Showing posts with label Mengenal. Show all posts
Showing posts with label Mengenal. Show all posts

Sunday, 1 June 2014

Cinta tak mengenal Usia,Nenek 113 tahun langsung perkahwinan

type='html'>
AZATIHAN dan Aimti.
Xinjiang: Seorang wanita berusia 113 tahun, Azatihan Sawuti semalam melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berusia 70 tahun, Aimti Ahemti di wilayah Bachu, Xinjiang, selepas berkenalan enam bulan lalu.
Menurut laporan, Azatihan sebelum ini pernah menolak lamaran Aimti kerana merasakan dirinya terlalu tua. 
Aimti ketika ditemui wartawan selepas majlis perkahwinan itu berkata, dia tidak mempedulikan faktor usia.

“Saya yakin kami akan bahagia bersama. Saya tidak peduli sama ada dia lebih tua daripada saya. Dia menjaga saya dengan baik dan sanggup berkongsi makanan dengan saya sebelum ini.”
 - Agensi


View the original article here

Friday, 30 May 2014

JEBAKAN SEKS,NAFSU TIDAK MENGENAL SIAPA

type='html'>
imej
New York: Siasatan aktiviti pengedaran bahan lucah membabitkan kanak-kanak bukan saja membongkar rangkaian yang meluas, malah ada antara 71 yang ditahan itu adalah individu yang tidak disangka terbabit dalam kegiatan berkenaan.
Dalam kalangan suspek, penyiasat mendapati mereka adalah pegawai polis New York, Ketua Polis Daerah Westchester, rahib Yahudi di Brooklyn, anggota paramedik dan pengasuh.
Seorang lelaki dari High Bridge, New Jersey, Lori Bauer, 38, pula ditahan kerana menghasil dan mengedarkan imej lucah membabitkan anaknya sendiri.
Pengarah Jabatan Siasatan Keselamatan Dalam Negeri New York, James Hayes Jr berkata, jumlah bahan bukti aktiviti eksploitasi seks dalam kalangan kanak-kanak di New York menunjukkan ia sudah menjadi ‘wabak’ di bandar raya itu.
Dalam operasi mereka, katanya, pihak berkuasa menemui ribuan imej lucah kanak-kanak disimpan di dalam komputer, telefon pintar dan bahan elektronik lain.
“Ada antara kanak-kanak terbabit baru berusia tiga tahun,” katanya. Kata Hayes Jr, jenayah dilakukan suspek sangat menjijikkan dan tidak dapat diterima akal waras.
ANTARA wajah individu ditahan penyiasat di New York.
“Kami menemui puluhan ribu imej menakutkan dan kanak-kanak terbabit digambarkan dalam keadaan yang tidak sepatutnya,” katanya.
Suspek terbabit, Hayes Jr, ditahan di lima lokasi berbeza di sekitar Brooklyn dan Queens.
Sementara itu, Hakim Daerah Brooklyn, Kenneth Thompson berkata, kanak-kanak terbabit adalah mangsa penderaan seksual.
“Aksi mereka dirakam untuk menjadi sebagai hiburan manusia tanpa sifat kemanusiaan,” katanya.
Suspek Yuriy Eydelnant, 50, dituduh memasang kamera di dalam tandas rumahnya di Pulau Staten untuk merakamkan video ahli keluarganya seorang wanita berbogel sejak mangsa berusia 14 tahun.
Pihak berkuasa melancarkan siasatan ekoran penahanan Ketua Polis Mount Pleasant, Brian Fanelli di Valhalla, daerah Westchester 23 Januari lalu.
Kurang dua bulan selepas Fanelli ditahan atas tuduhan kegiatan pornografi kanak-kanak, seorang rahib di Brooklyn, Samuel Waldman, 52, yang bertugas sebagai tenaga pengajar pengajian Yahudi ditahan atas tuduhan memiliki bahan lucah kanak-kanak.
Siasatan yang dijalankan ke atas kedua-dua ‘syaitan bertopengkan manusia’ itu membongkar dalang di sebalik transaksi video dan gambar kanak-kanak melakukan seks atau dicabul oleh orang dewasa. 
- Agensi

View the original article here

Thursday, 29 May 2014

Cara Mengenal Madu Ori


 

 Ajoi dan Sumardi sedang berbual-bual sambil mengeteh. Tiba-tiba ada penjual madu yang ingin mempromosi produknya menghampiri mereka berdua. Tapi mereka berdua menolak dengan baik kerana takde bajet.

Kemudian berlakulah perbincangan diaorang berkisar pasal madu.

Ajoi: Di, ko tau tak cara nak kenal madu ori atau tak ori?

Sumardi: Ntah.. ceciter2.

Ajoi:

Pertama, masukkan ke dalam gelas,kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Kalau beku bermakna madu PALSU.

Kedua, tuang madu ke cawan,kemudian di letakkan atas meja. Kalau dikerumuni semut bererti madu PALSU.

Ketiga, ajak madu anda ke rumah…. kemudian tunjukkan kepada isteri. Jika isteri marah giler, melempar pinggan, memecahkan gelas, bermakna madu tersebut adalah ASLI!

Sumardi: @#$%^&*


b

View the original article here