Thursday 29 May 2014
Bagaimana Cara Memasuki Alam Ghaib
Manusia tercipta dari dua unsur. Jasad yang zahir dari tanah. Dan diri batin dari nur. Jasad adalah umpama sarung bagi roh atau diri batin. Tetapi ramai manusia lebih berminat untuk mengambil berat dan menjaga tubuh zahirnya yang bersifat sementara dari menjaga roh atau diri batin yang merupakan hakikat dirinya yang sebenar.
Maka selama-lamanya ia terhijab atau terdinding dari mengetahui, melihat atau memasuki alam ghaib yang penuh berbagai makna dan rahsia. Bagaimana untuk bisa dapat menjelajah ke alam ghaib?
Apa yang perlu anda buat yang pertamanya, adalah membersihkan qalbu atau hati anda. Hati kita punya penyakit yang perlu diubati.
Antara penyakit yang sangat-sangat merbahaya pada hati adalah takabbur, dengki, suka berdendam, sombong, riak, ujub, bakhil, mengampu, cinta dunia dan berbagai lagi penyakit-penyakit yang merupakan sifat-sifat tercela pada hati.
Anda harus kikis dan buang semua penyakit-penyakit ini dengan amalkan zikir yang harus anda terima dari guru yang silsilahnya atau mata-rantai perguruannya sampai kepada nabi Muhammad s.a.w.
Zikir seperti itu mempunyai nur atau cahaya yang dapat menggilap hati anda dan dapat mencabut keluar penyakit-penyakit dalam hati anda.
Sebenarnya kunci ke alam ghaib cuma 3 perkara saja.
1. Takhalli (membuang sifat-sifat tercela dari hati)
2. Tahalli ( mengisi hati dengan sifat-sifat terpuji)
3. Tajalli (limpahan nur anugerah dari Allah yang dengannya hijab terbuka)
Proses sebenar cuma 2 kerana yang ke 3 itu adalah urusan Allah. Jadi, anda cuma perlu membersihkan hati anda dan mengisinya dengan sifat-sifat terpuji seperti tawadhu', redha, syukur, ikhlas, amanah, jujur dan berbagai lagi sifat-sifat terpuji.
Bila saja hati anda telah di gilap dengan zikir, ia akan bercahaya. Bersinar dengan gemilang. Mata hati anda akan celik dari kebutaan selama ini. Maka terbukalah pandangan ghaib untuk anda.
Tak banyak, dari 7 tangga pendakian nafsu, anda cuma perlu mendaki sampai tangga yang ke empat saja. Pendakian itu bermula dengan nafsu ammarah, lawwamah, mulhammah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah. Cukup dengan tangga mutmainnah.
Selebihnya anda akan mendapat ilham dari Allah sekiranya anda dipilih untuk sampai ke hujung yakni menjadi Insan Kamil.
Permulaan untuk mereka yang mahu membersihkan hati, disarankan banyak melakukan puasa sunat dan bersolat malam.
Jika anda jujur dan ikhlas dengan amalan anda, maka Allah akan memberi petunjuk kepada anda dan memberi ilham kepada anda untuk mendatangi guru-guru yang ikhlas dan sudi pula untuk membimbing anda.
Untuk anda mengenali guru sejati, anda perhatikan 4 hal;
1. Muridnya ada yang kasyaf (pandang tembus) atau ada yang dzauk dalam zikir
2. Muridnya berubah dari berperangai buruk ke berperangai baik dan terpuji
3. Nasab gurunya berhubungan dari guru ke guru dan sampai pada tabi'in, sahabat nabi dan kepada Nabi Muhammad
4. Melalui petunjuk dari Allah sama ada mimpi atau ilham
Dan jika anda jumpai salah 1 dari yang 4 tadi, janganlah anda lepaskan peluang dari menerima talkin zikir dari guru tersebut.
Berzikirlah kemudiannya dengan bersungguh-sungguh sambil banyak berdoa dan bermunajat kepada Allah moga-moga Allah membuang sifat terkeji dari anda dan dimasukkanNya sifat terpuji.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment