Showing posts with label DIDERA. Show all posts
Showing posts with label DIDERA. Show all posts

Friday, 14 November 2014

MASHAALLAH!!! 3 Bulan Lepas Damia ‘Pergi’, Ayah Cerita Kisah Sedih Otak Damia Terkeluar Didera Pengasuh




2

Tatkala umat Islam masih dalam keriangan menyambut Aidilfitri, seorang bayi perempuan koma setelah menjadi mangsa tindakan pengasuh seperti didakwa ibu bapanya.

Ayah kepada anak malang ini, Mohd Naqudden Zakaria tabah menghadapi ujian Allah ini. Tiada lagi titisan air mata membasahi pipi kerana mereka redha dan ketentuan-Nya.

“Masih terbayang keletah Mia. Biasanya apabila saya balik sahaja kerja, Mia merangkak menuju ke muka pintu menyambut saya. Tengok sahaja permainan Mia, katil Mia, saya mula berasa sedih. Tetapi selama mana saya harus bersedih. Mia telah tiada lagi dalam hidup kami,”; kata bapa muda ini.

Akui Ani pula, dia tetap berasa ralat. Andai anaknya itu sakit, dia masih berkesempatan untuk menjaganya. Berbeza pula dengan situasi yg dialaminya.

Anak yg ditinggalkan sihat sebelum dia ke tempat kerja, diterimanya pula dalam keadaan yg berbeza. Sungguh hatinya pilu mengenang kejadian yg menimpa satu-satunya permata hatinya itu, apatah lagi bayinya itu baru tiga bulan di bawah jagaan pengasuh.

“Daripada lahir hingga usianya 11 bulan, saya yg menjaga Mia. Setelah melahirkannya, saya membuat keputusan tidak bekerja kerana mahu menjaga sendiri Mia, apatah lagi terlalu banyak berita kematian bayi seperti tersedak susu akibat kecuaian pengasuh atau didera.

“Namun apabila saya membuat keputusan mula bekerja kerana perbelanjaan keluarga yg semakin bertambah, kejadian yg saya takutkan itu benar-benar terjadi kepada saya. Ya Allah… hanya itu yang dapat saya luahkan,” ujar Ani sayu.

3

Menceritakan kejadian yg berlaku pada 7 Ogos itu, ujar Ani, sudah menjadi kelaziman suaminya menghantar Damia ke rumah pengasuh pada jam 10.30 pagi. Begitu juga pada hari tersebut.

“Waktu bekerja saya tamat pada jam tujuh petang. Biasanya lebih kurang 10 minit kemudiannya, barulah saya mengambil Mia. Tetapi pada hari itu, ketika saya sedang bersiap sedia untuk pulang, pengasuh menelefon memberitahu anak saya jatuh kerusi ketika tidur.

adik nuraini

“Saya bertanya kepadanya sama ada Mia menangis dan dia mengatakan Mia menangis sekejap iaitu setelah terjatuh. Kebetulan suami belum datang menjemput saya dan saya terus menelefonnya untuk terus ke rumah pengasuh di tingkat 17,” ceritanya.

Sambung Naqudden yg lebih senang dipanggil Joe, sebaik tiba di rumah pengasuh, pengasuh tersebut menyuruhnya membawa Damia ke hospital. Melihat keadaan anaknya yg lemah, Joe meminta jiran sebelah rumahnya yg dikenali sebagai Cik Nab untuk memegang Damia sementara dia memandu.

“Ketika itu bunyi pernafasan Mia keruh, matanya terbeliak, tubuhnya lembik dan kebiruan. Saya dapat rasakan kakinya sejuk.


Luka memang tidak ada, begitu juga darah. Cik Nab nasihatkan saya agar jangan kelam-kabut dan saya dengar dia asyik beristighfar. Saya kemudiannya mengambil Ani di pejabatnya dan terus menuju ke hospital.


“Selesai pemeriksaan, doktor memberitahu terdapat darah beku di kepala Mia. Doktor bertanya punca dan setelah diberitahu perkara yang berlaku, doktor mahu berjumpa pengasuh. Saya minta adik ipar mengambil pengasuh. Ketika bertemu dia langsung tidak bercakap dengan kami selain hanya meminta maaf. Saya membuat laporan polis dan pada jam 11 malam, pembedahan segera dilakukan,” kata Joe lagi.

Lebih dua jam menanti, ujar Joe, doktor memaklumkan bahawa terdapat kesan retakan panjang pada tempurung kepala dan berlaku pendarahan pada otak. Kesannya seperti dilanggar kereta. Pembedahan itu dianggap gagal kerana tidak ada apa-apa yg boleh dilakukan doktor. Otak Mia telah mati separuh dan Mia koma.

“Doktor kata Mia bergantung sepenuhnya kepada mesin hayat. Saya memang tidak dapat terima apa yg berlaku kepada Mia dan saya asyik menangis sahaja sehingga kerap diberi kaunseling.

“Keluarga meminta saya redha. Susahnya untuk saya berhenti bersedih kerana setiap kali memandang wajah Mia, sayu rasa hati saya.

Mangsa dera meninggal dunia

“Pada hari kelima, otak Mia sudah terkeluar. Sehinggalah pada hari keenam Mia koma, doktor mencadangkan agar mesin dibuka kerana otak Mia telah mati sepenuhnya.

