Showing posts with label DiDunia. Show all posts
Showing posts with label DiDunia. Show all posts

Saturday, 20 September 2014

4 Tempat Yang Tidak Sesuai Didiami Dan Tercemar Didunia


                              

Chernobyl, Ukraine 
Bandar Chernobyl terkenal dengan letupan Reaktor Nuklear pada tahun 80an yang menyebabkan radiasi tersebar ratusan kilometer malah 100 kali lebih besar dari kesan Bom Atom di Hiroshima & Nagasaki. Dengan kepadatan penduduk 135 000 orang keseluruhan kota Chernobyl telah di kuarantin sehingga kini setelah puluhan tahun masih lagi terdapat “zon berbahaya seluas 19 batu persegi, di mana tidak ada satu kehidupan yang berada disana.


                                

Mailuu-Suu, Kyrgyzstan
Bandar Mailuu-Suu, Kyrgyzstan sering dilanda mala-petaka. Ianya merupakan salah satu tempat pemprosesan Uranium terbeasr di dunia. Pembuatan Bom Atom adalah Tujuan kepada perlombongan Uranium ini, setiap tahun hamper 1.96 juta cubic meter hasil perlombongan sisa radioaktif.
Lagi tempat Paling Kotor di dunia….

                                
Linfen, China
Linfen China bukanlah satu-satunya Bandar yang terkotor di China, Perlombogan Arang Batu adalah aktiviti utama di Bandar ini. menyebabkan sulfur dioksida & Carbon Monoxide tersebar diudara, kabus perang adalah permandangn biasa bg Linfen. Ianya juga banyak memberi efek terhadap pencemaran Air di bandar ini.

                                 

Norlisk, Russia
Bandar Norlisk, Russia pusat perlombongan bijih besi terbesar di dunia, Bandar yang didiami puluhan ribu buruh ini hanya untuk satu tujuan iaitu bekerja melombong bijih besi. Mengikut Pertubuhan Kawalan pencemaran PBB bahan aktif yang tersebar di udara Norlisk adalah Strontium-90, Cesium-137 and lesser evils, including hydrogen sulfide.

View the original article here

Monday, 16 June 2014

Ini Dia Kapal Terbang Pertama Didunia Yang Terbang 26 Jam Tanpa Bahan Api.

 Pasukan projek KAPAL TERBANG tenaga solar mempunyai rancangan paling bercita-cita tinggi iaitu mengelilingi dunia dalam 20 hari dan malam tanpa setitik pun bahan bakar . 

Kapal terbang Solar Impulse saat ini memegang rekod untuk penerbangan terpanjang , kapal terbang  ini boleh berada di langit biru selama lebih dari 26 jam .
 Kapal terbang menggunakan  tenaga solar ini dihasilkan oleh Bertrand Piccard dan Andre Borschberg dari Switzerland , kapal terbang itu terbang dengan menggunakan empat enjin yang disokong oleh 12,000 sel solar yang melekat pada sayapnya yang lebar dan panjang . 

Pasukan berasal dari Switzerland ini mengatakan bahawa kapal terbang ini bukan kapal terbang yang pertama yang terbang dengan sepenuhnya oleh tenaga cahaya matahari , akan tetapi kapal terbang ini adalah yang pertama yang dapat meneruskan penerbangan siang hari sampai malam hari bahkan mendekati subuh . 

Tenaga kapal terbang solar lebih banyak diperoleh pada siang hari dengan mengumpulkan tenaga dari matahari dan menyimpan dalam bateri untuk digunakan terbang pada malam hari .

Kapal terbang tenaga solar ini menyelesaikan perjalanan sejauh 1,550 batu, melintasi Eropah ke Afrika Utara dalam tiga langkah, namun penciptanya yakin bahawa reka bentuk radikal kapal terbang tenaga solar ini dapat untuk terbang selamanya. Bahan pesawat menakjubkan ini diperbuat daripada bahan ringan, Solar Impulse mempunyai sayap yang luas namun beratnya tidak lebih dari berat kereta kecil, luar biasa!
 





View the original article here

Pelajar Greece Menghasilkan Origami Mozek Burung Hantu Terbesar Didunia

Mencipta sebuah rekod adalah sesuatu yang sangat berharga dan bangga baik bagi diri sendiri mahupun negara. Oleh kerana itu kita semua boleh mendapatkan rekod mulai dari yang terbaik, terpantas, terbesar dan masih banyak lagi yang rekod-rekod dunia lain yang boleh diraih dengan cara berlatih dengan sungguh-sungguh tanpa mengenal erti  putus asa.

