Tuesday 27 May 2014

AMUKAN CINTA HAMPA


Lokasi kejadian

Akibat terlalu kecewa kerana cintanya ditolak oleh wanita, seorang pelajar membunuh enam orang dan dirinya dalam kejadian amuk membabitkan pistol dan pisau.

Kejadian tembak-menembak berlaku antara polis dan suspek di Santa Barbara, kata jurucakap polis.

Elliot Rodger, 22, anak seorang pengarah filem di Hollywood turut mencederakan sekurang-kurang 13 orang di Isla Vista berdekatan kampus Universiti California Santa Barbara, semalam.

Bapa suspek, Peter Rodger ialah penolong pengarah filem blockbuster 2012 ‘The Hunger Games.’ Polis masih menyiasat video yang sempat dimuat naik di YouTube oleh Elliot yang berjudul ‘Day of Retribution’ sebelum dia melakukan pembunuhan itu.

Video berkenaan menunjukkan dia berada di dalam sebuah kereta membebel mengenai wanita yang menolak cintanya selama lapan tahun dan berikrar untuk ‘menghukum mereka.’ Kejadian itu adalah serangan senjata api terbaru yang menggemparkan Amerika Syarikat dan mencetuskan perdebatan mengenai hak penggunaan pistol.

Sheriff Santa Barbara Bill Brown dalam sidang media memberitahu sebelum kejadian itu, Elliot menikam hingga mati tiga mangsa di apartmennya.

Dia kemudian menyasar tiga wanita lain di seberang jalan, dua daripada mereka terbunuh.

Kemudian dia menembak mati seorang lagi mangsa, Christopher Martinez, 20.

Ketika polis tiba, Rodger dikatakan sedang menembak secara rambang ke arah pejalan kaki di sepanjang jalan.


Dalam kejadian tembak-menembak dengan polis, Elliot ditembak di pinggul sebelum melanggar penunggang basikal, menyebabkan lelaki itu tercampak ke atas keretanya.

“Kereta Elliot akhirnya berhenti setelah berlanggar dengan beberapa kereta yang diletakkan di bahu jalan.

“Elliot sememangnya sudah mati dengan beberapa tembakan di kepalanya,” kata Brown.

Tiga pucuk pistol ditemui dalam kereta berkenaan - semuanya mempunyai rekod pembelian sah dan berdaftar.

Polis turut turut menemui kira-kira 400 peluru yang masih belum digunakan.

Dalam sidang media berasingan, jurucakap keluarga Elliot, peguam Alan Shifman berkata, dia disahkan mengidap sindrom Asperger dan dirawat oleh beberapa pakar.

Sebelum itu, dalam video YouTube Elliot berkata: “Saya akan membunuh setiap wanita ‘murah’ berambut perang yang saya nampak.

Setiap wanita yang saya dambakan, mereka tidak peduli dan memandang saya sebagai lelaki yang tidak berharga.”

Sumber



No comments:

Post a Comment