Selepas bersarapan, saya bergegas ke bilik salah seorang jemaah yg menyertai pakej kami, Azdin namanya. Di dalam bilik, dia terbaring dengan kaki ditutupi selimut. “Mazlan, kaki saya semakin teruk.
Dah tak boleh angkat, tak boleh berjalan.” Katanya sebaik melihat saya datang. Dengan bersusah payah, Azdin yang berusia awal 40-an dan merupakan usahawan yg sangat berjaya, menunjukkan kakinya kepada saya.
Jelas di depan saya, kaki Azdin semakin lebam dan membengkak, bermula dari paha hinggalah ke tapak kaki. Kedua-dua belah kakinya kini berwarna hitam. Kesakitan bias yg menjalar ke seluruh kakinya pula mencucuk-cucuk hingga Azdin tidak sanggup untuk menyentuh kakinya, apatah lagi untuk berjalan.
Sungguh aneh, penyakit tersebut menimpa Azdin sebaik sahaja kami menjejakkan kaki ke Mekah. Pada mulanya kakinya Cuma sakit biasa sahaja, tetapi dari sehari ke sehari, ia membengkak, lebam dengan bias yg semakin pedih mencucuk
Apa yg membingungkan kami adalah doctor gagal mengesan penyakit yg menimpa Azdin. Keadaannya itu membimbangkan kami kerana hari untuk melakukan Wuquf Cuma tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi. Dalam keadaan dirinya yg begitu teruk, saya tidak yakin dia boleh sembuh untuk menunaikan rukun haji itu.
Sambil mengurut kaki dan memandang kea rah saya, Azdin bertanya pada Mazlan, apa dosa saya sebenarnya?
Azdin termenung seperti menyorotkan sesuatu yang meruntun perasaannya. “Mazlan, syaa yakin saya telah buat satu kesilapan.
“Saya rasa lebih baik awak buat sembahyang taubat dan berdoa supaya Allah tunjukkan kenapa awak jadi begini,” jawab saya. Selepas hamper setengah jam mengunjungi Azdin, saya meninggalkannya.
Seperti yang dinasihatkan, malam itu Azdin mengambil wuduk dan bersembahyang sunat taubat. Selesai bersembahyang, Azdin baring di katil dalam keadaan mengiring ke kiri seperti yang lazim dilakukan oleh Rasulullah dan membaca surah an-Nas, al-Falaq, dan al-Ikhlas. Kemudian, Azdin berdoa.
“Ya Allah, berikanlah aku hidayah dan tunjukkanlah kesilapan yang telah aku lakukan,” katanya sebelum melelapkan mata. Malam itu hayatnya dikabulkan Allah”.
Keesokan harinya, sekali lagi saya mengunjungi Azdin. Dengan terharu dia berkata; “Mazlan, saya sudah tahu di mana kesilapan saya. Saya ingin menceritakan kepada awak. Mungkin ini boleh jadi pengajaran kepada orang lain.”
Azdin mula bercerita, menyingkap kesilapannya yang lalu. Menurut Azdin, dia dilahirkan di sebuah negeri di Timur Semenanjung dalam sebuah keluarga yang amat miskin. Dia tinggal bertiga bersama ibu dan kakaknya, Ani, dalam rumah yang buruk.
Bapa Azdin telah lama meninggal dunia sementara ibunya mencari rezeki dengan menjual tikar. Kehidupan mereka ketika itu betul-betul sempit. Bagaimanapun, ibunya tetap berusaha membesarkan dan memberi pendidikan secukupnya kepada Azdin dan kakaknya.
Apabila mereka tiga beranak duduk bersama, ibunya kerap berpesan, katanya; “Din, Ani, bila kamu sudah besar nanti ingatlah pesan mak. Emak bukannya hendak duit kami, tapi ingatlah jasa mak, susah payah mak ini membesarkan kamu.” Pesanan itulah yang kerap diulanginya.
Walaupun hidup dalam kesempitan, Azdin berjaya di dalam pelajaran. Selepas menamatkan persekolahan, dia berpindah ke Kuala Lumpur dan menjawat jawatan tinggi dalam sebuah agensi kerajaan.
Beberapa tahun kemudian dia melanjutkan pelajaran ke luar negara, seterusnya menjadi usahawan. Perniagaan Azdin berjaya membolehkan meraih kekayaan yang tidak pernah diimpikan selama ini. Hasilnya dia memiliki sebuah rumah besar, lengkap dengan kolam renang, serta beberapa buah kereta mewah.
Azdin menghentikan ceritanya. Sambil menundukkan muka dia berkata dengan pelahan tetapi saya anak derhaka dan mudah lupa asal usul. Mazlan, sudah 15 tahun saya tidak balik ke kampung dan jenyuk emak.
