, Fauzi Nawawi menafikan gosip berkenaan. Tambahan itu juga Fauzi menyatakan gosip yang tidak benar itu telah membuatkan perasaan isterinya Lisdawati terluka.



PETALING JAYA: Pelakon Fauzi Nawawi terkilan dengan khabar angin mengenai hubungan mesranya dengan aktres Miera Leyana sehingga ia menggores perasaan isterinya, Lisdawati, 36.



Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 41, memberitahu dia tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan mesra dengan Miera apatah lagi pelakon itu jauh lebih muda daripadanya.



"Beza umur kami 20 tahun dan saya percaya dia mempunyai lebih ramai pilihan selain saya. Gosip ini sememangnya mengarut. Ia telah membuatkan perasaan isteri saya terluka.



"Sebelum ini saya pernah bercakap; 'Bertuah sangat kalau Leyana tu nak bagi pegang tangan' pada sebuah majlis dan ia mungkin telah disalahertikan. Malangnya timbul cerita lain pula konon saya dilihat berpimpinan tangan dengan Miera seperti pasangan kekasih," katanya yg dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.



Fauzi diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok yg melaporkan Fauzi dan Miera sedang bermain cinta dalam diam meskipun aktor itu sudah mempunyai isteri dan enam orang anak.




Miera Liyana



Fauzi dan Miera dilihat berpegangan tangan seperti pasangan kekasih ketika keluar sebuah majlis.



Sementara itu, Fauzi berkata, meskipun dia sudah lali dengan gosip seperti itu, namun dia bersimpati terhadap Miera memandangkan aktres itu baru saja ingin membina nama dalam industri hiburan tempatan apatah lagi Miera turut berdepan dengan konroversi berbikini menerusi filem Dendam Orang Mati.



"Macam saya... sudah 'kebal' dengan gosip seperti ini. Datanglah macam mana sekalipun kontroversi itu, Insya-Allah saya boleh terimanya dan keluarga saya utamakan dahulu.



"Tetapi kasihanlah pada dia (Miera). Baru nak cipta nama, gosip dah macam-macam. Bagaimanapun saya harap gosip ini tidak akan menjejaskan filem lakonan saya, Kelibat yg bakal ditayangkan 6 November ini," ujarnya.



Fauzi mempunyai enam orang cahaya mata iaitu Hainal Fatiha, 18, Fariz Hazwan, 17, Hana Farisha, 15, dan Fikri Hakimi, 12, hasil perkahwinannya terdahulu.



Manakala hasil perkahwinannya dengan Lisdawati, mereka dikurniakan dua puteri dan seorang putera iaitu Nor Aini Farhana, 5, dan Nor Aina Fazneesya, 4 dan Ahmad Nur Fyrdaus yg berusia empat bulan.





View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

Raja Ilya, Hikmah babak pegang telefon terbalik drama Cinta Ibadah naik rating



Siapa sangka di sebalik babak memegang telefon bimbit terbalik dalam drama Cinta Ibadah yang disiarkan di Astro Prima naik rating mendadak.

Babak berkenaan turut terkena tempias pelakonnya sendiri iaitu Raja Ilya.

Babak berkenaan menjadi viral di laman sosial dan tidak kurang yang menjadikan insiden berkenaan sebagai bahan lawak menerusi parodi.






Ikuti komen Raja Ilya yang namanya pernah dicalonkan untuk senarai Top 5 ABPBH 2013 menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular.

"Sehari selepas episod yang menyiarkan babak berkenaan, rating naik. Saya difahamkan rating pernah mencecah dua juta tontonan dan ia jadi sejarah baru untuk saluran itu.

"Yang paling melucukan benda yang dihentam itu jadi tak serius apabila ada yang menjadikannya parodi.

"Naik kelakar jadinya apabila ramai melakonkan babak pegang telefon terbalik itu. Ada di antara pelakon yang membuat parodi termasuk kru.

"Di laman sosial, biasalah ada yang memberikan komen positif dan negatif. Siap ada yang bergaduh sesama mereka di situ," katanya.

Menurut Raja Ilya, beliau sendiri tidak sedar bagaimana kelemahan itu tidak disedarinya.

"Saya terfikir bagaimana boleh jadi macam itu. Memang tak perasan langsung. Tapi benda sudah nak jadi," katanya yang kini sedang melunaskan baki penggambaran drama Bila Hati Berbicara untuk slot Akasia TV3.

Raja Ilya menceburi dunia lakonan sejak tujuh tahun lalu. Bagaimanapun, dia terlebih dulu menceburi drama Tamil di negara kita.

Hanya pada 2009 baharu pelakon berdarah kacukan Melayu, Malayalam, Arab dan Pakistan ini muncul dalam industri drama tempatan dan drama Kekasihku Seru di TV3 menjadi percubaan sulungnya.



View the original article here

Tuesday, 14 October 2014

GEMPAR !!! Pendedahan punca Intan Ladyana putus cinta dengan Kamal Adli




Hebatnya cinta. Kerana cinta, empayar Rom musnah. Kerana cinta, seorang lelaki 

yg kacak, macho dan tampan seperti Kamal Adli sanggup melutut untuk menagih 

cintanya kembali. Itulah kehebatan cinta. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup 

direnangi.



Mungkin kalau si kekasih suruh terjun bangunan pun si lelaki sanggup lakukan kerana 

mabuk dilamun cinta. Memang ajaib penangan cinta ini.



Lagi hebat apabila 6 tahun bercinta dan ditinggalkan begitu sahaja seperti yg dialami 

oleh Kamal Adli. Sedih Abang Nara membaca luahan kata-kata Kamal Adli di BiPop 

hujung minggu lalu. 



Mana tidaknya, Kamal Adli sanggup berlutut di hadapan Intan Ladyana. Sayangnya 

Intan Ladyana buat tak tahu sahaja. Memang pedih jiwa dibuatnya.Jadi di sebalik 

perpisahan itu, apa agaknya punca Intan Ladyana tergamak memutuskan hubungan 

cinta dengan Kamal Adli? Takkan putus macam tu je? Jom baca di bawah pendedahan 

oleh ahli-ahli gosip di sebuah forum terkenal.




















 


View the original article here

Monday, 13 October 2014

Kamal Adli Akui Pernah Melutut Untuk Raih Kembali Cinta Intan Ladyana






Ramai yang sudah tahu percintaan hampir 6 tahun dua selebriti popular Kamal Adli dan Intan Ladyana telah putus baru-baru ini. Intan dikhabarkan telah memutuskan perhubungan itu dengan alasan tersendiri.

Namun, perpisahan itu tidak dapat diterima bagi pihak Kamal Adli yang masih lagi berharap agar percintaan mereka dapat disambung kembali. Menurut Kamal, dia berasa kecewa dengan perpisahan ini dan tidak menyangka Intan akan meninggalkannya begitu sahaja setelah 6 tahun menyulam cinta.

