Showing posts with label Kejutan. Show all posts
Showing posts with label Kejutan. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

SIAPAKAH!!! 4 Foto seorang artis jelita undang kejutan di majlis pertunangan Sharifah Sakinah

Sabtu lalu telah berlangsung majlis pertunangan antara pelakon Sharifah Sakinah dan juga pilihan hatinya seorang juruterbang Aliff Adha Jamil yg telah diadakan di kediaman keluarga pelakon itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Sharifah Sakinah tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Cosry berserta pelamin bertemakan taman. Pihak lelaki menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak perempuan dan adat menyarung cincin disempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah.

Bercakap kepada mStar Online selepas selesai majlis, Sharifah Sakinah berkata yg beliau yakin walaupun perkenalan mereka singkat selama lapan bulan sebelum mengikat tali pertunangan namun Aliff Adha merupakan pilihan yg tepat buat dirinya.

“Alhamdulillah, segala perjalanan majlis pertunangan dilalui dengan sempurna. Walaupun tempoh perkenalan hanya lapan bulan, kami sudah serasi bersama.”

“Saya kenal dia pun ketika menjadi jurulatihnya. Tidak sangka kami akan mengakhiri perhubungan ini sebagai suami isteri tidak lama lagi,”
ujar Sharifah Sakinah.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mac 2015. Tahniah didahulukan buat kedua dua buah keluarga dan bakal pengantin.



Berikut ialah 3 keping foto seorang artis jelita yg cukup misteri sehingga mengundang kejutan di majlis pertunangan Sharifah Sakinah kerana dikatakan amat menawan. Benarkah?














 


View the original article here

Monday, 20 October 2014

Kejutan Saleha, Amani



SIAPA yang tidak mengenali dua selebriti, Siti Saleha dan Sharifah Amani yang begitu popular sama ada di kaca TV mahupun di layar perak.

Bakat keduanya tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sering menjadi teraju utama menerusi filem dan drama tempatan.

Kejutan buat peminat kali ini, kedua aktres ini bakal beraksi di pentas teater Asrama-Ra All Stars terbitan Revolution Stage (RS) yang akan diadakan pada minggu depan.






Selain dua figura ini, ia turut dibintangi pelakon hebat seperti Nadiya Nisaa, Dira Abu Zahar, Sherry Al-Hadad, Fynn Jamal, Amerul Affendi, Intan Nor Saina dan Tuan Faisal.

Bagi Siti Saleha Mohd Baharum, 24, dia sangat teruja dengan penampilan sulungnya dalam pementasan teater versi bahasa Melayu.

Pernah beraksi dalam satu teater Inggeris (Stage Theraphy) lima tahun lalu, Saleha berkata dia sentiasa berhajat untuk berlakon di pentas namun kekangan masa sering menghambat dirinya.

"Saya bersyukur, kali ini masa mengizinkan untuk saya kembali ke pentas teater.

“Saya bernasib baik kerana sepanjang bulan ini, jadual tidak terlalu padat dan tawaran daripada abang Wan (Kharunazwan Rodzy) membuka pintu hati saya untuk menyertai pementasan ini,” ujarnya yang memegang watak sebagai Laili.

Saleha berkata, penyertaannya kali ini untuk mencabar dirinya ke bidang yang lebih berbeza demi mengutip pengalaman.

“Saya lebih sukakan kebebasan teater yang lebih mencabar berbanding filem atau drama.

“Lagipun setiap pelakon perlu lebih versatil dengan mencuba pelbagai bidang berbeza,” ujar pelakon drama Ramadan Jangan Pergi.

Dekat dengan penonton - Amani

Memegang watak Ayu, bidang teater bukanlah suatu yang baharu buat pelakon Sharifah Amani atau lebih mesra disapa Nani.

Katanya, sejak kecil lagi dia sudah mula berjinak dengan pementasan apatah lagi ibunya, Fatimah Abu Bakar sangat aktif dalam bidang itu.

“Saya rasa teater merupakan medium lebih dekat dengan penonton dan artis-artis lain yang terlibat sama dalam persembahan.

“Bagi saya, teater lebih direct dengan penonton dan hanya ada satu peluang untuk melakukan yang terbaik di atas pentas nanti,” katanya.