” Apabila sudah hidup mewah, saya malu untuk mengaku berasal dari kampung dan berkeluarga miskin. Malah saya beritahu orang bahawa saya orang Kuala Lumpur, tinggal sebatang kara, tidak ada ibu dan bapa. Saya katakana kepada mereka bahawa ibu saya telah meninggal dunia.
“Ketika itu saya anggap emak sudah tidak wujud, sudah mati. Malah kepada isteri pun saya beritahu bahawa ibu saya telah meninggal dunia”.
“Kenapa awak buat macam itu?” tanya saya yang juga sebak mendengar pengakuan Azdin.
“Antara saya dan emak tiada apa-apa permusuhan, tapi saya marah kerana dia membesarkan kami dengan kesusahan”.
Kerana dendam itu, Azdin langsung tidak mahu mengambil tahu tentang ibunya. Beberapa kali kakaknya meminta Azdin supaya melawat ibunya yang uzur tetapi Azdin enggan dan memberi bermacam-macam alasan.
Selepas beberapa kali didesak, akhirnya dia mengalah. Apabila isterinya ke London, Azdin memandu kereta besarnya menuju ke kampung. Kakaknya sedang menunggu sementara ibunya pula terbaring di katil. Keadaan rumah ibunya ketika itu memang daif. Atap dan dindingnya penuh berlubang di sana sini.
“Sambil berdiri diluar pintu rumah, Azdin bertanya kepada ibunya; “emak, kenapa emak suruh saya balik?”
“Din, sampai hati kamu tidak mahu menjenyuk emak. Sudah lebih 10 tahun kamu kerja di Kuala Lumpur, sekali pun kamu tidak datang menjenyuk emak. Emak sakit ni”.
Habis tu emak nak apa? Pernahkan emak beri kesenangan pada saya dulu?” tanya Azdin lagi.
“Macam mana emak nak beri kesenangan kepada kamu, duit tak ada, arwah bapa kamu pun tak tinggalkan harta. Tapak rumah ini pun emak sewa”.
“Begini sajalah. Emak jangan ganggu hidup saya, jangan ganggu rumah tangga saya. Bagi saya, emak sudah tiada. Saya nak bagi duit pada emak pun tak ada apa-apa jasa emak kepada saya. Saya hidup susah, cari duit untuk belajar. Kalau mak susah, saya juga susah. Sekarang bila saya sudah mewah, saya nak beri kemewahan itu kepada keluarga saya pula”.
Sambil mengangis ibunya berkata,”emak tidak mahu duit ringgit kau. Emak nak kau tengok mak pun jadilah”.
“Cukuplah mak. Bagi saya, mak sudah tiada dalam hidup saya. Saya nak balik.
” Tapi sebelum melangkah, Azdin berkata sesuatu yang diingatnya sehingga kini. Katanya, “Emak, mulai hari ini saya haramkan kaki saya dari memijak rumah ini. Inilah kali terakhir saya datang ke sini.” Selepas berkata demikian Azdin terus meninggalkan ibu dan kakaknya”.
“Saya tahu, kerana kata-kata itulah kaki saya sakit sebegini rupa,” kata Azdin.
Tanpa saya sedari rupa-rupanya saya turut menangis mendengar pengakuannya itu. Ketika itu juga kami menghubung kakak dan ibunya di Malaysia. Selepas memperkenalkan diri kepada ibunya, saya menceritakan apa yang sedang berlaku kepada Azdin. Tapi hati ibu nyata telah terluka.
Tergamak dia buat mak cik begini. Mak cik bela dia, hidup susah, anyam tikar, tapi bila sudah besar dia lupakan mak cik. Sanggup pula katakana bahawa mak cik sudah tiada. Dia bukan anak mak cik lagi,” kata ibu Azdin.
Mak cik, kasihanilah kepada Din. Ampunkanlah dia. Dia dah sedar, dah bertaubat”.
Dengan nada marah, ibu Azdin berjawab, “nak jadi apa jadilah. Nak mati pun matilah. Mak cik sudah tiada anak. Bukan mak cik yang kata tapi dia yang kata macam itu”.
Memandangkan ibu Azlan masih belum mengampuninya, saya menghulurkan telefon kepada Azdin dan meminta dia sendiri merayu serta memohon ampun kepada ibunya. Tetapi selepas 20 minit merayu, dengan tangisan yang tidak henti-henti, ibunya masih enggan mengampuninya.
Sebaliknya ibu Azdin meletakkan telefon, meninggalkan anaknya itu terjelopok di katil.
“Tolonglah saya,” kata Azdin sambil menangis.