Berikut merupakan luahan Kamal Adli menerusi BiPop hujung minggu lalu.
"Jiwa saya kosong. Saya terlalu kecewa dan sudah kering air mata! 6 tahun bercinta, susah senang bersama tetapi akhirnya saya dibuang begitu saja? Hingga hari ini saya masih tidak faham kenapa saya ditinggalkan? Apa salah dan dosa saya? Panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibalas.
"Saya cukup merana sejak ditinggalkan. Tak tahu nak cakap betapa hati saya terluka. Kenapa Intan buat saya seteruk ini? Secara jujur, saya dan Intan tidak bergaduh dan tidak berperang besar, hubungan kami berjalan seperti biasa. Tetapi saya pelik Intan secara tiba-tiba mengambil keputusan mengakhiri hubungan ini, sedangkan apa salah saya? Saya tidak boleh terima ditendang begitu saja.

"Jika saya pernah kantoi menjalinkan hubungan dengan gadis lain dan buat perkara tidak senonoh itu lainlah! Ini tanpa saya tahu apa kesilapan, saya ditinggalkan. Saya mahu bersemuka, Intan tidak mahu berjumpa. Kenapa? Saya sudah lama memendam perasaan, saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana masih mengharap hubungan kami masih boleh diselamatkan, namun nampaknya saya hanya bermimpi.

"Sebenarnya saya sudah bersedia mahu melamar Intan. Hati saya sudah terbuka untuk berkahwin tahun ini. Saya masih ingat sebelum menjalani penggambaran drama di Taiping, Perak, kami berbuka puasa bersama, malah Intan berbuka puasa dengan keluarga kami. Sebelum pergi kami berjanji mahu sehidup semati. Kami berjanji tidak akan berpisah, tapi minggu depan lain pula jadinya. Saya dapat rasakan Intan sedikit sudah mula berubah.

"Hanya seminggu saya inggalkan, hatinya jadi keras. Saya tidak tahu apa yang berlaku. Ketika di Taiping, saya sebenarnya tidak sabar mahu pulang ke Kuala Lumpur, hasrat saya mahu melamar Intan, tetapi nampaknya tidak sempat. Saya sedih sangat. Saya tidak tahu kenapa terlalu drastik Intan berubah hati? Saya tidak sesekali menyalahkannya, mungkin saya pernah buat silap, tetapi besar sangat ke silap saya sehingga hubungan 6 tahun dicampak ke tepi? Tiadakah rasa sayang pada perhubungan ini?

"Saya pernah bertemu Intan di Anugerah Lawak Warna baru-baru ini. Apabila saya tahun Intan di sana, saya sangat teruja, maklumlah sudah lebih sebulan tidak bertemu. Saya pakai cantik-cantik, macam pertama kali nak keluar dating. Tapi saya kecewa, Intan melayan saya seperti baru pertama kali bertemu. Saya tebalkan muka, saya duduk dekat dengannya, tetapi tiada respon.
"Apabila dia ke belakang pentas, saya mengikutnya. Saya rindu sangat padanya. Saya melutut padanya, tapi Intan buat saya seperti orang asing. Malu, hanya Tuhan saja yang tahu, tapi apakan daya. Saya terus tidak faham kenapa Intan melayan saya seperti musuhnya? Jika tidak inginkan saya sekalipun, jangan sampai bermusuh.

"Selama 6 tahun bercinta, Intan bukan saja buat hati melekat, malah dia juga memaku hati saya. Bagaimana saya nak mencabut paku ini? Setiap hari saya berdoa agar kami terus bersama.

View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Beza 7 Tahun Tidak Halang Cinta Sherry Ibrahim & Fattah Amin


Sherry dan Fattah semakin mesra dan kita doakan sahaja kebahagiaan mereka.

Pelakon Sherry Ibrahim tidak melihat jarak usia sebanyak tujuh tahun dengan teman lelakinya, aktor Abdul Fattah Amin, 24, sebagai satu halangan untuk kedua-duanya meneruskan hubungan.

Sherry, 31, berkata, kematangan Fattah membuatkan dia serasi dengan pemuda itu namun mengakui percintaan mereka masih di peringkat awal.

"Soal hati dan perasaan bukan boleh diukur dengan usia malah saya sendiri tidak pernah menjangkakan akan mengenali lelaki yang jauh lebih muda.

"Saya selesa berkawan dengan Fattah kerana dia seorang yang matang membuatkan hati saya terbuka untuk menerimanya," katanya kepada mStar Online.






Sherry ditemui pada majlis Kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea' di Kelab DiRaja Selangor Bukit Kiara di sini pada Khamis.

Dua lagi selebriti yang turut terlibat pada kempen yang dirasmikan oleh Pengurus Besar Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan itu adalah Anzalna Nasir dan Doris Hor.

Pada majlis berkenaan seramai 1,000 peserta menyertai program itu dengan melepaskan belon ke udara tanda sokongan kempen berkenaan.


Pasangan ini tidak berahsia mengenai hubungan mereka dan sering berkongsi foto-foto mereka di Instagram.


Dalam pada itu, Sherry berkata, dia mengenali Fattah sejak Jun lalu ketika bersama-sama menjayakan drama bersiri Cinta Ibadah.

Bagaimanapun kata Sherry, sepanjang berada di lokasi mereka tidak pernah bertegur sapa dan hanya mula rapat pada penghujung penggambaran.

"Ini bukan cinta lokasi kerana kami tidak pernah bertegur sapa kecuali ketika latihan dan apabila ada adegan bersama.

"Namun kami saling berkenalan ketika penggambaran hampir selesai dan ia semakin rapat sejak itu," katanya.

Tambah Sherry lagi, biarpun dia berterus terang tentang hubungan mereka namun dia enggan mengulas lanjut mengenai hubungan itu kerana ia masih baharu.

"Sekiranya ada jodoh saya terima tetapi sebagai pihak wanita saya tidak boleh bercakap lanjut mengenai perkara itu memandangkan hubungan kami juga masih baru," ujarnya.




Dalam perkembangan lain, Sherry berkata, dia akan terus terlibat dalam beberapa siri kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea' yang akan menjelajah ke beberapa buah negeri dengan pelbagai program menarik.

"Saya berbesar hati dapat menyertai kempen ini yang membawa mesej kesedaran tentang keyakinan dalam diri wanita.

"Pelbagai program telah diatur dan saya cukup teruja untuk bersama-sama menjayakan kempen ini," katanya.

Sementara itu, Sherry berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Keluarga Karaoke sebanyak 60 episod untuk siaran Astro Mustika HD.

Drama itu turut dijayakan oleh Raja Ema, Elyana, Elfaeza Ul-Haq dan Dazrin Kamarudin.

View the original article here

Wednesday, 1 October 2014

Remy, Nurul, Demmy, Keith Foo rebut cinta


GANDINGAN mantap (dari kiri) Demmy, Remy Ishak, Nurul Aini dan Keith Foo memberi warna tersendiri dalam Kasih Berbisik.

