Showing posts with label Pengakuan. Show all posts
Showing posts with label Pengakuan. Show all posts

Tuesday, 21 October 2014

HABIS ROSAK!!! Pengakuan Berani Mati Playgirl: Mulanya Sakit Tapi Bertukar Nikmat




USIANYA baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela

oleh 30 lelaki yg dikenali di FB.



Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku

pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.



Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki 

seperti rakan lain yg berwajah cantik tetap menebal dalam diri.



Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yg mahu mengenali dirinya, dia 

menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.



Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula

mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun.



Bukan tiada yg menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan 

hanya ikut kepala sendiri.



“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama 

di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas 

dan benci dengan sikap penyibuk mereka.



“Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 

(SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki mencari keseronokan

 dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.



Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal 

sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di 

hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yg dikenali melalui fb membuatkan

dia terus hanyut.



“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak

memberangsangkan. Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa 

datang silih berganti untuk menemani.



“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu 

setiap lelaki yg mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan 

masalah besar,” katanya.



Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga 

ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama.



“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yg 

mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yg 

mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.



“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah

 mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan,

 akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini.



Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan

sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya

dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.



“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan 

perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yg kini menghidap ketumbuhan 

di rahim. 



-

View the original article here

Tuesday, 14 October 2014

Pengakuan Jujur Isteri Yang Tidak Tahan Berjauhan Dengan Suaminya


SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) bersama tiga anaknya di ibu kota meneruskan kehidupan seperti biasa. Faktor tidak biasa dengan cuaca terlalu sejuk membuatkan Zamira memilih membesarkan anak-anak di negara tercinta sahaja.
Jika sebelum ini dia hanya menjadi suri rumah sepenuh masa, Zamira juga memilih untuk bekerja bagi menghilangkan rasa bosan di rumah.
Wanita berusia 31 tahun ini akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi.
Anak-anaknya berusia lingkungan lima hingga lapan tahun juga sudah mula ke sekolah, dek kerana cita-cita tertangguh dahulu, Zamira turut mendaftarkan diri sebagai pelajar sambilan di sebuah universiti tempatan mengambil jurusan pentadbiran perniagaan.
Hidup Zamira memang penuh dengan aktiviti, setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 7 malam dia akan berada di pejabat.
Bila balik pula dia menguruskan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah esok hari dan hujung minggu pula Zamira menghadiri kelas menuntut ilmu di peringkat ijazah.
“Suami memang ada menyarankan saya memenuhi masa supaya saya tidak akan rasa bosan dan merinduinya. Memang semenjak bercinta kami tidak pernah berenggang dan langsung tidak pernah berpisah walau untuk sehari.
“Jadi setelah suami ditugaskan ke luar negara sesuatu yg amat sukar bagi saya melepaskannya. Atas sebab itu saya disuruh suami menyambung pelajaran dan bekerja supaya ada rakan-rakan yg dapat menghiburkan hati,” cerita Zamira di awal pertemuan kami.
