Showing posts with label Fazira. Show all posts
Showing posts with label Fazira. Show all posts

Sunday, 2 November 2014

GEMPAR!!! Giliran Erra Fazira Official Fanpage dihack

Selepas fanpage Nur Fazura dihack beberapa hari lalu, tiba giliran Erra Fazira Official Fanpage di laman Facebook pula dihack. Kerja siapa la agaknya ni. Dah macam trend artis pula akaun laman sosial dihack.



Berita ini diperoleh menerusi laman Instagram Erra sendiri yg meminta pengikut dan peminatnya untuk unlike page berkenaan.



Kalau nak tahu, ada satu post yg menunjukkan suatu yg mustahil akan dimuat naik atau dikongsi oleh Erra. Apalah orang sekarang ni. Tak suka duduk diam agaknya. Dah banyak sangat kemahiran dan ilmu macam ni pula jadinya, hmmm.



 Semoga para hackers sekalian akan sedar daripada kesilapan yg anda lakukan. Baru je suka-suka tengok Gambar pose anak Erra Fazira Meletop, timbul pulak pasal berita yg tak gembira macam ni. Semoga Erra Fazira tabah dengan dugaan ini.











p/s : Semua screenshot dan tulisan artikel milik penuh BLOG GOSIPMALAYSIA



 


View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

Juara AF8, Shahir Akui Berkawan Dengan Erra Fazira


Walaupun berdolak-dalik pada awalnya, akhirnya juara Akademi Fantasia 8, Shahir mengakui dia kini sedang berkawan dengan bintang jelita Erra Fazira.

Kata penyanyi lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ ini, tidak salah untuk dia berkawan dengan rakan-rakan seperjuangan apatah lagi artis berpengalaman seperti Erra.

“Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut," katanya.

Ditemui semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, Shahir merasakan Erra adalah sumber rujukan terbaik untuk artis-artis muda sepertinya.

“Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya,” ujar penyanyi berusia 26 tahun ini.

Kesahihan gosip di antara Shahir dan Erra terus menjadi tanda soal apabila Erra enggan memberi sebarang maklumbalas apabila ditanyakan hlive! pada majlis anugerah itu.

“Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP," kata Erra.

Gosip ini timbul apabila diberitakan Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dan mereka dikatakan sedang rapat.

Terdahulu, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek, 40 tahun, dan Engku Emran Engku Zainal Abidin 39 tahun, sah bercerai dengan talak satu pada Februari lalu. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Engku Aleesya, 5 tahun.murai.com.

View the original article here