Showing posts with label Ditembak. Show all posts

Friday, 30 May 2014
CANGGIH! Pistol Boleh Ditembak Jika Si Penembak Pakai Jam Tangan Khas.
Sebuah syarikat pembuat senjata api, Armatix mengeluarkan sepucuk pistol pintar yang hanya boleh ditembak oleh pemiliknya sahaja.
Pistol tersebut hanya boleh ditembak sekiranya si penembak memakai sebuah jam tangan khas yang berkomunikasi dengan satu cip di dalam senjata api berkenaan melalui isyarat radio.
Sekiranya pistol yang dikenali sebagai Armatix iP1 itu digerakkan sejauh 25 sentimeter dari jam berkenaan, ia tidak akan berfungsi.
Pistol itu dijual pada harga AS$1,800 (RM5,794) dan boleh dibeli di laman web syarikat itu di www.armatix.de.
Sebelum ini, seorang pemilik kedai senjata api di negeri Maryland membatalkan rancangan menjual pistol pintar tersebut selepas dikecam banyak pihak termasuk diugut bunuh. - REUTERS
Friday, 23 May 2014
Jutawan Maut Ditembak Bekas Kekasih
Seorang wanita warga Slovakia kini diburu bagi membantu siasatan pembunuhan seorang jutawan Britain yang juga pengarah syarikat barang kemas, Andrew Bush, 48 di sebuah villa mewah di Sepanyol.
Bush maut selepas ditembak sebanyak dua kali di kepalanya sebaik sahaja dia dan kekasihnya tiba di villa berkenaan.
Wanita tersebut dikenali sebagai Mayka Kukucova merupakan bekas teman wanitanya dan pernah tinggal bersama di situ sejak dua tahun lalu.
Kekasih Bush memberitahu penyiasat bahawa pintu dibuka oleh Mayka apabila sebaik sahaja mereka tiba di kediaman itu pada pukul 2 pagi.
Bagaimanapun, wanita itu menghalangnya dari masuk dan sejurus selepas itu dia melihat Mayka memecut meninggalkan villa itu dengan kenderaan Hummer milik Bush.
Pihak polis yang dihubungi selepas itu kemudiannya menemui mayat Bush dalam keadaan berlumuran darah.
Sementara itu, pemilik perniagaan berhampiran kedai emas jutawan itu menyifatkan Bush sebagai lelaki yang baik dan mesra.
“Saya tidak sangka perkara ini akan terjadi,” ujarnya.
Siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa Sepanyol.
Sumber: Daily Mail

Subscribe to:
Posts (Atom)