BIARPUN kali pertama bertemu di set penggambaran drama bersiri Kasih Berbisik sekitar bulan April tahun ini, namun hubungan barisan pelakonnya, Remy Ishak, Nurul Aini, Demmy Febriana dan Keith Foo kelihatan cukup akrab.

Diakui mereka langsung tidak mengenali antara satu sama lain sebelum penggambaran bermula tetapi keserasian mengalir dengan mudah tanpa perlu dipaksa-paksa.






Justeru, ketika tayangan dua episod drama Kasih Berbisik yang diadakan sempena majlis pelancaran drama itu di Golden Village Great World City, Singapura baru-baru ini, lakonan mereka cukup meninggalkan kesan.

Apa yang boleh dijanjikan buat penonton, drama 13 episod itu berbeza dengan kebanyakan drama yang membanjiri kaca televisyen.

Ia sarat dengan konflik yang membuatkan hati penonton penuh dengan rasa amarah dan juga tidak sabar untuk menanti episod seterusnya.

Berbicara tentang drama usaha sama antara produksi MediaCorp Englevision (Singapura) dan Primeworks Studios dari Malaysia itu, ia mengambil masa setahun hanya untuk sesi perbincangan kedua-dua produksi.

Skrip dan barisan pelakon juga telah dirombak beberapa kali sebelum menjalani penggambaran selama 42 hari di tiga destinasi berbeza iaitu Perlis dan Kuala Lumpur (Malaysia), Bali (Indonesia) serta Singapura.

Remy jadi suami curang

Sudah berlakon dalam puluhan drama dan filem, buat pertama kalinya dalam drama Kasih Berbisik, Remy Ishak bergandingan dengan pelakon dari Singapura, Nurul Aini sebagai suami isteri.

Menariknya dalam drama itu, Remy yang memegang watak Imran, seorang arkitek yang berlaku curang terhadap isteri dicintainya dan dalam diam berkahwin dengan seorang wanita dari Bali bernama Sulastri yang dilakonkan oleh Demmy Febriana.

"Jujurnya saya seronok melakonkan watak Imran kerana bukan selalu saya dapat watak utama yang kelihatan baik tetapi dalam diam curang terhadap isteri.

"Saya sudah bersedia andai peminat wanita membenci watak Imran tetapi mereka akan jatuh cinta dan kasihan kepadanya selepas itu," ujar Remy.

Ujar Remy, walaupun dia tidak pernah bergandingan dengan Nurul Aini dalam sebarang projek drama atau filem tetapi dia cukup menyenangi profesionalisme Nurul di set penggambaran.

"Nurul seorang isteri dan ibu dua orang anak tetapi dalam drama ini kami harus berlakon sebagai suami isteri. Pada mulanya saya bimbang kerana ada beberapa adegan yang memerlukan kami kelihatan mesra dan romantis tetapi Nurul memberi kerjasama yang amat baik.

"Mungkin untuk pelakon yang saling tidak mengenali akan rasa kekok untuk adegan romantis tetapi tidak dengan Nurul. Saya rasa selesa dan kami terus menjadi sahabat baik selepas penggambaran tamat," kata Remy yang akan berehat panjang selepas ini.

Nurul Aini mahu aktif di Malaysia

Nama pelakon dan pengacara, Nurul Aini cukup popular di Singapura. Bagaimanapun, namanya asing buat peminat drama tempatan.

Namun, drama Kasih Berbisik bukanlah drama pertama lakonannya yang akan ditayangkan di Malaysia. Sebelum ini, dia pernah berlakon dalam sebuah telefilem Dosa Semalam pada tahun 2005.

Disebabkan rezeki seninya lebih banyak di negara kelahirannya sendiri, Nurul Aini akhirnya kembali ke Singapura walaupun pernah menyimpan impian untuk aktif sebagai pelakon di Malaysia.

"Sudah tertulis rezeki saya lebih banyak di Singapura dan apabila saya berkahwin serta mempunyai anak, waktu cukup terbatas untuk saya kembangkan kerjaya ke negara lain.

"Saya bersyukur suami merestui pekerjaan sebagai pelakon. Apabila saya terima tawaran drama Kasih Berbisik, saya sudah bersedia untuk kembangkan kerjaya di Malaysia," balas Nurul.

Bercakap tentang drama Kasih Berbisik, Nurul bagai tidak percaya apabila diberitahu dia akan bergandingan dengan Remy Ishak sebagai suami isteri.

"Saya kenal Remy Ishak, dia pelakon popular di Malaysia dan Singapura. Apabila diberitahu saya akan jadi isteri pertamanya dalam drama ini, saya amat terkejut.

"Takut sebab memikirkan mampukah saya membawakan watak Nora dengan baik. Selepas berfikir panjang, tawaran drama ini merupakan peluang keemasan yang tidak patut saya lepaskan. Saya berharap selepas drama ini ditayangkan, peminat drama di Malaysia lebih mengenali saya," tutur Nurul.

Bahasa cabaran utama Demmy Febriana

Pelakon asal Bogor, Indonesia, Demmy Febriana mengakui secara jujur dia tidak mengenali seorang pun pelakon dalam drama Kasih Berbisik sehinggalah menjejakkan kaki di set penggambaran drama di Perlis, Malaysia.

Wanita berusia 25 tahun itu hanya mengenali Keith Foo kerana pelakon itu terlebih dahulu mencipta nama di Indonesia berbanding Malaysia.

"Jujur, saya langsung tidak kenal semua pelakon kecuali Keith Foo. Saya hanya tahu mereka pelakon terkenal Malaysia dan Singapura selepas jumpa di set penggambaran.

"Sebagai pelakon yang paling muda dan baharu, saya amat berbesar hati kerana mereka semua banyak memberi tunjuk ajar. Remy paling banyak membantu saya. Paling saya tidak boleh lupa, dia mengajar saya untuk menangis secara semula jadi. Dia seorang pelakon yang hebat," kata Demmy.

Tambah Demmy, sepanjang penggambaran masalah utamanya adalah memahami bahasa Melayu. Ada kalanya dia tertekan kerana tidak faham apa yang pengarah inginkan.

"Bahasa Indonesia dan Malaysia sama sahaja tetapi dialek antara kedua negara agak berbeza. Jika pengarah cakap dengan laju, saya langsung tidak faham.

"Saya mengambil masa dua minggu untuk menyesuaikan diri. Sebelum itu saya rasa cukup terasing kerana sering tidak faham apa yang orang sekeliling tuturkan," cerita Demmy.

Jelasnya, sejak berlakon drama Kasih Berbisik, Malaysia cukup dekat di hatinya. Walaupun kerjayanya di Indonesia cukup kukuh tetapi dia mahu melebarkan sayap seni ke Malaysia.

"Lebih bagus andai lakonan saya ditonton dan dihargai oleh peminat Malaysia juga. Jika diberi peluang berlakon dalam lebih banyak drama produksi Malaysia, saya amat berbesar hati.

