Showing posts with label Angin. Show all posts
Showing posts with label Angin. Show all posts

Friday, 29 August 2014

Gejala Mati Dalam Tidur - Bahaya Tidur Menghadap Kipas Angin

Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.



Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.



Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun.



Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.



Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.





View the original article here

Wednesday, 18 June 2014

Saturday, 31 May 2014

Angin tiup gaun aktres Hollywood hingga terselak

type='html'>

CHASTAIN menghalang gaunnya daripada tersingkap semasa anginkencang pada Festival Filem Antarabangsa Cannes kali ke-67 di Cannes, Perancis kelmarin.


CANNES, Perancis - Tiupan angin membantu menyerlahkan kejelitaan seorang aktres terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Jessica Chastain di sini pada malam kelmarin, lapor portal berita MailOnline semalam.
Kejelitaan Chastain, 37, yang dilahirkan di Sacramento, California, AS itu terserlah ketika dia cuba menghalang angin kuat daripada menyebabkan gaun yang dipakainya tersingkap.
Ketika kejadian, dia yang memakai gaun labuh rekaan pereka fesyen dari Beirut, Elie Saab berada di atas karpet merah dan beraksi di depan sekumpulan jurugambar yang merakamkan gambarnya ketika mahu menyaksikan tayangan perdana filem Foxcatcher.
Filem itu disenaraikan untuk merebut anugerah tertinggi, Palme d'Or dan ia mengisahkan tentang pemenang pingat emas Sukan Olimpik di Los Angeles pada tahun 1984, Mark Schultz.
Chastain yang memakai gaun berwarna biru itu menyaksikan fitem tersebut pada Festival Filem Antarabangsa Cannes kali ke-67.
Dia juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan filem The Disappearance Of Eleanor Rigby pada festival tersebut. 
- Agensi(KOSMO!)


View the original article here