Showing posts with label Sasha. Show all posts
Showing posts with label Sasha. Show all posts

Saturday, 4 October 2014

Fesyen rambut Sasha Saidin yang semakin pelik


Fesyen rambut Sasha Saidin yang semakin pelik - Penampilan pelakon dan model terkenal, Sasha Saidin yang juga merupakan kakak kepada suami Rozita Che Wan kini sudah berubah dan semakin berbeza.


Kalau sebelum ini rambut perang Zain Saidin pernah dikecam peminat sehingga menjadi punca Che Ta mengamuk di laman Instagram, kakaknya pula turut mengubah warna rambut menjadi perang terang.

Pada penulis, penampilan aktres berusia 38 tahun itu lebih cantik dan anggun jika kekal dengan imej berambut hitam. Ini kerana, dengan warna rambut perang sekarang, Sasha kelihatan sedikit berusia dan menakutkan.


Korang boleh perhatikan sendiri perbezaan gambar beliau ketika berambut hitam dan perang di bawah. Mungkin adalah lebih baik kalau Sasha kembali ke imej berambut hitam, pasti ramai jejaka kacak di luar sana akan terpesona dan terpikat.





View the original article here

Friday, 29 August 2014

Sasha Saidin Jadi Model di Padang, Indonesia

 Meskipun tidak lagi aktif menyanyi, namun rezeki bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin tidak terhenti di situ sahaja apabila dia bakal terbang ke Padang, Indonesia bagi menjayakan sebuah pertunjukan fesyen di sana.


Sasha Saidin Jadi Model di Padang, Indonesia, info, terkini, hiburan,


Bukan untuk menyanyi atau berlakon tetapi khidmatnya kali ini akan digunakan sebagai model bagi menjayakan pertunjukan fesyen Islamic Fashion Festival (IFF) di republik berkenaan pada 25 hingga 28 Ogos depan.

Ditemui ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri LOL Entertaiment baru-baru ini, Sasha Saidin berkata dia sangat terharu lagi berbesar hati apabila pihak IFF telah memilihnya untuk menjayakan pertunjukan fesyen berkenaan di sana nanti.

“Saya rasa sangat bertuah kerana dapat mewakili negara dan berpeluang bertemu rakan-rakan baru serta dapat menjelajah ke destinasi baru.

“Sebenarnya saya pernah menjadi model iaitu untuk menjayakan sesi fotografi majalah Wanita di Bukit Tinggi, Sumatera.

“Tet api ini adalah kali pertama saya akan bersama-sama IFF dan mengadakan pertunjukan fesyen di Padang, Indonesia” katanya.

Shasha Saidin telah mencuri perhatian ramai dengan membuat comeback dengan imej terbarunya iaitu gaya rambut perang yang sememangnya sesuai dengan kulit wajah serta personalitinya.

IFF merupakan projek fesyen bertaraf antarabangsa yang telah diperkenalkan oleh Dato Raja Rezza Shah dalam memartabatkan fesyen muslimah di peringkat dunia.

Kata Shasha Saidin, selepas sahaja pulang dari  Padang, dia akan bertolak pula ke Uzbekistan pada 29 Ogos depan bagi memenuhi penggambaran drama terbitan RTM bertajuk Fajar di Bukhara. 


View the original article here