"Selagi saya muda, apa salahnya berusaha keras demi masa hadapan yang lebih meyakinkan," kata Demmy yang bercita-cita membuka butik pakaiannya sendiri di Indonesia.




Sisi antagonis Keith Foo

Sebelum ini, setiap lakonan Keith Foo pasti mencairkan hati peminat, terutamanya wanita. Namun, berbeza untuk watak Dharma dalam Kasih Berbisik kerana ia menampilkan sisi antagonis Keith Foo yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Watak Dharma lakonannya menuntutnya menjadi seorang lelaki yang panas baran dan suka memukul wanita.

"Setiap lakonan ada cabaran yang tersendiri. Sebagai Dharma, penonton akan membenci watak saya yang suka naik angin tidak bertempat.

"Sebenarnya, cabarannya tidak terlalu besar kerana Dharma seorang lelaki Bali dan sebelum ini sudah terbiasa dengan pertuturan Indonesia," katanya.

Harapan Keith, selepas ini akan lebih banyak drama mega diterbitkan. Selain pasarannya lebih luas kerana ditonton oleh penonton dua buah negara, pada masa yang sama kerjaya seni pelakonnya turut berkembang.

"Saya harap kerjasama seperti ini bukan yang terakhir. Mungkin selepas ini drama ini akan disambung atau ada kerjasama lain antara dua stesen televisyen ini," ujarnya yang kini sibuk di penggambaran filem Langit Cinta bersama pengarah Osman Ali.

View the original article here

Sarimah Ibrahim Cinta sembilan bulan tunang empat bulan


TIADA kata-kata lain yang terluncur daripada mulut pengacara dan penyampai radio popular Sarimah Ibrahim, 36, selain syukur selepas dia dan kekasihnya Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, selamat mengikat tali pertunangan. Berlangsung dalam suasana tenang dan secara tertutup di Hotel Doubletree, Kuala Lumpur, Sabtu, pasangan itu ternyata sedang teruja mendepani fasa bergelar tunangan orang.

Sepanjang temu bual yang dilakukan usai majlis tersebut, kebahagiaan jelas terpancar pada wajah Sarimah dan Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra disapa dengan nama Tunku Jamie. Mereka saling ketawa dan ramah meleraikan agenda hari nikah yang berbaki tidak sampai setahun.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar mengikut perancangan. Perasaan saya selepas bergelar tunangan orang pastinya gembira kerana hubungan yang terjalin akhirnya dibawa ke peringkat yang lebih jauh," kata Sarimah.

Meskipun hanya bercinta selama sembilan bulan, Sarimah merasakan tempoh yang singkat itu sudah cukup untuknya mengenali hati budi Jamie yang merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan.






"Bagi saya tempoh sembilan bulan itu sudah cukup untuk mengenali siapa bakal suami saya. Sebenarnya tempoh percintaan tidak menjamin hubungan itu akan kekal.

"Kalau kenal sembilan tahun sebelum berkahwin pun belum tentu saya kenal orang itu sepenuhnya kerana hati manusia sentiasa berubah-ubah. Apa yang penting kami berdua sudah bersedia untuk memberi komitmen dalam hubungan ini," balas Sarimah sambil diakui oleh Tunku Jamie yang duduk di sebelah Sarimah.

Selepas majlis pertunangan yang diadakan penuh dengan adat Melayu itu, kedua-dua keluarga menetapkan pasangan ini akan bernikah pada 2 April tahun hadapan.

Bercakap soal perkahwinan kata Sarimah, semuanya masih terlalu awal kerana setakat hari ini mereka hanya sempat untuk memutuskan tarikh pernikahan sahaja.

"Soal perancangan perkahwinan pula, saya sendiri belum mempunyai sebarang perancangan tetapi kemungkinan besar majlis perkahwinan akan diadakan di Kuala Lumpur sahaja," kata Sarimah.

Apabila ditebak soalan, adakah Sarimah sudah bersedia untuk menjadi sebahagian keluarga kerabat diraja Negeri Sembilan selepas mereka berkahwin kelak, begini jawab pengacara berkenaan:

"Sebenarnya tidak kira siapa dan apa status bakal suami saya, paling penting kami harus menghormati keluarga masing-masing. Selain itu, harus cuba mengenali dengan lebih dekat keluarga mertua.

"Namun, proses perkenalan itu mengambil masa kerana biasanya selepas berkahwin barulah kita akan lebih mengenali keluarga mertua. Buat masa sekarang saya hanya mengenali keluarganya yang terdekat sahaja."


SARIMAH akan terus aktif dalam bidang seni selepas mereka bernikah pada April tahun hadapan.

Jamie tidak sangka Sarimah popular

Sarimah yang sudah lima tahun hidup bersendirian selepas bercerai dengan bekas suaminya Amir Andrew Abdullah pada tahun 2009, tertarik dengan Tunku Jamie kerana lelaki itu cukup memahami dirinya serta kerjayanya sebagai selebriti.

"Saya bersyukur kerana bertemu dengan Tunku Jamie. Dia seorang yang sangat merendah diri dan paling penting faham diri saya. Walaupun saya ada perangai gila-gila tetapi dia boleh terima seadanya," luah wanita berdarah campur Melayu - Irish itu lagi.

Tunku Jamie pula pada mulanya tidak menyangka Sarimah merupakan selebriti popular tanah air sehinggalah beliau sendiri membuat carian di internet tentang Sarimah.

"Jujur, saya tidak mengikuti perkembangan dunia seni Malaysia, kerana itu saya tidak begitu mengenali siapa Sarimah dan apakah sebenarnya kerja seni yang dilakukan olehnya.

"Saya tahu dia artis tetapi tidak sangka dia terkenal. Apabila saya buat carian di internet saya tekejut melihat banyak cerita tentangnya ditulis selain mempunyai ramai pengikut di laman sosial. Jadi, daripada internet saya tahu serba sedikit tentang Sarimah," akui Jamie yang berstatus duda tanpa anak.

Mengambil keputusan untuk menikahi seorang selebriti, Tunku Jamie sudah bersedia dengan perhatian yang di berikan peminat dan media kepadanya.

"Pada mulanya saya agak gementar apabila gambar kami berdua diambil dan ada peminat Sarimah yang menegur apabila kami keluar bersama. Selepas diterangkan oleh Sarimah, lama-kelamaan saya juga sudah biasa dan selesa dengan perhatian yang diberikan," balas Jamie.

Apabila ditanya apakah keistimewaan Sarimah sehingga hatinya bulat untuk menyunting wanita itu sebagai suri hidupnya, Jamie tersenyum lagi sebelum menjawab. Katanya, sikap positif yang menebal dalam diri wanita itu (Sarimah) menjadi punca hatinya tertambat.

"Sarimah seorang yang selalu bersikap positif walau dalam apa keadaan sekali pun. Dia jelita, mengambil berat dan seorang yang cukup penyayang," akui Jamie sambil Sarimah tersipu malu mendengar pengakuannya.