Mujurlah juga Zamira mempunyai seorang pembantu rumah yg baik hati dan jujur jadi Zamira tidak mempunyai tekanan memikirkan keadaan rumah dan anak-anaknya di rumah.
Dek kerana jauh, suami Zamira hanya akan pulang ke tanah air kira-kira lima bulan sekali. Kerinduan Zamira dan anak-anak pada suami dilepaskan semata-mata menerusi internet atau panggilan video.
“Hampir setahun suami berkhidmat di sana saya semakin boleh mengadaptasi kehidupan tanpanya. Kalau dulu saya tidak boleh memandu, kini saya sudah berjaya memiliki lesen memandu dan suami juga membelikan saya sebuah kereta mewah semata-mata untuk menggembirakan hati saya yg berkorban menjaga anak-anak sepanjang peninggalannya ke luar negara.
“Semakin seronok saya bergaya dengan kereta dan kerjaya yg memerlukan interaksi dengan orang ramai. Hingga pada satu hari saya bertemu dengan seorang pelanggan lelaki yg berusia dalam 30 tahun. Pada awalnya hubungan sekadar pelanggan, lama-lama kami berkawan pula. Dia mengajak saya keluar minum dan tanpa ragu saya menerima pelawaan,” imbas Zamira.
Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti, Zamira mengakui jiwanya begitu kosong tanpa teman yg bernama lelaki. Bila semakin lama suaminya di luar negara, perasaan kebergantungan menjadi semakin nipis dan Zamira kini sungguh berdikari.
“Walaupun baru dua kali keluar minum dengan Irfan (bukan nama sebenar), saya tidak mampu menidakkan rasa hati. Saya tahu saya mula sukakannya, bukan bermakna saya mahu bercerai dengan suami, tapi saya menganggap Irfan teman di kala sunyi semata-mata dan tidak lebih dari itu.
“Irfan bukanlah jejaka persis hero tempatan tapi bagi saya dia mempunyai daya tarikan tersendiri. Walaupun dia lebih muda dua tahun dari saya, kematangannya terserlah. Pengetahuan amnya juga luas, dari perbualan dengannya saya tahu dia seorang yg kuat membaca.
“Paling saya tertarik dengannya ialah sikapnya yg sungguh mengambil berat. Satu hari kereta saya rosak, Irfan pantas datang menghulur bantuan, perasaan saya padanya semakin hari semakin kuat hinggakan saya lebih banyak berSMS dengannya daripada suami sendiri,” akui Zamira.
Dua bulan berlalu selepas mengenali Irfan, Zamira merasakan kehidupannya sungguh ceria. Jiwanya rasa seakan gadis yg baru mula mengenali erti cinta, satu perasaan yg mengujakan Zamira setiap hari dan dia bersemangat ke pejabat semata-mata untuk makan tengah hari bersama Irfan.
Tersedar dari khayalan
Kemesraannya dan Irfan menyebabkan Zamira ada terdetik di hati untuk berkahwin dengan Irfan. Dia mula merancang strategi mencari alasan berpisah dengan suami. Hinggalah pada satu hari anak sulung Zamira diserang demam denggi, betapa paniknya Zamira kerana terpaksa menguruskan anaknya di hospital seorang diri.
“Di hospital melihat begitu ramai orang sakit, sayu pula hati saya. Makin saya terharu melihat pengorbanan seorang ibu yang menjaga anak dan suami yg sakit di hospital. Begitu tabah ibu itu yg usianya seakan kakak saya sahaja. Berkongsi cerita dengan kakak tersebut, umpama menyedarkan saya daripada khayalan sendiri.
“Ketika itu saya mula mengenang kesilapan diri, betapa jauh saya terlanjur walau tidaklah sampai berdua-duaan dengan Irfan di tempat sunyi tapi saya merasa seakan besar beban dosa yg saya tanggung.
“Ketika menjaga anak di hospital, Irfan ada beberapa kali menghubungi tapi saya tiada hati untuk menjawabnya. Kepada suami saya adukan kegusaran hati tentang anak yang sakit dan akhirnya saya sedar kekhilafan diri.
“Saya mengelak berhubung dengan Irfan dan akhirnya saya memilih untuk berhenti kerja. Saya menukar nombor telefon dan memutuskan hubungan dengan Irfan walaupun di laman sosial. Sementara menunggu notis berhenti, anak saya juga semakin sihat dan pembantu rumah saya juga mahu berhenti kerja kerana akan bernikah.
“Bagaikan satu hikmah yg terbaik disusun yg maha pencipta, saya akhirnya kembali kepada fitrah seorang isteri. Biarpun sudah berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga saya rasa puas kerana dapat berbakti untuk suami.
“Suami saya tidak pernah mengetahui tentang apa yg telah terjadi dan menerima keputusan saya dengan hati terbuka, itulah yg terbaik untuk kami,” ujarnya mengakhiri bicara.

View the original article here