Showing posts with label KENCING. Show all posts
Showing posts with label KENCING. Show all posts

Friday, 14 November 2014

LUCU!! Padah Tipu Guna Air Kencing Bini, Lelaki Disahkan Hamil 2 Bulan Semasa Ujian Air Kencing..




KAHERAH – Seorang pemandu bas awam di Mesir kantoi didapati menipu ujian air kencing apabila disahkan hamil dua bulan setelah menukar air kencing dengan isterinya untuk mengelak disahkan positif mengambil bahan da dah baru-baru ini.



Lelaki itu yg tidak didedahkan identiti pada mulanya dipanggil seorang pegawai polis tempatan bagi menyemak kesahihan air kencing hasil pemeriksaan rutin pihak berkuasa terhadap pemandu bas secara rawak bagi mengesan pengambilan dadah.



Akhbar Mesir melaporkan, sewaktu disoal, suspek cuba berbohong apabila menegaskan air kencing itu sebagai miliknya menyebabkan pegawai penyiasat yg keliru dengan status tersebut akhirnya mengucapkan: “Tahniah, anda disahkan mengandung dua bulan!”



Lelaki itu akhirnya mengaku cuba menipu dengan menukar air kencing dan menghantar sampel urin milik isterinya bagi mengelak dikesan mengambil bahan larangan tersebut yg biasa digunakan kebanyakan pemandu untuk tidak mengantuk memandu terlalu lama.



Pihak berkuasa pengangkutan Mesir berkata, mereka mungkin akan mengambil ujian darah bagi mencegah gejala penukaran air kencing dalam kalangan pemandu tempatan apabila mendapati penipuan sedemikian sebenarnya sudah lama diamalkan tanpa dikesan.



Penggunaan dadah di Mesir dilaporkan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kebanyakan pemandu bas gemar membeli ubat tahan sakit berharga murah yg mengandungi bahan perangsang tenaga untuk memandu tanpa mengantuk.



Dianggarkan kira-kira 12,000 orang maut akibat kemalangan jalan raya di seluruh Mesir setiap tahun dan kebanyakan kes disebabkan pemandu pengangkutan awam itu terlelap akibat memandu dalam tempoh agak lama tanpa mendapat cukup rehat. – Agensi

 


View the original article here

Friday, 31 October 2014

INFO!!! Sebab Rasulullah SAW melarang kencing berdiri ( LELAKI WAJIB TAHU )


Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil ini sudah bukan suatu perkara yg asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai aturan.

Hadis yg diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.

Secara kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.

Dari segi agama, kebanyakan orang yg biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yg keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi maka solat yg dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas besar.

Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi yg mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.

Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yg tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.

Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.

Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yg berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yg tidak habis keluar. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.

Jika anda meneliti sisa air kencing yg tidak dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yg menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.

Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing berdiri.

Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:

Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:

Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yg lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.

Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yg satunya lagi pada kuburan yg lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)

 


View the original article here

Tuesday, 28 October 2014

PELIK!!! Telur Ayam Direbus Guna Air Kencing?


Di China memang terkenal dengan pelbagai keunikan dan kepelikan. Sanggupkah anda memakan telur yg di rebus menggunakan air kencing budak sekolah berusia lingkungan sepuluh tahun. Kononnya, berkhasiat dan mampu mengubati penyakit.

RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu. PELIK BUKAN?


BEIJING – Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yg direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yg berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.

“Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya,” katanya.

Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk.

 


View the original article here

Saturday, 20 September 2014

MESTI TENGOK! Akibat Niat Nak Kencing Al-Quran







Sememangnya al-Quran merupakan kitab suci umat Islam dan merupakan satu mukjizat yang dikurniakan kepada  Nabi Muhammad SAW. Tulisan di dalam al-Quran masih terpelihara sehingga sekarang sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT..

Padah bagi seorang lelaki berhatikan 'syaitan' ini apabila dikatakan berubah menjadi makhluk ngeri selepas berniat ingin kencing atas Al-Quran yang merupakan kitab suci Islam.

Admin tak tahu sama ada betul atau tidak gambar tersebut kejadian sebenar ataupun menggunakan teknik superimpose. Yang pasti sememangnya orang yang ingin mencabar kekuasaan Allah SWT akan dibalas dengan balasan yang amat mengazabkan daripada Allah SWT.

View the original article here

Sunday, 7 September 2014

MESTI TENGOK! Akibat Niat Nak Kencing Al-Quran






Sememangnya al-Quran merupakan kitab suci umat Islam dan merupakan satu mukjizat yang dikurniakan kepada  Nabi Muhammad SAW. Tulisan di dalam al-Quran masih terpelihara sehingga sekarang sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT...

Padah bagi seorang lelaki berhatikan 'syaitan' ini apabila dikatakan berubah menjadi makhluk ngeri selepas berniat ingin kencing atas Al-Quran yang merupakan kitab suci Islam.

Admin tak tahu sama ada betul atau tidak gambar tersebut kejadian sebenar ataupun menggunakan teknik superimpose. Yang pasti sememangnya orang yang ingin mencabar kekuasaan Allah SWT akan dibalas dengan balasan yang amat mengazabkan daripada Allah SWT.

View the original article here

Friday, 30 May 2014

PERANGAI PELIK LELAKI LONTAR AIR KENCING KEPADA WANITA MUDA

type='html'>
Tokyo: Polis bandar raya ini melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang didakwa melontar air kencingnya menyasarkan wanita muda.
Setakat ini, enam laporan diterima membabitkan lelaki berkenaan.
Kes pertama dilapor berlaku pertengahan April di utara Tokyo apabila lelaki berkenaan melontar cecair ke atas seorang wanita di jalan raya, lapor akhbar Asahi Shimbun.
Polis merumuskan cecair itu air kencing selepas meneliti warna dan ciri-cirinya.
Sejak itu, menurut sumber, lima kes yang sama dilapor berlaku di sekitar kawasan berkenaan.

Polis tidak menolak perbuatan itu dilakukan oleh suspek yang sama, katanya.
Mangsa yang terdiri daripada remaja dan wanita dalam lingkungan usia 20-an berkata, suspek yang memakai topi keledar itu menyimbah cecair itu pada muka dan bahagian atas badan mereka.
- AFP


View the original article here