ATAS: Majlis pertunangan pasangan ini hanya dihadiri oleh sekitar 40 tetamu yang terdiri daripada keluarga rapat dan rakan baik Sarimah dan Tunku Jamie.

Selepas berumah tangga kelak, tegas Sarimah, dia masih akan meneruskan kerjayanya seperti biasa. Tidak ada sebab untuknya bersara daripada dunia seni meskipun dia bakal memiliki anak pada masa hadapan.

"Saya tetap akan bekerja selepas menjadi isteri. Kami sudah berbincang tentang perkara tersebut dan dia memberi kebenaran. Katanya, dia mengenali saya sebagai artis, jadi dia ingin lihat saya lakukan pekerjaan yang saya suka.

"Lainlah jika sudah ada anak kelak, mungkin saya akan perlahankan kerja buat sementara waktu. Untuk bersara daripada dunia seni, memang tidak sama sekali," akui Sarimah.




Menyentuh tentang cahaya mata, ujar Sarimah masih terlalu awal bagi mereka untuk bercerita tentang perkara berkenaan. Namun, katanya, mereka mahu segera mempunyai selepas selamat berkahwin kelak.

"Saya memang ingin anak tetapi semuanya atas rezeki Allah. Kalau ikut impian saya, kalau boleh saya ingin sepasang anak, seorang lelaki dan perempuan," luah Sarimah mengakhiri bicara.

Majlis pertunangan Sarimah dan Jamie berlangsung secara tertutup hanya dihadiri sekitar 40 orang ahli keluarga dan rakan rapat. Majlis tersebut bermula dengan acara berbalas pantun dan pertukaran dulang hantaran.

Ibu saudara Jamie, Raja Datin Massaha Raja Harun mewakili pihak keluarga lelaki menyarungkan cincin ke jari Sarimah. Selain itu majlis tersebut turut dihadiri oleh nenda Tunku Jamie iaitu Tunku Ampuan Najihah Tunku Besar Burhanuddin, bondanya Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar dan ayahandanya Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha.

Ibu bapa Sarimah, Ibrahim Ahmad, ibunya Elizabeth Hanlon dan tiga adik lelakinya turut memeriahkan majlis tersebut.

View the original article here

Wednesday, 24 September 2014

Sherry sangkal wujud cinta lokasi dengan Fattah Amin


SHERRY mahu ceburi bidang perniagaan tidak lama lagi.

Rezeki Sherry Ibrahim murah dalam dunia lakonan dan terbaharu, kemunculan semulanya menerusi drama Teduhan Kasih di TV3 bersama Adi Putra menjadi kemuncak kepada kerjaya lakonannya.

Pernah berlakon dan meninggalkan kerjaya lakonan untuk kembali bekerja sebagai pramugari, Sherry kembali aktif sejak dua tahun lalu dan nekad meninggalkan kerjaya itu.

Artis naungan Laugh Out Loud itu kini dilaporkan tidak putus-putus menerima tawaran berlakon.






Selepas tamat penggambaran drama Cinta Ibadah yang disiarkan sejak 8 September lalu di Astro Prima, Maya HD dan Ria Plus, Sherry kini sibuk pula di lokasi penggambaran drama 60 episod berjudul Keluarga Karaoke yang juga untuk siaran Astro.

Malah, selepas selesa bergelar pelakon, Sherry memberitahu beliau merancang untuk melebarkan sayap perniagaannya pula yang bermula hujung tahun ini.

"Saya kembali berlakon pun sejujurnya tanpa disengajakan. Sejak dulu lagi selain berlakon pada masa yang sama mahu memikirkan untuk menceburi sesuatu bidang lain. Tetapi ketika itu tak ada saluran dan hubungan yang betul.

"Sehinggalah saya berjumpa dengan kawan lama dan dari situ kami sudah berkira-kira untuk memulakan perniagaan bersama.

"Menerusi perbincangan dan bertukar pendapat, ia menjadi serius. Cuma setakat ini perniagaan apa yang bakal kami lakukan itu biarlah rahsia dulu," katanya.


SHERRY (kanan) dan Fattah Amin (duduk) mula rapat di penghujung penggambaran Cinta Ibadah. - Foto Munira Abdul Ghani
Sherry turut ditanya mengenai wujudnya cinta lokasi di antaranya dengan hero drama Cinta Ibadah, Fattah Amin. Malah di laman Instagram, Sherry juga secara terbuka berkongsi gambar Fattah sama ada mereka berdua atau berseorangan.

"Kalau ada yang kata wujud cinta lokasi antara saya dan Fattah memang tidak benar. Sebab sejak dari awal penggambaran, memang kami tak rapat. Hanya di penghujung penggambaran baru kami jadi rapat.

"Jadi dari awal memang hubungan itu atas paksi profesional. Lagipun tak banyak babak kami bersama.

"Saya hanya memegang watak doktor kepada isteri beliau dalam drama ini. Hubungan ini masih baru. Saya tak mahu menggembar-gemburkan sangat. Tapi kami memang berjumpa kalau ada masa terluang," katanya.



View the original article here

Monday, 22 September 2014

Hyo-jin, Jin-wook putus cinta


JIN-WOOK

AKTRES Korea Selatan, Gong Hyo-jin dilaporkan sudah putus cinta dengan kekasihnya, pelakon kacak, Lee Jin-wook.

Berita mengenai perpisahan tersebut telah disahkan oleh agensi masing-masing.






“Ya. Mereka sudah berpisah dan tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Memandangkan ini adalah masalah peribadi, kami tidak dapat bercerita lanjut punca perpisahan mereka,” ujar wakil agensi Hyo-jin, Management SOOP.

Sementara itu, menurut wakil agensi Jin-wook, Will Entertainment memberitahu, hubungan antara aktor drama Three Musketeers dan Hyo-jin yang terkandas di tengah jalan itu berakhir sebagai rakan baik.



View the original article here

Saturday, 20 September 2014

MESTI TENGOK! Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus dengan seorang penganut Kristian Mengenai Cinta dengan Perempuan Islam


Baru-baru ini UAI telah diajukan soalan oleh seorang pemuda beragama Kristian dalam facebook miliknya Ustaz Azhar Idrus (Original). Pemuda itu mengajukan soalan mengenai kisah cintanya dengan seorang budak perempuan Islam di sekolahnya. Jom ikuti nasihat UAI di bawah ini :





View the original article here

Wednesday, 17 September 2014

MESTI TENGOK! Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus dengan seorang penganut Kristian Mengenai Cinta dengan Perempuan Islam


Baru-baru ini UAI telah diajukan soalan oleh seorang pemuda beragama Kristian dalam facebook miliknya Ustaz Azhar Idrus (Original). Pemuda itu mengajukan soalan mengenai kisah cintanya dengan seorang budak perempuan Islam di sekolahnya. Jom ikuti nasihat UAI di bawah ini :





View the original article here

Tuesday, 9 September 2014

Keluhan Cinta, sinar baharu Mamat Exist



HIDUP menumpang di Kuala Lumpur, Mamat tidak merasa hina walaupun ada segelintir pihak memandang rendah terhadap dirinya.