“Saya pangku Mia, saya mengucap kalimah syahadah di telinga dan meminta maaf kepadanya. Mia telah pergi buat selama-lamanya dalam hidup saya dan suami.

“Waktu itu barulah saya dan suami sedar sikap Mia yg begitu berbeza pada malam Khamis itu.

Adik ipar saya sendiri hairan dengan sikap Mia yg berlainan dan kerap kali memandangnya dengan muka yg sedih. Sedangkan selama ini dia suka bermain dengan pakciknya itu.

“Ketika hendak tidur pula Mia mahu baring di atas lengan saya. Dia gelisah. Dia juga menarik baju saya hingga tidak mahu melepaskan.

“Kami berdua layankan sahaja kehendaknya walaupun timbul rasa pelik dengan sikapnya yg sangat manja. Rupa-rupanya itulah petanda dia mahu pergi jauh daripada kami,” katanya dalam nada suara yg lemah,” ceritanya.
sumber


View the original article here

Saturday, 31 May 2014

Tanpa Belas, Anak Sendiri Didera Sehingga Habis Nyawa



Jika kita dipukul berulang kali serta disimbah dengan air panas tanpa rasa belas kasihan, pastinya kita akan bertindak balas memukul balik pelaku dan paling tidak pun melarikan diri.
Bagaimana pula jika perbuatan sama dilakukan ke atas seorang kanak-kanak berusia baru enam tahun yang tidak mampu membalas balik, sebaliknya hanya mampu merayu.
Bayangkan pula apakah kesakitan yang ditanggung si kecil apabila pelakunya bukan penjenayah tetapi ibu kandung dan bapa tirinya sendiri di dalam rumahnya sendiri yang dirasakan tempat paling selamat baginya.
Itulah derita dan kesakitan yang ditanggung oleh Allahyarham Mohammad Akhil Mustaqim Rashidy, 6, yang didera ibu kandung dan bapa tirinya sendiri tanpa sekelumit pun belas kasihan.
Lebih perit kesakitan dan derita saat pukulan demi pukulan singgah di kulit si kecil terpaksa ditahan sehingga saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Mak, adik tak buat dah.. sakit,” itulah raungan terakhir Mohammad Akhil sebelum pergi selama-selamanya.
Bayangkan apabila panggilan “mak” bukan lagi sebagai mengharapkan kasih sayang tetapi ia adalah panggilan merayu meminta belas supaya si emak berhenti memukulnya.
Menurut sumber yang enggan dikenali, mangsa dibawa ke Hospital Ampang dalam keadaan cedera parah.
“Mana tidaknya, kaki kirinya patah, seluruh badan lebam dan melecur, ada kesan baru dan lama,” katanya memetik laporan akhbar Harian Metro.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata hasil siasatan awal dilakukan pegawai penyiasat mendapati suspek utama kes berkenaan adalah bapa tiri mangsa.
“Ibunya yang berusia 31 tahun dipercayai bersubahat dalam kejadian itu.

“Sama ada dia diugut ataupun turut dipukul suaminya itu juga menjadi satu aspek siasatan, tetapi sehingga kini kita percaya kita percaya ibu mangsa bersubahat,” katanya.
Sementara itu, jiran Allahyarham Mohammad Akhil yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, 40, mangsa dan keluarganya baru berpindah ke kawasan perumahan itu empat bulan lalu.
Sejak berpindah, Maria sering mendengar anak-anak pasangan itu termasuk mangsa menangis akibat dipukul.
“Petang Ahad lalu, saya mendengar suara mangsa meraung kesakitan lebih satu jam akibat dipukul emaknya tanpa henti,” katanya.
Kanak-kanak itu dibawa bapa tiri mangsa ke hospital pada pukul 2 petang semalam sebelum disahkan meninggal dunia selepas empat jam menjalani rawatan.
Bapa tiri mangsa yang ‘durjana’ itu kemudiannya menghilangkan diri selepas menghantar mangsa ke hospital.
Menurut Maria lagi, kakak kepada mangsa yang masih bersekolah rendah turut menjadi mangsa dera oleh ibu bapanya.
Moga pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh dan mereka yang bertanggungjawab dihadapakan ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.
Sumber: Ibnu Khusairy Aris / Mynewshub

View the original article here

9 GAMBAR KUCING DIDERA SAMPAI BUTA KERANA MIRIP ADOLF HITLER!!!


Seekor kucing malang telah dibutakan sebelah mata kirinya dipercayai dilakukan oleh samseng hanya kerana mukanya mirip wajah pemimpin tertinggi Nazi, Adolf Hitler.

Baz, kucing jantan yang berusia tujuh tahun mempunyai 'misai' di bawah hidungnya yang menyerupai diktator Nazi itu.

Baz didapati tidak pulang ke rumah selepas hujung minggu yang lalu dan dipercayai berkeliaran di kawasan Tredworth, Gloucestershire.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian jiran Kristy Sparrow menemui Baz di dalam tong sampah yang mengalami kecederaan yang teruk.

Sparrow terus bergegas membawa kucingnya itu ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Doktor terpaksa membuang mata kiri Baz kerana matanya rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Sungguhpun Baz kelihatan seperti Hitler, tetapi dia seekor kucing yang pemalu dan lembut. - Daily Mail















View the original article here