Showing posts with label Super. Show all posts
Showing posts with label Super. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

TAHNIAH!!! Johan Raja Lawak Dinobatkan Juara Super Spontan 2014


Gelanggang akhir Super Spontan 2014 telah bersiaran pada malam Jumaaat 24 Oktober 2014.

Enam finalis hebat iaitu Johan (Abe Macho), Yus (Sugar Kane),Tauke (John Senah), Shahrol (Super Gayung), Shuib (Raksasa Comey) dan Achey (Acik Gelek) telah bersaing hebat untuk merebut gelaran juara.

Kekalahan kumpulan Mawas Berduri sebelum ini menyaksikan dua orang peserta iaitu Jihan dan Rahim telah diundi keluar oleh ahli kumpulan mereka sendiri. Itulah takdirnya dan yg tinggal adalah enam peserta yg terhebat pada aksi final Super Spontan 2014.

Imbas kembali, Johan (Abe Macho), Shuib (Raksasa Comey), Tauke (John Senah), Shahrol (Super Gayung) dan Yus (Sugar Kane) tidak mempunyai masalah untuk beraksi di gelanggang akhir selepas masing-masing pernah menyertai program Super Spontan untuk edisi pertama dan kedua.

Jika dilihat kepada senarai pemenang dua edisi sebelum ini, Johan merupakan individu yg memiliki kelebihan selepas dua tahun berturut-turut berada di tempat kedua program Super Spontan.

Kelebihan dan pengalaman Johan memberi peluang untuk pelawak kelahiran Ampang, Selangor ini untuk melangkah sebelah kaki sebagai juara Super Spontan 2014.

KEPUTUSAN JUARA FINAL SUPER SPONTAN 2014

Berikut adalah keputusan rasmi dan senarai pemenang Super Spontan 2014 minggu akhir

1. Juara : Johan RM100,000
2. Naib Juara : Shahrol RM50,000
3. Ketiga : Shuib RM25,000
4. Keempat : Achey RM5,000
5. Kelima : Yus RM5,000
6. Keenam : Tauke RM5,000

Banyak kejutan telah berlaku di pentas final Super Spontan 2014 pada alam ini. Akhirnya Johan telah dinobatkan sebagai Juara Super Spontan 2014 edisi ketiga ini. Penonton yg datang melihat secara langsung di MITC, Melaka ternyata begitu terhibur dengan aksi mereka.

 


View the original article here

Wednesday, 4 June 2014

Demi Mirip Super Model Gadis Cantik Ini Lakukan Pembedahan Plastik


Seorang gadis dari Korea Selatan sanggup membuat pembedahan plastik semata-mata ingin kelihatan seperti model terkenal jenama Victoria’s Secret, Miranda Kerr. Gadis tersebut muncul dalam satu episod bagi rancangan Martian X-Files, yang berkisarkan kehidupan aneh dan unik individu bukan selebriti dan kali ini tetamunya ialah seorang wanita yang menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Miranda Kerr. Gadis tersebut sanggup melakukan pembedahan plastik untuk menyerupai idolanya itu.

“Saya nak kelihatan seperti Miranda Kerr, jadi saya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan demi merealisasikan impian tersebut,” katanya.

Gadis itu berkata dia hanya melakukan pembedahan di bahagian mata dan hidung. Dan selebihnya hanya melalui solekan di wajah untuk kelihatan mirip Miranda Kerr – Gadis ini mulakan dengan langkah solekan asas. Langkah seterusnya ialah kening dengan menambah tirus tajam seperti Miranda. Gadis ini juga menghabiskan masa yang paling lama di bahagian mata, kemudian menambah beberapa penekanan pada bahagian bibir.



View the original article here