KELUNAKAN lantunan melodi dan gemersik vokal dalam Oh Ibu masih mampu menjadi halwa telinga peminat industri seni muzik tempatan.

Ironinya, pemilik suara tersebut itu, Mamat tenggelam di sebalik pelbagai kontroversi buruk yang melandanya. Ia sekali gus membuatkan reputasi penyanyi yang pernah menjadi pujaan pada zaman remajanya dulu tercalar teruk.






Bermula daripada kes penceraian sehingga dikatakan hidup bagaikan gelandangan, bermacam-macam dugaan yang melanda Mamat.

Mamat atau penama sebenar Mohd Ali Kamarudin, 36, terus terpinggir dek pembangunan progresif arus seni muzik tempatan tanah air.

Namun, segalanya itu tidak sedikitpun mematahkan semangatnya dalam bidang seni. Mamat yang kini mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian sekali lagi diuji dengan pelbagai cabaran.

Mengakui terpaksa menumpang di beberapa rumah kenalannya di Kuala Lumpur untuk kembali memberi fokus dalam bidang nyanyian, Mamat berusaha untuk mendapatkan tempatnya semula dalam bidang seni suara.

Bercerita lanjut mengenai pengorbanannya untuk kembali dalam bidang yang sudah menjadi darah dagingnya itu, Mamat berkata, sejak bercerai dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal empat tahun lalu, dia lebih selesa menumpang di rumah temannya. Dari situ, dia dapat berkongsi masalah dengan bersama orang yang boleh dipercayai.

“Saya tiada rumah di Kuala Lumpur, jadi setiap kali ada tugasan di sini saya akan duduk menumpang dengan kawan-kawan ataupun tidur di hotel.

“Biarpun saya ada rumah di Johor tetapi saya kini lebih selesa untuk tinggal bersama rakan-rakan kerana lebih mudah untuk saya menumpukan sepenuh perhatian saya kepada bidang nyanyian,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Santai bersama Media di Hotel Flamingo Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mamat turut mengakui yang dia kadangkala tertekan dengan pandangan negatif sesetengah pihak terhadapnya berhubung kisah silam termasuk dalam soal penyalahgunaan dadah sebelum ini.

Hal tersebut sekali gus menyukarkannya untuk kembali aktif. Sesetengah pihak juga masih memandang serong terhadap Mamat dengan melihat kisah silamnya.

Jelas Mamat, dia berharap agar masyarakat dapat memberinya peluang untuk menebus semua kesilapan yang pernah dilakukan. Pintanya agar masyarakat tidak terus menghukumnya tanpa mengetahui keadaan sebenar.




“Mungkin saya nampak seperti tidak kisah dengan apa yang orang perkatakan tentang saya tetapi jauh di sudut hati, perasaan sedih itu ada.

“Apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah dan harap ia boleh diambil sebagai iktibar, malah mengajar saya mengenai erti kehidupan,” ujarnya.

Meneruskan semangat seni yang masih bersisa, Mamat bakal muncul dengan single terbaharunya yang berjudul Keluhan Cinta. Lagu tersebut dijangka akan diterbitkan menjelang penghujung tahun nanti.

Besar hasrat Mamat, biarlah lagunya itu mampu memberi peluang untuk kembali menapak dalam industri muzik tempatan.

Jelas Mamat, lagu berkenaan diterbitkan syarikat pengurusan yang menaungi kariernya kini iaitu Anita Entertainment. Dia legas atas kepercayaan diberikan oleh syarikat berkenaan terhadap dirinya.

“Sekarang lagu itu masih dalam proses menyiapkan klip video. Saya harap lagu itu mampu mengubat kerinduan para peminat yang menantikan mate- rial baharu daripada saya,” luahnya.

View the original article here

Monday, 8 September 2014

Takdir Cinta Awi Rafael



EMPAT tahun mengorak langkah dalam dunia hiburan tanah air, pemuda yang menggelarkan dirinya Awi Rafael itu sedar perjalanannya dalam industri tersebut sebenarnya masih jauh.Ada banyak perkara yang mahu digapai, lebih-lebih lagi menyentuh soal kerjaya yang sentiasa menjadi fokus utamanya.

Lumrah kehidupan sebagai selebriti, pelantun lagu Pulanglah itu juga tidak dapat lari daripada kontroversi.

Pernah menjadi perhatian media saat tersebarnya gambar dirinya bertatu kira-kira dua tahun lalu, Awi atau nama sebenarnya, Muhammad Nabawi Ewan Gunawan Rafael tidak cepat melatah.






Kata-kata kutukan dan cacian yang diterima pada ketika itu, sedikit pun tidak membuatkan semangat anak kelahiran Singapura itu berlalu jatuh rebah ke bumi.

Berhadapan dengan kebenaran, Awi berani mengakui kekhilafan diri. Keikhlasan dan kejujurannya itulah yang membuatkan dia masih diterima peminat hingga kini.

Tidak mahu terus dimomok perkara-perkara lampau, Awi mengambil pendekatan positif. Menganggap apa yang berlaku sebagai suatu perkara yang mematangkan diri, dia terus bangkit tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.

Apa yang pasti, setiap yang dilaluinya pada masa lalu dijadikan pengajaran dan pengalaman berguna untuk terus menghadapi hari-hari mendatang.

Ketika ini, pada usia 28 tahun, lelaki yang terkenal dengan lagu Kalau Aku Kaya itu masih lagi diri Awi yang sama. Cuma bezanya, dia kini hadir dengan diri kaya pengalaman dan budi bahasa.



View the original article here

Sunday, 7 September 2014

GEMPAR! Kerana Takut Putus Cinta Gadis Melayu Hantar Gambar Terlampau Pada Teman Lelaki


Apakah yang dimaksudkan dengan cinta? Cinta bermakna hubungan antara dua insan lelaki dan perempuan yang saling menyintai dan menyayangi disatukan. Tetapi pada hari ini, kebanyakkannya cinta pada hari ini hanyalah berlandaskan hawa nafsu serta permainan syaitan yang tidak leka menghasut lelaki dan perempuan untuk melakukan maksiat.



Jadi kepada kaum wanita anda diberikan akal untuk berfikir anda boleh mengetahui samada pasangan anda jujur dengan anda atau sekadar memuaskan nafsu terhadap anda jadi berfikirlah semoga anda cepat tersedar dari pencintaan yang dusta belaka. Janganlah anda wahai kaum hawa terpedaya dengan tipu helah dan madah berhala dunia yang penuh dengan fana ini.

Sumber : hmetroo.blogspot.com

View the original article here

Monday, 1 September 2014

Di sini lahirnya cinta Andre, Najwa



RUMAH pusaka, Rumah Penghulu Abu Seman di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur itu seolah-olah kembali bertuan.

