Showing posts with label Gangster. Show all posts
Showing posts with label Gangster. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

GEMPAR!!! Video Awek Gangster Kelate Bergaduh



Nampaknya bukan sahaja kaum lelaki yg terikut-ikut dengan pengaruh filem-filem gangster yg semakin banyak menghiasi kaca televisyen dan panggung tanah air.

Baru-baru ini, satu video telah dimuatnaik ke laman Youtube yg mana menunjukkan seorang gadis dari Kelantan telah dipukul oleh beberapa orang 'mek kelate' yg lain. Aksi mereka di dalam ini lebih dari aksi tarik menarik rambut yg biasa kita tengok. Siap ada scene terajang pakai lutut lagi!!

Kami tidak pasti sebab sebenar kejadian ini berlaku tetapi yg pasti, melalui percakapan mereka di dalam video itu, geng-geng si pemukul ni berang kerana yg dipukul tidak menjaga mulut.


Yang menjadi tanda soalnya, kenapa perlu sampai tumbuk-menumbuk, sambil menceritakan dengan bangganya perkara-perkara maksiat yg mereka lakukan? Dan yg lebih menghairankan, ada dalam kalangan pemukul ini bertudung rapi, tapi turut memukul gadis malang itu.

Kepada ibu bapa kanak-kanak girang ni, diharap menasihati anak-anak masing-masing. Tidak salah kalau nak menasihat tapi biarlah kena pada cara.




DUNIA BARU


View the original article here

Thursday, 25 September 2014

Bila Shuib, Syuk jadi gangster



PENGALAMAN dimarahi oleh pengarah terkenal Mamat Khalid merupakan momen yang tidak boleh dilupakan dalam kerjaya pelawak Shuib Sepahtu dan Syuk Balas.

Bagaimanapun mereka dimarahi demi mendapatkan hasil lakonan terbaik dalam filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut arahan Mamat Khalid.






“Bayangkan, dalam masa seminggu berada di set penggambaran saya masih buntu bagaimana untuk melakonkan watak Loqman.

“Sampai satu tahap saya dimarah teruk oleh Mamat Khalid dan dia tidak mahu bercakap dengan saya seharian. Semuanya kerana lakonan saya tidak menepati piawaiannya,” kata Shuib.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata filem tersebut merupakan filem paling sukar pernah dilakonkan.

Bukan itu sahaja filem yang diklasifikasikan sebagai 18 (untuk tontonan 18 tahun ke atas) itu bertambah sukar buat Shuib apabila terdapat adegan intim bersama pelakon Zarina Anjoulie.

“Jujurnya, filem ini terlalu sukar untuk saya. Setiap hari sebelum masuk ke set penggambaran saya jadi takut sebab bimbang lakonan saya tidak memuaskan hati Mamat Khalid.

“Adegan intim bersama Zarina Anjoulie juga terlalu sukar untuk saya. Waktu melakukan adegan itu saya teringatkan isteri di rumah. Saya bimbang Sarah akan marah dan tekaan saya betul selepas dia sendiri melihat adegan itu.

“Bagaimanapun selepas melihat keseluruhan filem tersebut, dia okey dan memahami tuntutan kerja saya sebagai pelakon,” kata Shuib yang juga suami kepada penyanyi Siti Sarah.

Namun, tegas Shuib, filem tersebut merupakan filem terakhirnya melakon adegan intim.

“Sebelum ini saya pernah juga melakonkan adegan intim dalam filem Man Sewel. Sudah cukup untuk saya melakonkan adegan seperti itu.

“Selepas ini saya harus bertanya kepada pengarah terlebih dulu. Bukan saya tunjuk pandai tetapi status saya sebagai suami dan bapa kepada dua orang anak adalah tidak wajar untuk melakonkan adegan sedemikian,” kata Shuib.

Syuk Balas atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar bukan pertama kali bekerja dengan Mamat Khalid.

Sebelum ini dia pernah bekerjasama dengan pengarah itu menerusi program Salam Pantai Timur dan Zombie Kilang Biskut. Menyifatkan Mamat Khalid sebagai guru terbaik dalam lakonan, Syuk tidak kisah dimarah teruk.

“Semua orang tahu hasil kerja Mamat Khalid. Jadi apabila saya mendapat tawaran untuk berlakon di bawah arahannya, ia umpama orang mengantuk disorongkan bantal.

“Saya memang teringin sangat bekerja dengan beliau dan filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut merupakan filem pertama saya bekerja dengan Mamat Khalid sebelum Zombie Kilang Biskut,” jelas Syuk.


DARI kiri: Shuib, Kuni, Nadia Mustafar dan Syuk, masing-masing memainkan karakter yang mengujakan di dalam filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut arahan Mamat Khalid.

Nampaknya, Syuk selesa bekerjasama dengan Mamat Khalid kerana terdapat dua buah filem lakonannya di bawah arahan pengarah berkenaan yang belum keluar di pawagam iaitu Rumah Pusaka Di Simpang Jalan dan Amukan Buas Frankenstein Tempatan.

“Bagi saya beliau seorang pengarah yang bijak membentuk karakter pelakonnya. Dia tidak mahu lihat Syuk Balas dalam filemnya, sebaliknya dia mahu lihat Amir ketika saya berlakon dalam filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut.

