Showing posts with label Lucah. Show all posts
Showing posts with label Lucah. Show all posts

Friday, 14 November 2014

ARTIS!!! Wardina Safiyyah Terima Panggilan Lucah Dari Seseorang


Pengacara televisyen tidak asing lagi, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif.

Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya.

“Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yg diterimanya pagi semalam.

Personaliti televisyen itu yg masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yg dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.

“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya semalam.

Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa.

Menurutnya, lelaki itu membuat panggilan pada pukul 5 pagi dan diikuti pada pukuk 9.15 pagi.

“Saya tidak menjawab panggilan telefon yg pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu.

“Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yg saya sendiri malu untuk sebut.

“Saya tidak faham kenapa ada orang yg sanggup melakukan perkara seperti itu,” katanya semalam.

 


View the original article here

Sunday, 26 October 2014

BERITA!!! Video Lucah : UAI tidak akan buat laporan polis



KUALA TERENGGANU - Tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) susulan dakwaan penyebaran video lucah dan gambar lucah di laman sosial yg mula tersebar sejak awal pagi kelmarin.

Rakaman berdurasi 38 saat itu dikatakan mula tersebar melalui beberapa blog, Facebook dan WhatsApp sehingga menjadi topik hangat.

Menurut sumber rapat kepada UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yg dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini.

“Tiada laporan polis akan dibuat. Baik daripada pihak UAI sendiri atau pihak penyokong UAI,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan tiada laporan diterima pihaknya sehingga semalam berhubung penyebaran video dan gambar lucah berkenaan.

Sinar Harian semalam melaporkan, penyebaran video dan gambar lucah di laman sosial yg kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal merupakan niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

View the original article here

Friday, 5 September 2014

MESTI TENGOK! Isyarat Lucah Gadis Sekolah Ini Ditujukan Kepada Siapa?



Anda semua pasti tertanya tanya apakah motif sebenar pelajar sekolah ini menunjukkan isyrat tersebut? Tidak tahulah apa motif sebenar gadis yang berpakaian seragam Kedet Remaja Sekolah inimemuat naik satu foto agak kurang sopan dipertonton di khalayak. Seperti biasa perkari ini sudah menjadi 'tren' anak muda zaman sekarang mumuat naik gambar sebergitu. Dalam masa yang sama mereka telah menjatuhkan maruah mereka sendiri.

Akan tetapi tidakkah anak gadis ini berfikir sejanak? Apakah yang akan berlaku sekiranya dia memuat naik gambarnya tersebut di laman sosial? Apa nak buat, nasi dah jadi bubur.

Intijahnya, sebelum kita berbuat sesuatu hendaklah kita berfikir di luar kotak. Kita sebagai anak, haruslah juga menjaga nama baik keluarga kita sendiri.Tambahan ingatlah pada zaman celik IT ini, semuanya tidak memerlu sehari dua untuk tersebar, walhal seminit dua sudah memadai kerana semua dihujunf jari anda.

View the original article here

Sunday, 15 June 2014

DOKTOR HANTAR SMS LUCAH KETIKA LAKUKAN PEMBEDAHAN KEPADA PESAKIT

type='html'>
imej google

Seattle: Pihak berkuasa perubatan menggantung lesen perkhidmatan seorang pakar bius di sini selepas disyaki menghantar “selfie” dan berbalas pesanan ringkas lucah ketika pembedahan sedang berlangsung. 

Penemuan bukti terhadap Arthur K. Zilberstein, 47, yang dikeluarkan Isnin lalu oleh Jabatan Kesihatan negeri Washington, menunjukkan 250 mesej terperinci serta berbaur seksual dan lucah dibalas sepanjang prosedur membabitkan semua jenis pembedahan, termasuk Cesarean, apendik, pediatrik, epidurals, mengikat tiub fallopian dan pemeriksaan jantung. 

“Beliau mempertaruhkan keselamatan pesakit dengan sikapnya yang “asyik dengan hal seksual” sekurang-kurangnya sepanjang April hingga Ogos 2013,” kata kenyataan pihak berkuasa perubatan negeri Washington Isnin lalu. 

Kenyataan pendakwaan rasmi menyatakan ketika prosedur pemeriksaan penyakit jantung, Zilberstein didakwa bertukar 26 mesej “termasuk komen seksual yang jelas. 

Sewaktu pembedahan perut, beliau dilaporkan saling berbalas 45 mesej “dengan bayangan seksual” dalam tempoh kurang daripada satu setengah jam. Beliau juga didakwa bertukar-tukar 18 mesej “dengan bayangan seksual” ketika pembedahan Cesarean dengan salah satu mesejnya berbunyi: “Saya sangat sibuk dengan pembedahan cesarean.” 

Pendakwaan itu juga menyatakan bahwa di dalam satu mesejnya pada Julai 2013, Zilberstein dilaporkan menjemput teman wanitanya untuk datang ke hospital tempat beliau bekerja dan memberitahunya secara terperinci dorongan seksual yang tidak tertahan terhadapnya. 
Zilberstein juga dikatakan menghantar selfie kepada pesakit ketika memakai pakaian hospital lengkap dengan lencana tetapi mendedahkan kemaluannya.

Imej itu datang bersama beberapa mesej lucah antaranya berbunyi: “Oh! Rakan setugas saya masuk ketika saya sedang memakai sseluar hospital. Saya agak pasti yang saya tertangkap.” 


- AGENSI



View the original article here

Friday, 30 May 2014

Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR Berbaur Lucah

type='html'>

Beberapa keping gambar telah tersebar yang memaparkan soalan bernombor 23 yang jelas sekali membuktikan kertas peperiksaan percubaan itu dibuat di Malaysia.
Jika dibaca seimbas lalu, ia tidak akan dapat dikesan. Tetapi bila menatap pilihan jawapan dengan teliti satu persatu, jika tersalah baca pasti mengundang padah.
Soalan-soalan seperti ini boleh merosakkan minda-minda pelajar dengan soalan berunsurkan kelucahan melampau ini.
Tetapi apa yang pasti ialah, ini adalah kertas peperiksaan percubaan UPSR berdasar pemerhatian keratan gambar di bahagian bawah.
katakcomel.my


View the original article here

Friday, 23 May 2014

Personaliti TV Al-Hijrah Mangsa Terbaru UGUTAN Sebar 'Video Lucah'!

Personaliti dan pengacara TV Al- Hijrah yang sedang meningkat naik, Amin Idris menjadi mangsa terbaru seorang pengguna Skype dari Filipina.



Sejak akhir-akhir telah banyak kedengaran aduan mengenai kegiatan tak bertanggungjawab ini yang dikatakan semakin menjadi-jadi.

Suspek pada mulanya dikatakan akan berbual dengan mangsanya melalui video dalam laman sosial itu.

Setelah berjaya mendapat visual mangsanya, suspek akan ‘mencantumkan’ visual tersebut dengan futej-futej tertentu sehingga menampakkan seolah-olah mangsa sedang berfoya-foya di kelab malam, mabuk, bergaul bebas dengan wanita seksi dan sebagainya.

Suspek kemudian mengugut akan menyebarkan video berkenaan jika mangsa tidak memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.

Modus operandi yang sama berlaku kepada Amin, yang juga seorang penceramah motivasi.

Ini luahannya yang dibuat dalam akaun FB beliau;



Semoga Amin tabah menghadapi fitnah besar ini. Diharapkan Amin membuat laporan rasmi kepada pihak polis agar suspek boleh dibawa ke muka pengadilan. –Mynewshub.my