Disinggahi dua nama, penyanyi Najwa Mahiaddin dan ikon lagu Melayu asli Datuk Andre Goh, rumah itu menukar dimensi seperti kembali ke zaman nostalgia. Diserikan lagi dengan kehalusan persalinan tradisi yang disediakan pereka Salikin Sidek serta koleksi peribadi Najwa dan Andre, penyatuan semangat dan jati diri dua penyanyi itu memancarkan sebuah konotasi untuk dimengerti.

Beza generasi, aliran muzik, corak pemikiran dan budaya kehidupan diletak ke tepi. Di situ mereka duduk dan berdiri sebagai kelompok penyambung warisan. Najwa membina karier nyanyiannya sebagai penyanyi dalam aliran muzik R&B dan soul manakala Andre dengan lagu-lagu Melayu aslinya. Sesuatu yang menarik Andre, 68, bukanlah orang Melayu sebaliknya lelaki berketurunan Baba Nyonya di Melaka yang menyanyikan lagu-lagu Melayu Asli sepanjang kariernya.

Kontradiksi itulah yang cuba diselami. Kecintaan terhadap khazanah budaya seperti yang dilakukan oleh Najwa dalam lagu Seri Mersing bagai terhampar menjadi jambatan. Menjadikan gandingan julung-julung kali ini lebih bermakna, tema Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta tersulam indah dalam bicara yang sengaja disusun sedemikian rupa.

"Saya sebenarnya sudah lupa apakah tema Hari Kemerdekaan tahun lepas, tetapi tahun ini berbeza sekali. Tetapi saya cukup sedar, setiap kali tibanya Hari Kemerdekaan, lagu-lagu seperti Tanggal 31, Bahtera Merdeka dan Tanah Pusaka akan selalu berkumandang. Apabila ada konflik atau mahu menyatukan rakyat, lagu-lagu begitu juga yang akan dimainkan. Tahun ini berbeza. Saya cukup terkesan apabila seni kata pertama dalam lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad diangkat sebagai tema.

"Terasa betapa seni dan anak seni itu diberi perhatian. Ayat pertama (di sini) itu dalam maksudnya," lelaki yang telah melewati usia emas itu mula mengatur pandangan.



KONTRADIKSI yang ketara di antara Andre Goh dan Najwa Mahiaddin menjadi tenggelam apabila masing-masing bercerita tentang betapa cinta dan bersemangatnya mereka terhadap lagu Melayu asli.

Emosinya sebagai pejuang lagu-lagu Melayu asli sedikit terkesan, beliau mengenangkan nasib lagu Melayu asli di bumi sendiri.






"Saya selalu rasa bahawa artis selalu diketepikan, bila nak guna baru ambil, lagu-lagu Melayu asli juga begitu. Sebab itu kita harus ada pelapis. Saya bangga dengan Najwa apabila dia kembalikan lagu Seri Mersing. Dalam sibuk berpolitik, pemimpin juga harus peka dengan survival lagu-lagu Melayu asli. Apapun, tema kemerdekaan tahun ini yang mengambil seni kata lagu memang memberi jiwa kepada orang seni seperti saya," ujar pemilik nama sebenar Goh Eng Boon itu.

Kembali mengenangkan usia yang telah ditinggalkan, penyanyi yang popular dengan lagu-lagu seperti Bunga Desa, Baju Hitam dan Harapan Kecewa itu tidak pernah terfikir bagaimana anak Cina sepertinya boleh menyanyikan lagu Melayu.

"Persoalan itu hanya dikemukakan orang kepada saya, bagi saya lagu dan muzik itu universal. Saya bangga kerana sampai ke hari ini, saya dikenali dan diberi penghargaan kerana nyanyian lagu-lagu Melayu asli.

"Saya menyanyi lagu Melayu bukan nak kaya tetapi kerana terpikat kepada kehalusan, muzik dan seni lagu Melayu asli itu," ujar Andre yang menerima Anugerah Darjah Mulia Seri Melaka pada tahun 2011 yang membawa gelaran Datuk.

Menyifatkan beliau sebagai patriot seni, Andre segera bertegas. Katanya, selagi setiap individu itu mempersoalkan haknya walaupun tentang sekecil-kecil isu, itu sudah cukup untuk dianggap patriotik.

"Setiap orang mempunyai patriotisme dalam cara masing-masing. Tak kibar Jalur Gemilang tak pergi Dataran Merdeka sambut merdeka bukan bermakna seseorang itu tidak patriotik, mungkin dia ada cara lain," ujarnya sambil menitip satu pesan buat Najwa.

Pesan beliau, lagu Melayu asli itu khazanah budaya dan warisan negara, pegang itu dan jangan dirosakkan ia dengan melodi yang mengelirukan generasi di kemudian hari.


NAJWA MAHIADDIN kini tamat pengajian muzik di AS dan kembali meneruskan karier nyanyiannya dengan buah tangan yang lebih segar untuk menawan peminat seni hiburan tempatan.




Seri Mersing simbolik patriotisme - Najwa

Faham benar apa yang cuba disampaikan, penyanyi ini tidak hanyut dibuai kemodenan dan seni muzik yang telah didalami.

"Saya sendiri tidak sanggup untuk merosakkan keindahan melodi lagu Seri Mersing. Apa yang saya buat ialah menyusun semula muziknya dengan elemen muzik elektronik. Sebelum ini, ayah dan ibu menjadi orang pertama yang mempersoalkan apa rasional saya merakamkan Seri Mersing dengan muzik sebegitu," akur Najwa dalam penjelasan.

Asalnya Seri Mersing dirakam semula bagi memenuhi tuntutan pengajian, namun proses pembikinan itu sendiri mencetuskan satu perasaan berbeza buat penyanyi yang popular dengan lagu Got To Go itu.

"Apabila saya di luar negara, kawan-kawan kolej bertanya tentang budaya dan muzik orang Melayu. Ketika itu juga saya teringatkan Seri Mersing. Sebagai anak Johor, lagu itu sangat dekat dengan saya dan keluarga. Saya tidak pernah belajar tentang lagu Melayu asli, tetapi terdidik dan ia tertanam di jiwa sejak kecil," lenturnya yang mengabadikan nafas baharu Seri Mersing ke dalam album keduanya berjudul Aurora.

Usai menamatkan pengajian di Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat, berada di luar negara cukup menyedarkan Najwa betapa kasih dan cintanya tumpah di tanah air sendiri.

"Kalau saya tidak kerana cinta kepada budaya dan negara, saya tak rakamkan lagu Seri Mersing. Perasaan sayang, rindu terhadap asal-usul diri itu sangat dirasai bila berada di luar negara. Kalau berada dalam negara, selalunya kita ambil mudah, tetapi di luar sana tidak. Selagi boleh kita mahu terbitkan rasa bangga orang luar. Buat apa-apa pun, rasa seperti mewakili negara.

"Samalah dengan pembikinan lagu Seri Mersing, saya buat dengan rasa tanggungjawab kepada bangsa dan khazanah negara," penyanyi berusia 28 tahun itu menzahirkan pegangannya.