Keesokan harinya sekali lagi kami menelefon ibu Azdin. Selepas beberapa jam merayu, menangis dan menyatakan kekesalan dan keinsafan, akhirnya ibu Azdin mengampuni kesilapan anaknya itu. Kemaafan itu disambut Azdin dengan air mata kegembiraan. Wajahnya jelas begitu gembira. Ketika itu saya melihat Azdin seperti anak yang baru mendapatkan ibunya semula.
Sambil bersalaman dengan saya, dia mengucapkan terima kasih kepada Mazlan. Saya menyesat air mata yang sejak dari tadi meleleh tidah berhenti. Allah Maha Kuasa. Tiga atau empat hari setelah itu, kaki Azdin sembuh sepenuhnya. Tiada lagi bengkak atau lebam dan dia bias kembali berjalan, malah berlari, seperti sediakala. Kini Azdin boleh melakukan wuquf seperti jemaah haji yang lain.
“Saya akan tebus dosa saya pada emak selama ini,” kata Azdin kepada saya.
Sehari dua kemudian, sampailah hari untuk melakukan wuquf. Apabila masuk waktu sahaja, Azdin terus duduk bersendirian. Sambil menangis dia berzikir dan berdoa memohon keampunan Allah. Dia benar-benar menyesal di atas kesilapannya yang lalu.
“Mazlan, saya masih belum puas lagi bertaubat. Saya nak lakukan lebih banyak ibadat untuk emak,” katanya dengan mata yang masih bengkak kerana terlalu banyak menangis.
Bagi menembus dosa, Azdin melakukan umrah hamper 10 kali, semuanya untuk ibunya. Setiap waktu terluang pula, Azdin bersembahyang, mengaji dan beribadat dengan niat pahala amalan itu disedekahkan kepada ibunya.
Tidak cukup dengan itu, dibelikannya 30 helai selendang, 30 helai kain batik, beberapa guling kain, sejadah, gelang, rantai, cincin emas dan pelbagai hadiah untuk ibunya.
“Kenapa beli banyak-banyak ni Din?” tanya saya.
“Saya nak emak saya tukar kain dan selendang setiap hari satu selama sebulan. Saya tidak mahu tengok lagi dia pakai buruk-buruk,” katanya bangga.
Kemudian dia berkata lagi, tapi dengan nada yang berbeza, “Mazlan. Saya dah sedar kesilapan saya. Bila balik nanti saya nak tunjukkan kepada emak bahawa saya benar-benar telah bertaubat.
Ketika bertolak pulang, saya lihat Azdinlah orang yang paling gembira. Sebaik sampai di Lapangan Terbang Subang, dia tidak balik ke rumahnya di Kuala Lumpur, sebaliknya terus menuju ke kampung menemui ibunya untuk memohon ampun. Sampai di rumah, ibunya dipeluk dan dicium sepuas hati. Tangan dan dahi ibunya dikucup dengan penuh kasih sayang.
Isteri serta kakaknya juga turut menangis sama melihat penyesalan Azdin.
Jika dulu ibunya dianggap sudah tiada, kini bagi Azdin, ibunya adalah segala-galanya. Salah sebuah bilik di rumahnya kini telah diubah suai khas untuk ibunya. Bilik tersebut dihias indah, sehebat bilik tercantik di hotel lima bintang, lengkap dengan seorang pelayan.
Selain dihadiahkan dengan pakaian yang cantik, ibunya juga diberi sebuah kereta mewah dan seorang pemandu. Malah kereta ibunya itu lebih besar berbanding kereta yang dipandu oleh Azdin. Itu masih belum cukup buat Azdin. Dia turut memberikan RM10000 sebulan kepada ibunya.
“Ambillah emak. Kalau emak tidak mahu, emak sedekahkanlah kepada sesiapa yang emak fikir perlu,” kata Azdin.
Azdin kini merupakan salah seorang sahabat karib saya. Apabila ada waktu terluang, saya dan isteri pergi ke rumahnya.
Ketika Azdin sedang berehat, saya bertanya kepadanya. “Kenapa engkau buat semua ini Din?”
Azdin memandang saya, kemudian berkata. “Mazlan, emak adalah orang yang paling aku sayang. Dialah bidadari dalam hidup ku. Kita ni kalau kaya tapi tak berjasa pada emak bapak pun tak berguna.
Tapi ibu Azdin pula saya lihat masih berpakaian sederhana dan tidak memakai barang-barang kemas yang dihadiahi Azdin.
Apabila ditanya mengenai hal berkenaan, mak cik menjawab; “Mazlan, mak cik tak mau semua ini. Tak perlu semua ni. Asalkan anak mak cik kenang jasa mak cik pun sudahlah.
Sumber
No comments:
Post a Comment