Showing posts with label Respon. Show all posts
Showing posts with label Respon. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

ARTIS!!! Respon Saida, kakak Datuk Siti Nurhaliza isu penceraian Siti Saerah

Tanyalah kepada mana-mana pasangan berkahwin pun, pastinya perceraian menjadi perkara yg mahu dijauhi.

Tetapi siapa yg mampu melawan kehendak takdir, andai perceraian juga menjadi penyelesaian terakhir dalam sebuah perkahwinan.

Baru-baru ini tersebar cerita kononnya adik kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Saida, Siti Sairah dikatakan sudah bercerai dengan suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober lalu di mahkamah di Kuantan. Pasangan itu dikurniakan seorang anak.

Ketika ini, Sairah belum mengulas berita berkenaan. Cuma di laman Instagram miliknya, Sairah ada menitipkan coretan terima kasih kepada yg mendoakan serta memberi semangat di atas apa yang terjadi.

Katanya lagi, setiap yg berlaku ada hikmahnya.


Sementara itu, BH Online dihubungi Saida sebentar tadi berkata, sebagai kakak, dia pernah melalui apa yg dialami adiknya itu. Saida sudah tiga tahun hidup bergelar ibu tunggal.

"Kisah cerai berai ini iyalah kalau boleh untuk simpanan sendiri saja. Nak cakap lebih tak molek pula. Sebagai kakak, saya hanya mampu menyuruh dia (Sairah) kuat. Soal cerai ini memang perkara berat dan ia memang satu-satunya perkara yg kita nak elak.

"Saya harap dia dapat menerima suratan ini dan reda dengan segala apa yg tertulis. Apa saja keputusan dan ketentuan, kita sebagai hamba-Nya harus kuatkan semangat,"
katanya.






 

View the original article here

Friday, 24 October 2014

GEMPAR!!! Respon Ustaz Azhar Idrus Berkenaan Isu Video Panas Yang Dikatakan Miliknya


KUALA TERENGGANU: Penyebaran Video Panas di laman sosial yg kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yg sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.


Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini. "Ini kerana pihak yg berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.

Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.

 


View the original article here