View the original article here

Sunday, 1 June 2014

CINTA TAK KENAL USIA

type='html'>
Kyle Jones mendakwa melalui kehidupan seks yang aktif.
Kyle Jones baru berusia 31 dan sepatutnya dia tidak menghadapi masalah berpacaran dengan gadis muda.
Namun, Jones mempunyai selera sendiri.
Dia memilih seorang nenek berusia 91 tahun ketika usia ibunya sendiri baru 50 tahun.
Keanehan cita rasa Jones itu segera mengundang tanda tanya ramai, malah dia turut mendapat gelaran ‘pucuk muda’ sebelum ini kerana beberapa kali menjadi kekasih kepada wanita warga emas.
Sepanjang tempoh lima tahun lalu pemuda dari Florida berkenaan menjadi buah hati Marjorie McCool, 91, dan mereka mendakwa tidak boleh berenggang antara satu sama lain.


Mereka juga mendakwa melalui kehidupan seks yang aktif.
Kata Jones, otak manusia berfungsi secara berbeza antara seseorang.
Justeru, katanya, ada lelaki yang menggemari wanita berambut perang, manakala sebahagian lagi suka kepada warna rambut hitam.
“Saya menggemari wanita tua dan meluat melihat wanita yang mendapatkan kecantikan melalui pembedahan plastik,” katanya.
Untuk mencari pacar, Jones menggunakan kemudahan laman sesawang dan menghubungi wanita berusia antara 60 hingga 80 tahun.
“Apabila saya mula bercakap dengan wanita begitu, reaksi pertama mereka ialah terkejut kerana usia saya terlalu muda,” katanya.
Namun, kata Jones, dia akan cuba meyakinkan wanita terbabit bahawa perbezaan usia akan menjadikan hubungan mereka sesuatu yang menyeronokkan.
Jones bertemu Marjorie kali pertama pada 2009.

Ketika itu Marjorie yang membujang selama 37 tahun bekerja di sebuah kedai buku.
Jones kemudian bertemu dengannya dan meminta nombor telefon.
Sejak itu Marjorie bersetuju keluar bersama Jones.
Kata ibu kepada enam anak itu, pada awalnya dia cemburu kerana Jones mempunyai hubungan dengan perempuan lain.
“Namun, dia sering kembali kepada saya dan berkata saya adalah yang terbaik,” katanya.
Sumber


View the original article here

Cinta tak mengenal Usia,Nenek 113 tahun langsung perkahwinan

type='html'>
AZATIHAN dan Aimti.
Xinjiang: Seorang wanita berusia 113 tahun, Azatihan Sawuti semalam melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berusia 70 tahun, Aimti Ahemti di wilayah Bachu, Xinjiang, selepas berkenalan enam bulan lalu.
Menurut laporan, Azatihan sebelum ini pernah menolak lamaran Aimti kerana merasakan dirinya terlalu tua. 
Aimti ketika ditemui wartawan selepas majlis perkahwinan itu berkata, dia tidak mempedulikan faktor usia.

“Saya yakin kami akan bahagia bersama. Saya tidak peduli sama ada dia lebih tua daripada saya. Dia menjaga saya dengan baik dan sanggup berkongsi makanan dengan saya sebelum ini.”
 - Agensi


View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

MONYET CINTA FB WANITA AKHIR ZAMAN


 “Sesungguhnya di antara tanda-tanda akan datangnya hari kiamat adalah: diangkatnya ilmu, merebaknya kebodohan, merajalelanya perzinahan, merajalelanya khamar (minuman keras/alkohol), sedikitnya jumlah laki-laki, banyaknya jumlah wanita sehingga limapuluh wanita dipimpin oleh satu orang laki-laki,” (HR. Bukhari)
 



 

 Wahai Wanita AKHIR ZAMAN, Rasulullah menangis melihat Azab mu dineraka 

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

“Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan… maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi,”wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?”

Beliau bersabda:

Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
Wanita yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka.
Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
Wanita yang tuli, buta&bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga ,mulut)&badanny a membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
Wanita yang berkepala seperti kepala babi&kaldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.




View the original article here

Tuesday, 27 May 2014

AMUKAN CINTA HAMPA


Lokasi kejadian

Akibat terlalu kecewa kerana cintanya ditolak oleh wanita, seorang pelajar membunuh enam orang dan dirinya dalam kejadian amuk membabitkan pistol dan pisau.

Kejadian tembak-menembak berlaku antara polis dan suspek di Santa Barbara, kata jurucakap polis.

Elliot Rodger, 22, anak seorang pengarah filem di Hollywood turut mencederakan sekurang-kurang 13 orang di Isla Vista berdekatan kampus Universiti California Santa Barbara, semalam.

Bapa suspek, Peter Rodger ialah penolong pengarah filem blockbuster 2012 ‘The Hunger Games.’ Polis masih menyiasat video yang sempat dimuat naik di YouTube oleh Elliot yang berjudul ‘Day of Retribution’ sebelum dia melakukan pembunuhan itu.

Video berkenaan menunjukkan dia berada di dalam sebuah kereta membebel mengenai wanita yang menolak cintanya selama lapan tahun dan berikrar untuk ‘menghukum mereka.’ Kejadian itu adalah serangan senjata api terbaru yang menggemparkan Amerika Syarikat dan mencetuskan perdebatan mengenai hak penggunaan pistol.

Sheriff Santa Barbara Bill Brown dalam sidang media memberitahu sebelum kejadian itu, Elliot menikam hingga mati tiga mangsa di apartmennya.

Dia kemudian menyasar tiga wanita lain di seberang jalan, dua daripada mereka terbunuh.

Kemudian dia menembak mati seorang lagi mangsa, Christopher Martinez, 20.

Ketika polis tiba, Rodger dikatakan sedang menembak secara rambang ke arah pejalan kaki di sepanjang jalan.


Dalam kejadian tembak-menembak dengan polis, Elliot ditembak di pinggul sebelum melanggar penunggang basikal, menyebabkan lelaki itu tercampak ke atas keretanya.

“Kereta Elliot akhirnya berhenti setelah berlanggar dengan beberapa kereta yang diletakkan di bahu jalan.

“Elliot sememangnya sudah mati dengan beberapa tembakan di kepalanya,” kata Brown.

Tiga pucuk pistol ditemui dalam kereta berkenaan - semuanya mempunyai rekod pembelian sah dan berdaftar.

Polis turut turut menemui kira-kira 400 peluru yang masih belum digunakan.

Dalam sidang media berasingan, jurucakap keluarga Elliot, peguam Alan Shifman berkata, dia disahkan mengidap sindrom Asperger dan dirawat oleh beberapa pakar.

Sebelum itu, dalam video YouTube Elliot berkata: “Saya akan membunuh setiap wanita ‘murah’ berambut perang yang saya nampak.

Setiap wanita yang saya dambakan, mereka tidak peduli dan memandang saya sebagai lelaki yang tidak berharga.”

Sumber