“Selepas penggambaran selesai, saya mengambil masa dua bulan untuk berpisah dengan watak Amir. Ketika berlakon terdapat kebiasaan yang dicipta khas untuk watak Amir iaitu mulut saya akan terbuka umpama mulut ikan setiap kali selesai melontarkan dialog. Kebiasaan itu terbawa-bawa sehingga habis penggambaran,” ujar Syuk.

Selain Shuib dan Syuk, filem tersebut juga dibintangi oleh Kuni atau Tengku Sariwani dan Nadia Mustafar.

Mereka berdua memegang watak gengster wanita dan hanya muncul dalam beberapa adegan sahaja.

“Saya terima tawaran untuk berlakon kerana tahu walaupun muncul dalam tiga adegan sahaja tetapi watak saya akan diingati oleh penonton. Paling menarik saya akan berlawan dengan Kuni dalam filem ini.

“Sama seperti saya berlakon dalam filem Man Laksa. Watak Yah Koboi diingati sehingga hari ini. Itulah keistimewaan Mamat Khalid,” ujar Nadia yang memegang watak sebagai Popinjey.

Kuni turut berkongsi pengalamannya berlakon di bawah arahan Mamat Khalid. Sebelum ini dia pernah terlibat dengan filem Lang Buana juga arahan pengarah tersebut.

Ibu kepada tiga orang anak itu menjelaskan filem tersebut merupakan filem paling menarik pernah dilakonkannya.




“Filem ini amat berbeza dengan filem komedi lain. Pelakon utamanya pelawak tetapi mereka memegang watak serius dan jalan ceritanya juga amat menarik.

“Saya difahamkan kebanyakan lokasi penggambaran filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut yang dilakukan di Ipoh, Perak merupakan lokasi sebenar gangster zaman dahulu di Perak berkumpul.

“Paling saya seronok, pastinya adegan berlawan dengan Nadia. Penonton pasti teruja melihat adegan aksi yang dihidangkan dalam filem ini,” kata Kuni.

Filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut yang diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd. ini mengisahkan tentang dua sahabat baik yang cuba merompak kedai kecil untuk mencari wang sebanyak RM30,000 sebagai syarat untuk keluar daripada kumpulan gengster yang disertai mereka.

Filem tersebut akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 25 September ini.

View the original article here

7 Gangster Wanita Paling Terkenal Di Dunia


                                       
1.Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang).
Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia dijuluki "family matriarch" yang mengubah Melbourne menjadi Dodge City.



                                 
2.Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang).
Di bandar Chongqing,Cina kerajaan melaksanakan tindakan keras terhadap jenayah terancang. sebuah operasi besar-besaran telah dilancarkan dan menangkap hampir 1.500 penjenayah, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping.Sebagai ketua, Caiping menjalankan pusat perjudian haram dan merasuah anggota polis untuk mengelak dikenakan tindakan.


                                 
3.Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang).
Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi "GodMother" Mexico.Pak ciknya adalah pengedar dadah di mexico.Dia mendapat julukan "Ratu Pasifik kerana dia menjadi orang tengah antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan rahsia penyelundupan dadah di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.Sandra sendiri dipenjara ketika menghadapi tuduhan jenayah terancang dan pencucian wang.


                                            
4.Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang).
Wanita ini menjadi gangster kerana rasa sedih akibat saudaranya ditangkap pihak polis Itali. Dia kemudian meneruskan bisnes milik saudaranya itu. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikhendaki di Itali,kerana dia termasuk anggota keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), yaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menyerbu balai polis Itali di tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sampai akhirnya menyerah diri.


                                              
5.Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang).
Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan "Capo di Tutti Capi" gangster dari Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih terancang, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka.Perniagaan yang paling menguntungkan yang diusahakan keluarga Licciardi adalah pelacuran di Camorra.Padahal sebelum itu, ada beberapa jenis kode peraturan yang melarang mafia mendapatkan wang dari pelacuran.


                                        
6.Maria Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang).
Seorang ibu 44 tahun dengan 13 orang anak mungkin kedengarannya tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi pemimpin pengedaran dadah dan obat bius yang menguasai timur laut Los Angles dan Beirut. Dia menjalankan bisnesnya untuk memberikan pendidikan bagi anak-anaknya.


                                               
7.Griselda Blanco (status tidak diketahui sampai sekarang).
Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal bersebelahan dengan tempat dia tinggal dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Ketika orang tua dari anak yang diculiknya menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan, dia menembak anak itu.Setelah pindah ke New York dari colombia di era 70-an dan memulai kariernya dalam penyelundupan dadah, Blanco pindah ke Miami untuk menghindari tuduhan mahkamah.

Di sanalah dia meletakkan dasar bagi Miami untuk menjadi ibukota kokain di Amerika Syarikat.Blanco diyakini telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan selama kariernya, termasuk (kemungkinan besar) ketiga suaminya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun di penjara. Ketika dia dibebaskan pada tahun 2004, dia dideportasi kembali ke colombia dan tidak pernah dilihat sejak itu.

View the original article here