Friday 30 May 2014

Tiada Tindakan Saman Kepada Penciplak – Fizo Omar


Isu rampasan dan penciplak corak tudung Fareeda nampaknya masih hangat diperkatakan meskipun kes itu masih dalam proses perundangan dan tindakan mahkamah.

Aktor Fizo Omar, suami kepada Mawar yang merupakan pengusaha tunggal tudung Fareeda bagaimanapun membuat keputusan tidak akan menyaman secara individu kepada penciplak corak tudung itu dan menyerahkan kepada sistem perundangan dan pihak berkuasa.

"Saya dan Mawar tidak akan bertindak sedemikian kerana masih lagi mempunyai rasa belas kasihan kepada penciplak itu, sekiranya saya berbuat demikian penciplak bakal menghadapi 2 tuduhan," ujar Fizo.

April lalu, lebih 1,000 helai tudung jenis Fareeda Aisya dan Mariya dirampas dengan anggaran nilai kasar sebanyak RM77,000 oleh KPDNKK di 6 premis berasingan yang dikatakan meniru rekaan eksklusif Fareeda.

"Sejak kes rampasan itu berlaku, saya dan isteri menerima pelbagai tohmahan namun apa yang saya boleh perjelaskan di sini segala rampasan itu bukan dibuat oleh Kakitangan Fareeda ia berdasarkan siasatan oleh KPDNKK menerusi laporan kami." jelas Fizo

Fizo yang juga Ketua Bahagian Permasaran Fareeda memohon kepada pengkritik agar bertenang dan tidak mudah melatah dengan kes rampasan itu dan sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati undang-undang.

Ketika ditanya mengenai cahaya mata, Fizo dan Mawar menyerahkannya kepada kuasa Illahi dan mereka tidak terlintas di fikiran untuk mengamalkan "family planing".

"Perkahwinan kami masih lagi segar dan saya bergelar suami baru lebih 6 bulan, saya dan Mawar akui telah berjumpa doktor dan keputusannya kami cukup sihat untuk menerima zuriat sendiri." katanya dalam nada tenang.

Mengenai perniagaan, dia berasa sangat bersyukur dengan rezeki yang diraih dan akan meluaskan lagi perniagaan burgernya ke seluruh negara.

Selain itu, menjelang Ramadan yang tinggal lebih sebulan ini, peminat juga boleh membeli serundingnya di booth burgernya.murai.com
.

View the original article here

No comments:

Post a Comment