Showing posts with label Satar. Show all posts
Showing posts with label Satar. Show all posts

Monday, 22 September 2014

Majlis Resepsi Alif Satar Dan Isteri Dirai Dengan Cukup Santai!



Setelah selamat diijabkabulkan pada 15 September lalu, pasangan Alif Satar, 24, dan Sha Dila, 30, diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang penuh meriah dan santai malam Sabtu yang lalu.

Bertempat di Marina Putrajaya, majlis menyambut tetamu yang diadakan oleh keluarga pihak lelaki itu bermula seawal jam 8 malam iaitu selepas kedua mempelai tiba dengan pakaian serba putih.






Tanpa sebarang acara berarak yang formal seperti majlis resepsi biasa untuk masuk ke dewan, Alif dan Sha terus berjalan menuju masuk dan menuju ke meja-meja tetamu.

Ketika visual itu ditayangkan Alif dan pasangan turut mengalirkan air mata selepas sebak dengan apa yang keluarga dan rakannya persembahkan khas buat dirinya dan isteri di hari bahagianya.

Istimewanya Alif turut menyampaikan sebuah lagu kegemaran isterinya iaitu Kaulah Segalanya pada majlis tersebut sebagai kejutan buat isteri tersayang. Sha terus mengalirkan air mata kerana terlalu terharu dengan kejutan itu.

Majlis tamat kira-kira jam 11 malam selepas tetamu menjamu selera dan turut mengambil kesempatan merakamkan momen bahagia itu bersama mempelai.
Pasangan terlebih dahulu telah diraikan pada waktu siang dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan oleh pihak perempuan di tempat yang sama.
Alif Satar dan Sha Dila telah mengikat pertunangan pada Januari lalu.



View the original article here

Alif Satar Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz


Alif sah bergelar suami Sha Dila dengan sekali lafaz.

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Alif Satar akhirnya bergelar suami kepada Sha Dila Halid, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda, di sini pada Isnin.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood kira-kira pukul 11.40 pagi.






Sha Dila diwalikan oleh bapanya Halid Mohamad.


Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 20 September ini di Marina Putrajaya.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 24, memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran RM19,000.


Rombongan lelaki turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah telekung, cincin, mas kawin, sirih junjung dan kek.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah cincin, jam tangan, sirih junjung, baju kemeja, minyak wangi, kek dan coklat.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada 20 September ini di Marina, Putrajaya.

Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 14 Januari lalu.



View the original article here

Alif Satar nikah pagi ini


Debaran Alif Satar di majlis pernikahannya yang sedang berlangsung hari ini.

PENYANYI dan pengacara, Alif Satar dan pasangannya, Sha Dila Halid bakal melangsungkan perkahwinan pagi ini.

Majlis akad nikah diadakan di Dewan Perdana Felda, lapor Media Hiburan.






Sementara majlis bersanding kedua-dua belah pihak pula akan diadakan pada 20 September.

“Untuk majlis persandingan, kami akan buat secara bersama bermula dari pagi sampailah ke malam. Ini memandangkan jemputan dari pihak Alif yang lebih ramai dari saya.

Kad insya-ALLAH akan diedarkan tidak lama lagi,” jelasnya.

Alif Satar dan Sha Dila telah mengikat pertunangan pada Januari lalu.



View the original article here