Showing posts with label Anzalna. Show all posts
Showing posts with label Anzalna. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

OH ANZALNAKU!!! Gambar Anzalna Nasir tanpa mekap terlalu cun melecun

Anzalna mengakui kulitnya agak sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, sebab itu dia perlu kerap menjaga kulit wajahnya dengan mendisiplinkan diri dengan rutin hariannya.



“Saya bukanlah seorang yg terlalu cerewet dalam menjaga kecantikan. Tetapi apabila terlalu kerap mengenakan mekap untuk lakonan dan menghadiri majlis tertentu, saya perlu lebih menjaga kulit agar sentiasa bersih.

“Saya juga disarankan untuk mengguna ubat dan tidak menggunakan produk secara sembarangan.

“Saya turut mengamalkan petua tradisional seperti menyapu putih telur di muka. Setiap kali membasuh muka, saya sering berselawat agar dikekalkan keserian wajah,”
katanya lagi.

Bercerita tentang penjagaan rambut, Anzalna hanya menyapu vitamin rambut dan mengamalkan mencuci rambut setiap hari.

Beralih kepada pemakanan, Anzalna tidak mengamalkan diet sebaliknya makan secara sederhana dan mengelakkan daripada menikmati makanan laut kerana alahan.

Apabila bercerita tentang makan, terus dia teringat tentang berat badannya yg meningkat kepada 48 kilogram (kg) sewaktu berada di Tasmania, Australia selama lima tahun sejak 2003 hingga 2009.

“Waktu itu, saya sekeluarga mengikut bapa yg melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di sana. Makanan semuanya sedap-sedap belaka dan selera makan saya di sana tidak dapat dikawal kerana faktor cuaca dan pengaruh sekeliling.

“Tetapi sekarang saya berjaya menurunkan berat badan kepada 43 kg,”
ujarnya.

Menyentuh tentang fesyen, dia lebih gemar mengikut fesyen terkini. Untuk kelihatan menarik, Anzalna sanggup berbelanja lebih membeli pakaian, kasut dan aksesori.

Bagaimanapun, dia bukanlah seorang yg mementingkan jenama tetapi cukuplah barangan tersebut kelihatan cantik dan menarik



p/s : Itu cerita mengenai petua kecantikan Anzalna Nasir sehingga membuat ramai wanita di luar sana tertanya-tanya. Bagaimana pula wajah sebenar beliau tanpa mekap? Korang pasti terkejut tengok gambar di bawah kerana Anzalna menjadi semakin jelita dan memukau kalau tidak memakai sebarang mekap.










 


View the original article here

Tuesday, 21 October 2014

Aaron Aziz Bersama Anzalna Di Sebuah Cafe Di Sunsuria Setia Alam


Dalam diam rupanya pelakon kacak dan terkenal kelahiran Singapura, Aaron Aziz telah membuka kafenya sendiri di Sunsuria Setia Alam yg diberi nama Kidz And Creme.

Kafe tersebut beralamat di No 5, Jalan Setia Dagang, U13/AK Sunsuria, 7yh Avenur, Setia Alam dan menghidangkan pelbagai menu istimewa seperti makanan berat, kek istimewa, kopi serta mempunyai ruang buat kanak-kanak yg ingin belajar membuat kek bersama pembuat kek terlatih.

Kehadiran pelakon jelita, Anzalna Nasir ke kafe berkenaan dengan ditemani Aaron Aziz menarik perhatian orang ramai.

Tentu jejaka-jejaka yg berada di situ turut sama terpukau dengan kecantikan beliau tiada tandingannya.

 


View the original article here

Sunday, 12 October 2014

BUKAN 18SX Apabila Anzalna Nasir muatnaik gambar spender di laman sosial





Mungkin kerana teringin sangat nak jadi kreatif, pelakon jelita Anzalna Nasir telah

memuatnaik sekeping gambar spender yg digunting-gunting beserta gambar wajah 

seorang jejaka yg menyerupai Diva Azwan Ali.

Gambar tersebut disertakan dengan caption "Tengah cari spender.." telah mengundang

lawak jenaka sebahagian peminatnya. Ada antara mereka mengakui tertipu kerana 

menyangka gambar lelaki itu ialah Azwan Ali padahal bukan.

Di sebalik idea pelik Anzalna itu, ada pula peminat menambah lawak jenaka dengan

mengatakan bersedia untuk membeli brand baru spender yg diubahsuai seperti dalam 

gambar terbabit.

Nampaknya, aktres berusia 26 tahun ini mempunyai ramai peminat dari kalangan lelaki.

Manakan tidak, kecantikan dan kejelitaan semulajadi miliknya menjadi antara daya

penarik.






 


View the original article here