Friday, 23 May 2014

Pelajar Malaysia Diperkosa di Bandung, Dibawa Pulang Hari Ini




Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa Barat yang dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, akan dibawa pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.

"Dia akan pulang ke Malaysia hari ini," kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan.

Katanya, mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.

Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya dan dijadualkan berangkat pulang pada hari yang sama (Selasa).

Kata Erwin, pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada ketika itu masih dalam keadaan terkejut.

Mangsa, 20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik.

Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini sedang diburu.

Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta. ~ Sumber



No comments:

Post a Comment