Showing posts with label Bersalah. Show all posts
Showing posts with label Bersalah. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Aliff Aziz Bakal Dipenjara, Didapati Bersalah Kerana Mencuri?



Penyanyi dan juga pelakon yang berasal dari Singapura Aliff Aziz sering mencetuskan kontroversi dan yang terbaru dia dikatakan telah melakukan kes jenayah.

Menurut laporan akhbar Berita Harian edisi Singapura, Aliff Aziz bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri tiga buah telefon bimbit.






Manakala bagi kesalahan mencuri, Aliff boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila dia dikatakan mencuri dua telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1.


Keratan akhbar Berita Harian Singapura

Aliff dan seorang rakannya telah didapati bersalah kerana mencuri telefon pintar tersebut daripada dua individu berbeza iaitu Yong Kit Siong dan Muhammad Nurazlee Roslee.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di Blok 36, Tanglin Halt Road.

Aliff didakwa di mahkamah buat pertama kali pada 16 Ogos lalu.



View the original article here

Friday, 29 August 2014

Pengurus Bank Mengaku Tak Bersalah Ucap Ayat Berbaur Perkauman

“This is Hong Leong ! Hong Leong!!! Chinese Bank you know!!! It is not your Najib’s Bank, Bank Bumiputera, Stupid!!” 


JOHOR BAHARU: Seorang pengurus bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Ahad di atas tuduhan mengucapkan ayat berbaur perkauman kepada seorang pekerjanya empat bulan lalu.

 Liau Choy Wan, 44 didakwa dengan sengaja mengucapkan ayat berbaur perkauman itu yang membangkitkan kemarahan pekerjanya, Zulkefli Zainal, 49 dan mengetahui perbuatan itu mampu menjejaskan keamanan.

 Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan di Hong Leong Bank Berhad, Aras 5, Wisma Tiong Hua, Jalan Kris, Taman Seri Tebrau di sini pada pukul 6 petang, 8 April lepas.

 Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

 Bagaimanapun, peguam Md Zahar Ngah yang mewakili Choy Wan memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain memberitahu jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

 Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes.

View the original article here