Bagi Nani, sebagai pelakon dia mahu mencabar dirinya ke satu tahap lebih baik dan teater adalah platform terbaik.

Dalam masa sama, dia turut memuji kesungguhan produksi ini dalam menjayakan pelbagai pementasan.

“Saya lihat RS merupakan satu-satunya produksi yang tidak pernah putus asa dalam berkarya.

“Mereka juga mengumpulkan golongan muda yang berbakat dalam satu bengkel sehingga berjaya menerbitkan banyak teater yang berkualiti,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah dan penulis skrip, Khairunazwan Rodzy berkata, persediaan pementasan itu sudah 70 peratus siap manakala selebihnya, terserah kepada latihan pelakon.

“Hampir dua bulan berlatih, kami jarang dapat mengumpulkan sembilan pelakon dalam satu masa.

“Kadang kala kami menangguhkan sesi latihan apabila pelakon terpaksa menunda latihan mereka,” ujarnya.

Teater Asrama-Ra All Stars bakal dipentaskan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) pada 16 hingga 19 Oktober ini. Sila layari www.ticketpro.com.my untuk maklumat lanjut.

View the original article here

Monday, 8 September 2014

Kejutan, seram dalam As Above/So Below



TAHUKAH anda, di sebalik berdiri dengan megah Menara Eifel, di Paris, terkuburnya sebuah jalan bawah tanah atau 'catacombs' yang menyimpan 1001 rahsia dan misteri.

Dek kerana misteri itu memberi idea kepada adik-beradik, John Erick Dowdle dan Drew Dowdle untuk menulis skrip filem As Above/So Below.

Diarahkan oleh Erick sendiri, filem yang menampilkan Ben Feldman, Perdita Weeks, dan Edwin Hodge ini mengisahkan sekumpulan pelajar yang ingin menerokai rahsia di sebalik 'catacombs' yang dipenuhi dengan tengkorak dan misteri.

Bagaimanapun secara tidak sengaja, mereka telah membongkar rahsia di sebalik misteri yang tersembunyi itu hingga mengundang kematian beberapa rakan yang menyertai misi tersebut.






Dan kini, bagai menjadi satu trend, filem ini juga turut menggunakan teknik rakaman 'found footage' atau rakaman secara langsung dan kira-kira 90 peratus perjalanan filem ini menggunakan 'found footage'.

Dek kerana itu jugalah, tatkala melibatkan babak seram dan cemas, anda akan turut sama berasa cemas, takut dan terkejut dengan perjalanan cerita filem ini.

Pendek kata, bagi anda yang kurang berani menonton genre seram, filem ini barang kali akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Namun kadang kala bila melibatkan babak pergelutan, atau cemas, ia akan membuatkan anda sedikit pening dengan pergerakan yang terlalu cepat.

Tanda tanya

Namun, di sebalik keseraman filem ini, apa yang sedikit mengecewakan penulis adalah banyak persoalan yang tidak terjawab dan ada kalanya terlalu pelik untuk difikirkan.

Sehingga membuatkan penulis membuat telahan sendiri barangkali adik-beradik Dowdle ingin membuat kesinambungan filem ini.

Jika segala misteri itu di rungkai dan diperjelaskan dengan baik, tidak mustahil filem ini akan menjadi satu filem box-office dan akan ditunggu-tunggu untuk sekuel seterusnya (jika ada).




Lakonan mantap

Tidak perlu rasanya penulis huraikan mengenai aspek teknikal seperti kesan bunyi dan pencahayaan kerana jikalau anda menonton 'thrailer'nya sahaja di internet, anda pasti sudah merasai seramnya. Apatah lagi jika menonton di pawagam.

Bagaimanapun dari sudut lakonan Feldman, Weeks, dan Hodge memberikan lakonan yang cukup baik biarpun mereka bukan tergolong dalam kategori pelakon popular.

Namun dari segi emosi, rasa takut, cemas itu dapat dirasai tanpa perlu jeritan, pekikan yang melampau.

Secara keseluruhannya, bagi anda yang menyukai atau tidak menyukai filem seram, anda wajib menonton filem ini, kerana kejutan yang ditampilkan akan membuatkan anda rasa berbaloi untuk membayar harga tiket.


View the original article here