Showing posts with label Jelas. Show all posts
Showing posts with label Jelas. Show all posts

Tuesday, 7 October 2014

Diana Rafar Jelas Status Hubungan Dengan Suami, Zamarul Hisham


Pasangan suami isteri Diana Rafar dan suami Zamarul Hisham kini digosipkan mempunyai masalah dan sehingga keluar cerita mereka sudah dingin dan tidak tinggal bersama.

Diana Rafar akui hubungan agak dingin namun menegaskan dia masih isteri kepada Zamarul Hisham.

Ini kenyataan panjang lebar dari Diana Rafar:

"Saya sedar ramai yang mahukan penjelasan mengenai status kami hanya disebabkan mereka lihat kami jarang bersama-sama. Malah dalam laman sosial juga jarang kami bergambar berdua.

"Apabila selalu orang bertanya, saya tak tahu nak jawab apa. Jadi pada kebanyakan masa saya memang akan berdiam diri. Kalau orang bertanya di laman sosial contohnya, saya ambil pendekatan memadam semua komen-komen sebegitu.

"Saya memang tak nak tengok (komen negatif) sebab hanya akan menyakitkan hati dan membuat saya tertekan," 

"Saya akui masa kami bersama-sama agak terhad. Tetapi itu disebabkan dia sibuk bekerja dan banyak masanya dihabiskan di lokasi penggambaran. Kami tak pernah membangkitkan isu ini kerana selalunya saya dan dia buat tak tahu sahaja agar tidak mengeruhkan keadaan.

"Sebagai seorang isteri, saya amat memahami dia. Saya tahu ada yang bertanya kepadanya (tentang rumah tangga) tetapi dia tak pernah jawab. Itu prinsip dia. Hal-hal seperti ini, dia memang susah untuk buka mulut. Namun ingin saya jelaskan yang saya dengan dia baik.

"Ada juga yang bertanya , boleh tahankah Diana dengan sikap Zamarul yang begitu. Saya senang untuk menjawab, ini adalah pilihan saya. Justeru sudah tentulah saya menerima seadanya,"

Semoga hubungan dan perkahwinan Diana Rafar dan Zamarul sentiasa kuat dan berbahagia.


View the original article here

Friday, 3 October 2014

Pengarah Drama Jelas Sikap Dingin Sara Ali


Sara dikatakan bermasam muka ketika penggambaran drama 'Maaf Jika Aku Tak Sempurna'.

Pelakon Sara Ali yang dikatakan bermasam muka ketika menjalani sebuah penggambaran drama bersiri mungkin akibat terlalu terpengaruh dengan watak yang dibawanya dalam drama berkenaan.

Pengarah drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Shuhaimi Lua Abdullah berkata, dia menganggap perkara tersebut adalah perkara biasa kepada artis yang terlalu menjiwai watak yang sedang dilakonkan.






"Sepanjang empat bulan penggambaran itu Sara ada juga buat hal apabila dia tiba-tiba menjadi seperti watak Mel dalam drama tersebut iaitu sombong dan tidak mahu bertegur sapa dengan semua kru termasuk saya.

"Memang perkara itu sedikit menyukarkan penggambaran kerana hubungan kru dan pelakon mula tidak baik dan rasa tidak selesa mula timbul bila dia ada di lokasi dengan perangai sebegitu.

Tapi bagi saya ia hanyalah pengaruh watak kerana ada pelakon yang mudah terpengaruh dengan sesuatu watak," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Shuhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas apa diperkatakan tentang dakwaan kononnya pelakon wanita tersebut telah menimbulkan masalah di lokasi penggambaran drama berkenaan.


Lakonan Sara Ali dan Fahrin Ahmad


Sara dikatakan bermasam muka dan enggan memberi kerjasama serta bersikap dingin dengan kru produksi drama itu.

Bagaimanapun, Shuhaimi berkata, kejadian tersebut berlaku tidak lama apabila wanita itu kembali semula bercakap dengan kru produksi.

"Alhamdulillah, sekejap jer dia berperangai begitu, ketika penghujung penggambaran minggu lalu dia sudah berbaik-baik dengan semua kru.

"Penggambaran dapat selesai dengan mudah apabila semua pelakon dan kru beri kerjasama yang baik," ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada dia akan bekerjasama dengan pelakon wanita tersebut untuk drama akan datang, Shuhaimi berkata dia tidak pernah menolak mana-mana artis yang diberi tanggungjawab untuk berlakon bawah arahannya kepadanya.

Katanya, sebagai pengarah dia hanya menjalankan tugas untuk menjadikan sesebuah jalan cerita seperti yang dimahukannya tanpa mengira siapa artis terlibat.

"Saya tidak ada masalah jika diberika mana-mana artis kerana ia adalah pilihan penerbit dan stesen televisyen," ujarnya.

Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna disiarkan di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

Drama tersebut turut dibarisi oleh pelakon Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Amy Mastura, dan Ika Nabila.



View the original article here