Showing posts with label Sofya. Show all posts
Showing posts with label Sofya. Show all posts

Friday, 30 May 2014

Kenapa Pengundi Persoal Pengalaman Dyana Sofya ?

type='html'>
Dyana sofya

MUDA, cantik dan berpersonaliti menarik dilihat sebagai senjata buat calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.?

?Namun mewakili DAP yang dilabel banyak pihak sebagai parti cauvinis kerana ideologi dan fahaman bersifat perkauman itu 'menggerunkan' segelintir pengundi Melayu.?

?Selain dilihat tidak cukup pengalaman dalam politik, pengundi turut mempersoalkan adakah Dyana yang bakal mencecah usia 27 tahun pada Disember ini berkemampuan untuk menjadi wakil rakyat tanpa menumpukan parti yang dinaunginya.?

?Peniaga, Ahmad Nassam Sokadi, 67, berkata, beliau tidak mengenali Dyana berbanding penyandang kerusi Parlimen Teluk Intan, mendiang Seah Leong Peng.?

?Ahmad berkata, bagaimanapun, beliau menerima Dyana sebagai calon PRK Teluk Intan kerana pernah  menerima khidmat Leong Peng dari parti yang sama sebelum ini.?

?"Dia (Dyana) masih muda, masih baharu. Adakah dia tahu perjuangannya dalam parti??

?"Kita tidak kisah kalau pencalonan Dyana antara lain untuk meraih sokongan pengundi Melayu tetapi tanpa pengalaman agak sukar untuk meyakinkan rakyat," katanya ketika ditemui mStar Online di sini.?

?Bagi suri rumah, Rohana Rozali, 56, calon berpengalaman adalah pilihan pengundi kerana lebih mudah memberi khidmat kepada rakyat.?

?Tambahnya, Dyana masih dianggap baharu dalam politik maka dia perlu diberi pendedahan bagi meyakinkan pengundi, terutama Melayu.?

?"Kalau tak ada pengalaman mungkin agak susah, kita pun kurang yakin. Kalau dia kata mahu menentang perkauman, dia kena buktikan terlebih dahulu semasa berkempen," katanya yang merujuk antara misi Dyana adalah untuk menangani isu perkauman.?

?Sementara itu, nelayan, Mohd Abdul Rahman, 52, turut berpendapat bahawa Dyana seharusnya memberi laluan kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan.?

?Katanya, Siew Keong lebih berkelayakan memandangkan beliau pernah menjadi wakil rakyat di kawasan Parlimen itu selama dua penggal.?

?"Ini bukan soal Dyana berbangsa Melayu mewakili DAP atau tidak tetapi sebagai rakyat Teluk Intan, saya lebih mementingkan kredibiliti seseorang itu tanpa mengira parti mana," kata Mohd.?

?Bagaimanapun, pandangan anak muda dilihat berbeza apabila memilih Dyana kerana mempercayai calon itu mempunyai idea baharu dalam kepimpinan.?

?"Sebagai wakil rakyat, bukan kira usianya tetapi perubahan yang akan dilakukan demi rakyat. Itu yang kita harapkan pada calon muda," kata suri rumah, Lily Maslina Mohd Razali, 22.?

?Bagi Mohd Shahrin Naim, 23, pula melihat adalah wajar memilih calon Melayu untuk diberi peluang menjadi wakil rakyat.?

?"Tidak ramai golongan muda diberi peluang seperti Dyana maka adalah sebaik-baiknya beliau diberi peluang menjadi contoh kepada anak muda Melayu tampil berani membawa suara rakyat," katanya.?

?PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berikutan kematian penyandang, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.?

?Kawasan parlimen itu terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India.

Sumber mStar Online



View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

Jika menang saya akan menetap di Teluk Intan - Dyana Sofya

type='html'>
Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud

TELUK INTAN: Calon DAP dalam pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sekali lagi menegaskan beliau akan menetap di daerah tersebut sekiranya dipilih sebagai ahli parlimen kawasan itu.

Dyana Sofya yang membentangkan manifestonya hari ini turut berazam untuk memperjuangkan perwakilan wanita sebanyak 30% di Parlimen selain jawatan utama dalam sektor swasta dan kerajaan.

"Sekiranya diberi mandat, saya juga akan menetap di Teluk Intan dan menggunakan amanat sebagai duta pekan yang indah ini untuk menarik perhatian Parlimen kepada isu yang penting buat rakyat.

"Saya juga menuntut caruman sosial wanita dilaksanakan seperti mana yang dinyatakan Pakatan Rakyat (PR) di mana setiap isteri berhak dilindungi di bawah skim ini," katanya pada satu sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini, hari ini.

Lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) berkata, sekiranya pengundi di Tluk Intan memilih beliau, apa yang ingin diperjuangkannya adalah memecahkan benteng pekauman yang sekian lama membelenggu rakyat Malaysia.

Katanya, beliau akan mengenegahkan politik berlandaskan dasar yang membawa pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Saya mewakili generasi muda untuk membawa satu politik baru buat masa depan negara. Jika dipilih saya akan berusaha melawan rasuah, salah guna kuasa dan pembaziran kewangan negara.

“Saya juga akan memperjuangkan tadbir urus yang baik, bersih dan telus sebagai mana yang dilakukan kerajaan negeri PR,” katanya.

aStro Awani





View the original article here