Pihak berkuasa di Vietnam telah menggunakan pukat untuk menahan penunggang motosikal yang suka melakukan aski bermotosikal secara melulu dan haram.
"Kami melemparkan pukat ke belakang kenderaan dan ia berpaut kepada roda, memaksa motosikal untuk berhenti," kata Leftenan Kolonel My Duy Xuan, ketua polis trafik di utara Thanh Hoa City.
Amalan ini hanya menyebabkan kecederaan yang kecil kepada beberapa pelumba, katanya kepada AFP.
Taktik luar biasa ini telah terbukti berkesan dalam menghentikan pelumba motosikal dan penunggang berbahaya lain, Xuan berkata, dan pasukannya telah berjaya menjaringkan 21 penunggang motosikal pada bulan lalu.
Penunggang bermotosikal pada waktu malam adalah biasa di bandar-bandar besar Vietnam, di mana kaedah-kaedah keselamatan lalu lintas secara rutin diabaikan dan motosikal adalah yang paling popular pengangkutan.
Showing posts with label Haram. Show all posts

Tuesday, 3 June 2014
Sunday, 1 June 2014
Tidak Ada Bahagian Masjidil Haram Runtuh - Abdul Azeez
type='html'>
TELUK INTAN: Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meminta rakyat di negara ini tidak terpedaya dengan dakwaan yang tersebar bahawa ada bahagian Masjidil Haram runtuh dalam kejadian malam Khamis.
Sebaliknya kata Abdul Azeez, yang berlaku ialah insiden rempuhan apabila orang ramai berasak-asak mahu melihat ke dalam Kaabah apabila pintunya dibuka semasa struktur itu dicuci.
"Saya terima laporan daripada pihak Lembaga Tabung Haji tiada bangunan yang runtuh. Semalam hari mencuci Kaabah dan pintu Kaabah dibuka. Jadi orang ramai berpusu-pusu untuk lihat proses itu," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Beliau berkata kejadian menyebabkan empat orang cedera namun tidak membabitkan rakyat Malaysia.
"Saya harap rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan laporan tidak benar yang tersebar di laman sosial," katanya yang ditemui selepas menghadiri taklimat akhir persiapan pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Abdul Azeez diminta mengulas kejadian yang berlaku di Makkah malam tadi, termasuk dakwaan terdapat bahagian Masjidil Haram yang runtuh.
Proses mencuci Kaabah termasuk bahagian dalam dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.
Sementara itu, mengulas taklimat tertutup bersama Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Abdul Azeez berkata taklimat merangkumi tugas jentera parti bagi beberapa jam terakhir sebelum tempoh kempen tamat tengah malam ini.
"Seluruh jentera juga diminta keluar mengundi awal dan kemudian teruskan tugas membantu pengundi," katanya dan menambah taklimat yang berlangsung lebih sejam itu turut dihadiri wakil parti-parti komponen BN.
Sumber mStar Online

Subscribe to:
Posts (Atom)