Showing posts with label Alvin. Show all posts
Showing posts with label Alvin. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

Ka Siong, Tindakan Alvin Tan Melampau



MCA menyifatkan tindakan penulis blog Alvin Tan yang menghina pemimpin negara di laman sosial Facebook sebagai perbuatan melampau yang cuba menjatuhkan imej negara.

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perbuatan itu dilihat boleh mempengaruhi dan merosakkan akhlak masyarakat di negara ini.






"Saya tidak faham mengapa Alvin (Tan) perlu berbuat demikian, saya difahamkan gambar-gambar pemimpin dirosakkan dan dipaparkan di laman Facebooknya itu.

"Kami berasa kesal terhadap perbuatan kejinya itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuen Cheng 1 di sini, Selasa.

Wee, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata hukuman berat patut dikenakan terhadap Tan kerana dia telah memalukan nama negara.

Tan sebelum ini mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara dan mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan melalui akaun Facebooknya, yang turut menyatakan dia sudah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Wee berkata peranan sekolah vernakular di negara ini tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak kerana ia terbukti memberi sumbangan besar dalam pendidikan negara.




"Negara kita merupakan satu-satunya negara yang mengamalkan pendidikan vernakular dan rakyat di negara ini boleh bertutur lebih daripada tiga bahasa. Ini sekali gus memberikan peluang kepada rakyat di negara ini untuk bersaing di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata pendidikan Cina bukan lagi terhad kepada masyarakat Cina sahaja tetapi juga merupakan pendidikan kepada semua bangsa di negara ini.

"Terdapat 1,295 buah sekolah aliran Cina di seluruh negara dan 15 peratus daripada jumlah muridnya terdiri daripada murid bukan Cina.

View the original article here

Wednesday, 1 October 2014

Vivian 'Tak Terkejut' Alvin Lari Dari Jaminan


Vivian Lee

Vivian Lee, bekas teman wanita penulis blog kontroversi Alvin Tan tidak terkejut sekiranya lelaki itu lari dari jaminan dan mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat (AS) kerana dia pernah mencadangkan idea tersebut sebelum ini.

"Dia pernah mencadangkan idea mencari suaka politik secara ringkas sebelum ini.






"Dia tidak pernah membincangkan mengenai rancangannya dengan lebih lanjut kepada saya.

"Dia boleh mengejar impiannya dan meneruskan kehidupan di AS," kata Lee dalam mesej Facebooknya kepada The Star Online pada Isnin.

Lee berkata, dia lega kerana mendapat tahu Alvin selamat.

"Sekarang dia berada di AS dengan selamat, saya lega kerana mendapat tahun dia 'Ok'.

"Saya tidak kecewa dan tidak menyalahkannya.

"Saya berharap dia dalam keadaan baik dan semoga berjaya," kata Vivian.

Vivian berkata, walaupun dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel kepada Alvin, bekas teman lelakinya itu tidak pernah memberikan sebarang respons.

Katanya, dia hanya mendapat tahu bahawa Alvin selamat dan dimaklumkan mengenainya oleh rakan mereka.

Beliau berkata, dia menolak idea untuk melarikan diri daripada perbicaraan mereka di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

"Saya tidak melihat matlamat untuk menjalani kehidupan sebagai pelarian.

"Kita masih ada kehidupan yang menanti pada masa hadapan dan hidup sebagai pelarian tidak sesuai dengan diri saya.

"Saya dibesarkan oleh ibu bapa saya untuk berhadapan dan menghadapi apa jua perkara yang mendatang dan melarikan diri daripada masalah bukan satu langkah bijak," kata gadis berusia 25 tahun itu.




Alvin dan Vivian Lee didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers mengikut Akta Hasutan 1948.

Mengikut pertuduhan, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)' yang mengandungi logo halal.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 dan 12 Julai tahun lalu di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.

Alvin gagal untuk hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu.

Tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.

Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California.

View the original article here