Showing posts with label Menangis. Show all posts
Showing posts with label Menangis. Show all posts

Sunday, 28 September 2014

Shae menangis kerana Sayang


SHAE kini sedang rancak mempromosikan single terbaharunya, Cintaku Tlah Mati Untukmu.

USAI membuat persembahan sempena majlis penghargaan Anugerah 5X Platinum Berkembar Shae Sayang baru-baru ini, penyanyi kelahiran Riau, Indonesia, Shae mengalirkan air mata.

Kata Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, 20, dia tidak menyangka kejayaan yang diterima menerusi single hit Sayang meletakkan dirinya di posisi terkini begitu juga popularitinya.






“Saya sangat gembira dan tidak menyangka akan mencapai tahap ini. Single Sayang benar-benar menukar hidup saya menjadi seorang yang baharu. Itu sebabnya saya menangis!

“Kalau dahulu saya pernah menyanyi di bar dan kelab malam tapi sekarang berpeluang membuat persembahan di pentas-pentas besar.

“Bagaimanapun, saya tidak pernah lupa dari mana saya bermula. Kalau diundang untuk membuat persembahan di bar semula, saya tidak peduli, saya akan terima,” ujarnya yang ditemui di pejabat Warner Music Malaysia, Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini.

Tidak popular

Shae tidak kisah sekiranya dilabelkan lebih popular dan diterima peminat di Malaysia berbanding negara asalnya, Indonesia.

Malah, kata Shae dia tidak tertekan kerana rezekinya untuk menyinar di Indonesia belum tiba.

“Saya tidak kisah kalau jadi popular atau tidak, asalkan saya gembira. Saya menjadi penyanyi kerana mahu membahagiakan pendengar dan menghargai hidup masing-masing.

“Justeru apabila kali pertama diberitahu lagu saya sudah berjaya menembusi pasaran muzik Malaysia pun saya rasa ia seperti mimpi. Mana mungkin penyanyi dari Indonesia berjaya menawan hati peminat di Malaysia, tambah pula saya masih baharu.

“Ya, benar saya tidak popular di negara sendiri, tapi saya percaya rezeki Tuhan dan jalan yang Dia berikan sudah tertulis sebegitu,” tambah Shae yang pernah muncul menerusi single Kok Telfon-Telfon Sih pada tahun 2012.

Single Sayang yang dipetik daripada album sulung Shae, The First mula mencuri tumpuan sekitar November 2012 hingga menimbulkan minat khalayak merakamkan pelbagai video parodi.


MENYEDARI dirnya tidak popular di negara sendiri iaitu Indonesia, ia tidak menjadi beban buat Shae. Dia percaya rezeki akan tiba biarpun lambat.

Lagu Sayang hasil ciptaan Posan Tobing itu juga sekali gus telah berjaya meraih penjualan ring back tone digital melebihi 1,000,000 unit dan menerusi pencapaian itu Warner Music Malaysia telah memberikan Anugerah 5X Platinum Berkembar kepada Shae.

“Kejayaan lagu Sayang sebenarnya saya ukur melalui pengamatan saya di kaki lima. Apabila saya berjalan di kaki lima dan melihat adanya pengamen (penyanyi jalanan) menyanyikan lagu Sayang, itu maknanya lagu itu berjaya sampai ke hati khalayak.

“Ada juga yang bertanyakan adakah lagu itu sekadar menjadi one hit wonder (popular satu musim)? Saya serahkan pada syarikat rakaman saya untuk tujuan promosi dan strategi pemasaran kerana mereka lebih arif soal itu.

“Saya harus pandai mencari keseimbangan dalam karier saya dan mencari jiwa serta kemahuan sebenar. Langkah saya perlu disusun satu persatu kerana saya masih muda dan risau tersilap percaturan nanti,” jelasnya.

Selepas Sayang, Shae kini mempromosikan single berikutnya yang dipetik daripada album sama berjudul Cintaku Tlah Mati Untukmu dan Tetaplah Tersenyum yang sudah pun mengumpulkan khalayak pendengar sendiri di Indonesia.




Mahu watak psiko

Kejayaan Shae dalam industri perfileman juga membuka peluang untuk dia terus aktif memperjuangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Dua buah filem lakonannya berjudul Basahhh... (2008) dan terbaharu, 3600 Detik baru dilancarkan pada Februari lalu. Akuinya, ia mendapat sambutan memberangsangkan.

“Saya akui perlu cerewet memilih tawaran berlakon filem. Selepas dua buah filem sebelum ini saya ada mendapat beberapa tawaran tapi tidak sesuai dengan minat saya jadi terpaksa ditolak terlebih dahulu.

“Mungkin jika ada produser yang menawarkan watak hantu dan perempuan psiko selepas ini saya akan menerimanya,” katanya yang pernah terbabit dengan telefilem Cinta Sambal Belacan yang telah ditayangkan di Astro Citra bulan April lalu.

View the original article here

Wednesday, 10 September 2014

Menangis Masuk Penjara Kerana Hina Islam

Menangis Masuk Penjara Kerana Hina Islam | Seorang penyelia tapak pembinaan dipenjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat komen menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam menggunakan Facebook, Jun lalu.

Menangis Masuk Penjara Kerana Hina Islam & Nabi Muhammad

Tertuduh, Chow Mun Fai, 37, yang juga menamakan nama ‘Chow Jack’ membuat pengakuan itu apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Chow dilihat menangis di dalam kandang tertuduh selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet iaitu Facebook dan menghantar komen bersifat jelik di https://www.facebook.com/cpm/chow.jack.982 (yang telah dipadam) dengan niat menyakitkan hati dan perasaan orang lain.

Chow didakwa melakukan perbuatan itu di Pentas Seni Kuala Lumpur, Sentul Park, di sini, pada jam 10.30 pagi 12 Jun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Tangisankepenjara//Article

View the original article here

Saturday, 31 May 2014

Video Mengharukan, Anjing Menangis Di Kubur Tuannya













Anjing terkenal sebagai salah satu binatang yang setia. Ada banyak kisah anjing-anjing setia pada tuannya, salah satunya adalah anjing legenda bernama Hachiko yang sudah difilemkan di Jepun dan Antarabangsa.

Baru-baru ini, ada sebuah video yang akan membuat anda ikut merasakan kesedihan anjing malang ini. Anjing ini bernama Wiley dari Lockwoodd Animal Rescue Center di California. Dalam video tersebut, sang anjing teresak-esak sedih kerana kehilangan wanita tua yang menjadi tuannya.

Wiley nampak begitu kehilangan dan berbaring di batu nisan Gladys sambil menangis tanpa suara, hanya seperti anak kecil yang menangis teresak-esak dan membuat kita yang melihatnya akan merasa terharu.
sumber

View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

Rasulullah Menangis Sebab Perangai Perempuan!!

 



Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisr'k hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)




View the original article here