Di negara Greece baru-baru ini mempunyai rekod baru iaitu pemiliki origami mozek terbesar didunia yang dibuat oleh beribu-ribu manusia yang memang benar-benar bekerja sama untuk berusaha mencipta sebuah rekod dunia.



Lebih dari 18 ribu pelajar di
Greece menghabiskan masa selama sembilan jam untuk mencipta sebuah mosek burung hantu. Aksi ribuan pelajar ini dilakukan untuk memecahkan rekod baru Guinness World Record untuk origami mozek terbesar di dunia.

Para pelajar melipat 52 ribu keping kertas origami berbentuk bunga selama sembilan jam dan kemudian menggunakannya untuk membentuk seekor burung hantu bersaiz raksasa.  Seluruh pelajar dari Athens, Greece, ini berkumpul untuk membuat 512 meter persegi mozek sebagai simbol bandar. Seperti diketahui, mozek terbesar yang telah tercatat sebelumnya diukur lebih dari 451 meter persegi.









View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

Lautan Hindi Adalah Tempat Paling Menyeramkan DiDunia




Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung MalaysiaIndonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.


SYDNEY 21 Mac - Operasi pencarian dua objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi merupakan satu kawasan yang paling terpencil dan paling menakutkan di planet bumi, terletak berhampiran pinggir benua Antartika.
Operasi mencari yang diketuai Australia untuk mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing 777, yang hilang pada 8 Mac lalu itu tertumpu sepanjang perairan 2,500 kilometer dari barat daya Perth.
Kawasan itu kurang dilalui trafik maritim, dan apabila kapal-kapal dagang dimaklumkan tentang penemuan dua objek di kawasan itu oleh satelit pada Selasa lalu, kapal dagang yang paling hampir dengan kawasan itu mengambil dua hari perjalanan untuk sampai ke situ.
Ia merupakan kawasan yang sentiasa dilanda angin kuat dan sering dilanda ombak besar.
"Ia keadaan yang menakutkan, apabila kamu sampai di situ... pengaruh Antartika sangat kuat apabila menghampiri kawasan lautan itu," kata Erik van Sebille, seorang jurugambar samudera dari Universiti Sydney di New South Wales.
Van Sebille yang berada di atas kapal penyelidik di kawasan itu pada Disember lalu berkata, malah dalam keadaan tenangpun kawasan perairan itu sangat mencabar dan dengan ketibaan musim luruh di selatan hemisphere, cuaca akan bertukar menjadi semakin buruk.
"Ia bukan satu kawasan yang kamu suka untuk tinggal lama-lama di situ, seperti selama berminggu-minggu untuk mencari sebuah pesawat di situ," katanya kepada AFP.
Kekuatan ombak dan arus juga boleh menjejaskan usaha mencari objek tersebut, kata pakar samudera itu, dengan imej satelit mengenai kemungkinan serpihan pesawat itu menunjukkan objek-objek itu dihanyutkan arus dan ombak setinggi gunung.
"Terdapat angin yang terlalu kuat di kawasan itu, ombak yang terlalu tinggi. Malahan arus di bahagian itu merupakan antara yang paling deras di dunia," kata van Sebille.
Katanya, sebarang serpihan yang mungkin daripada pesawat itu mungkin telah dibawa arus sejauh 1,000 kilometer dari tempat jet itu didakwa terhempas, menyebabkan kerja-kerja untuk menjejaki semula tempat jet itu terhempas semakin sukar.
Operasi mencari MH370 sangat sukar berbanding mencari pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik pada 2009 yang mengorbankan 228 nyawa.
Tetapi ketua penyiasatan misteri kehilangan MH370, Alain Bouillard berkata, usaha mencari kali ini lebih sukar lagi memandangkan ketika nahas AF447 pegawai-pegawai Perancis tahu kedudukan pesawat itu empat minit sebelum ia terhempas.
Bagaimanapun, Van Sebille berkata, jarang terdapat banyak serpihan di kawasan itu.
" ... ia mungkin serpihan pesawat itu atau mungkin serpihan dari kapal-kapal lain yang lalu di lautan itu, tetapi sebenarnya tidak banyak kapal yang lalu di situ," katanya.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Wah Kwong Maritime Transport Holdings yang berpangkalan di Hong Kong, Tim Huxley mengulas mengenai zon pencarian itu: "Ia bukan ditemui di laluan yang kita harapkan.’’
"Ia kawasan yang terpencil, terlalu sunyi di bawah sana (selatan Lautan Hindi," tambah beliau. - AFP

View the original article here