Saturday, 7 June 2014

Wanita Cantik Di Kecam Kerana Bunuh Kucing Peliharaan


Seorang gadis dari China bernama Li Pingping yang dipetik dari Dailymail. Li Pingping memuat naik gambar kucing kesayangan yang telah dibunuh olehnya pada laman web Sina Weibo. Anak kucing tersebut baru dibeli dua minggu lalu dan seharusnya menjadi haiwan peliharaan yang disayang. Namun haiwan tersebut harus menyerahkan nyawa pada tuan barunya.

Kemunculan foto yang sangat menydihkan itu menimbulkan kemarahan orang ramai. Pengguna internet lantas memberi gelaran gadis gila, gadis kejam dan sebagainya pada Li Pingping. Tindak balas atas kemarahan tersebut, Li Pingping yang bekerja di Chengzi Culture Communication Company tersebut lantas menulis surat mohon maaf.

Wanita tersebut berkata bahawa dia tidak bermaksud membunuh kucing peliharaannya. Ketika itu Li Pingping mengaku dalam pengaruh alkohol dan tidak sedar. Dia sendiri mengatakan bahawa dirinya dalam tekanan besar. Keluarganya kelam kabut kerana ayahnya mempunyai perempuan lain, sehingga dia marah dan melepaskan kemarahan pada kucing peliharaannya.

Penjelasan mohon maaf itu ditanggapi berbeza-beza, ada yang masih tetap marah padanya, ada juga yang merasa kasihan.

"Saya berharap bahawa cara yang salah untuk melepaskan emosi dan kemarahan boleh dielakkan di masa yang akan datang," demikian salah satu komen pengguna Weibo.

Semoga kes ini tidak berlaku lagi, kerana sangat tidak adil jika kemarahan dilampiaskan pada makhluk hidup, apalagi menyiksanya dengan cara sadis.

View the original article here

No comments:

Post a Comment