Showing posts with label Tentera. Show all posts
Showing posts with label Tentera. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

Heboh Gambar Budak Kecil Pijak Kepala Tentera Syria Yang Di Pancung


Di Petik dari dailymail.co.uk, sebuah gambar menjadi bualan hangat setelah di muat naik di media sosial yang menunjukkan seorang Pejuang ISIS kelihatan tersenyum sambil memegang anaknya memijak kepala askar Syria yang telah di pancung.

Bapa kanak-kanak itu yang dipercayai menjadi penyokong Negara Islam, sambil membongkok "lelaki berjanggut", memakai baju putih, membantu anaknya untuk mengangkat kaki dan menendang kepala mayat. Bapa kanak-kanak kelihatan tersenyum melihat anak kecilnya memijak kepala askar syria tersebut.


View the original article here

Monday, 13 October 2014

Laluan Tentera Bergajah Abraha Yang Cuba Memusnahkan Kaabah (Surah Al-Fil) Berjaya Dikesan




Sekumpulan peminat sejarah Saudi berjaya mengesan laluan yang digunakan tentera bergajah Abraha yang cuba memusnahkan Kaabah lebih 1,400 tahun lalu.


Kitab suci al-Quran, dalam satu bab menerangkan secara ringkas kisah mengenai tentera bergajah yang diketuai Abraha Al-Ashram, gabenor Yaman ketika itu.

Allah SWT memusnahkan Abraha dan tentera, termasuk 13 gajah dengan menghantar sekumpulan burung ababil untuk menggugurkan batu kecil ke atas mereka.

“Tiada batu yang mengena askar itu tetapi mereka terbakar dan hancur. Abraha melarikan diri ketika badannya terbakar dan hancur sebelum mati dalam perjalanan pulang ke Yaman,” kata ulama dan pentafsir al-Quran terkenal abad ke-14, Ibn Kathir.


Kumpulan penyelidik sejarah itu melakukan perjalanan merentasi gunung dan laluan sukar, mengambil gambar mercu tanda penting, bermula di utara Najran, kemudian ke timur Asir sebelum meneruskan perjalanan ke timur Asir.

Antara tapak sejarah penting di sepanjang perjalanan itu ialah lakaran gambar gajah pada tembok Gunung al-Qahr di tenggara Tathlith, perigi lama di Hafaer di timur Asir dan jalan berturap berhampiran Kara di daerah Aqeeq di wilayah Baha.

Ketua bahagian geologi di Universiti Raja Saud, Mohammed Al-Amry, berkata, dia melihat laluan Abraha dan tenteranya di Tathlith dan Baha.

“Kami melepasi kawasan berbatu dan terdapat tulisan dalam bahasa Humairiya di beberapa tempat di gunung sekitar daerah itu,” katanya.


Menurut sumber sejarah Islam, Abraha penganut Kristian, merancang mendirikan gereja di Sanaa, sama seperti Kaabah di Makkah. Dia mahu penduduk Arab datang beribadah di Sanaa bukan Makkah dengan berharap dapat melencongkan kegiataan perniagaan bagi faedah Yaman.


Dia mengemukakan idea itu kepada Raja Habsyah ketika itu yang bersetuju dengan rancangan berkenaan. Abraha membina gereja itu tetapi masyarakat Arab enggan melakukan ibadah di Sanaa.


Ia mencetuskan kemarahannya, mendorongnya membentuk pasukan tentera untuk menyerang Makkah dan memusnahkan Kaabah. Dia menumpaskan semua tentera Arab ketika mara sehingga dia tiba di Makkah apabila dia dan pasukannya diserang burung Ababil yang dihantar Allah (SWT).

View the original article here

Friday, 3 October 2014

Heboh Gadis Cantik Sertai Tentera Di China

Kehadiran wanita cantik dalam sebuah institusi tidak menjadi hal yang tidak asing lagi. Bukan hanya polis yang mempunyai polis wanita yang boleh memikat hati kaum adam.

Seorang gadis di China bernama Joyin berjaya menarik perhatian ramai. Tidak hanya dalam China, kecantikannya memperoleh kemasyhuran antarabangsa ketika foto-fotonya dimuat naik dalam beberapa laman media sosial.

Foto-foto itu yang diambil oleh Yan Jiajun dari Universiti Zhejiang di China. Ia memang rutin mengambil gambar upacara indoktrin * tentera setiap tahun dan memuat naik di media sosial. Tahun ini, heboh di katakan oleh orang ramai yang terpikat melihat seorang gadis cantik dalam foto yang dimuat naik oleh Jiajun.

Seperti yang dilaporkan oleh laman Rocketnews24, Minggu, 28 September 2014, beberapa orang bahkan mengulas bahawa mereka tidak keberatan untuk menyertai tentera hanya untuk dia. Saat melihat beberapa fotonya sedang melakukan latihan, anda akan merasa ini adalah sesi foto dengan tema tentera, bukan seorang anggota tentera.



View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

Tentera British Memeluk Islam



"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman"
Surah Al-Mu'minun, Ayat 1

Aku masih ingat ketika berusia 20 tahun, didalam sebuah gereja di Jerman, di sebuah berek Tentera British, mabuk sehingga jam 4 pagi, jelas aku ingat bagaimana aku menangis dan bertanya 'Tuhan' apa tujuan hidupku, untuk apa? Aku tidak tahu ketika itu bagaimana untuk meminta ampun, aku tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah. Aku menghabiskan 12 tahun sebagai seorang tentera, di pelbagai tempat, jahil dengan apa yang merosakkan cara pemikiranku telah menyebabkan orang lain menderita. Tetapi aku pastinya tidak boleh menjadi terlalu jahat.

Kemudian aku bekerja dalam perkhidmatan keselamatan yang memberikan aku kesenangan, bekerja di peringkat tertinggi. Aku fikirkan yang aku akan menikmati kehidupan sebenar, tetapi aku tidak pernah benar-benar merasa gembira, sentiasa tercari-cari, tetapi tidak pernah jumpa penyelesaiannya.

Pada tahun 2008 aku telah ke Gambia dengan abangku untuk memancing. Gambia adalah sebuah negara Islam. Orang-orangnya begitu baik, membuatkan aku kurang selesa pada mulanya.

Semua orang yang aku jumpa begitu baik, begitu ramah, begitu mengalu-alukan, pada fikiranku mungkin mereka berbuat baik untuk mengambil kesempatan.

Kemudian aku kembali ke UK. Dirundung masalah. Aku mendapatkan nasihat dan bantuan dari jauh, iaitu dari saudara Hayaz Ibnu Hameen. Aku perlu faham tentang Islam ... ingin mengenali Allah (SWT), dan ingin mengenali siapa Muhammad (saw). Selepas banyak mengkaji dan sedikit usaha, aku dapat merealisasikannya. Selepas 40 tahun mencari, aku menjumpai segala-galanya.

Aku kembali ke Gambia, memeluk Islam. Allah tunjukkan aku jalan. Dan kini aku mula tahu untuk apa aku hidup, apa yang segala-galanya adalah mengenai Islam. Kini namaku Ibraheem Camara. Aku seorang Muslim dan aku menjalankan kerja dakwah di jalan Allah.

Sila SHARE! Mungkin diluar sana ramai yang masih tercari-cari seperti saudara baru kita IBRAHEEM CAMARA. Doakan beliau.




View the original article here