Showing posts with label Tumbuh. Show all posts
Showing posts with label Tumbuh. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

BENARKAH Susu Tepung Punca Ramai Bayi Tumbuh Payudara


Info Pelik. Sejak bulan Ogos tahun lalu dikhabarkan sejumlah bayi di China mengalami pertumbuhan payudara. Sehingga kini, semakin banyak kes serupa terjadi di beberapa bahagian negara itu antaranya Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing.

Susu tepung yg dikatakan mengandungi hormon seks dikenalpasti sebagai penyebab pertumbuhan payudara pada bayi-bayi ini. Meskipun begitu, Menteri Kesihatan China menolak tanggapan itu.

Baru-baru ini juga ditemukan pada sejumlah bayi enam bulan yg mengalami pubertas dan juga pada kanak-kanak berusia dua tahun. Diduga sejumlah hormon ini adalah gonadotropins dan testosterone.

Beberapa pakar kesihatan mengatakan, perkara ini adalah normal terjadi pada bayi dan keadaan ini akan kembali ketika bayi berusia dua tahun.

Selain daripada pertumbuhan payudara, ia antara lain memberikan kesan satu di antara 5000-10000 bayi yg ditandai dengan tumbuhnya bulu di bawah ketiak dan bulu kemaluan serta pertumbuhan yg cepat.

Sebuah kajian yg dikeluarkan Universiti North Carolina pada tahun 2010 pernah membuktikan gadis keturuan Kauskasia di AS mengalami pertumbuhan yg cepat ketika usia mereka masih muda dimulai pada usia 7 hingga 10 tahun.



 


View the original article here

Monday, 16 June 2014

Misteri Tanduk Seperti Tunggul Kayu Tumbuh Dileher Lelaki Ini.


Selama lebih dari 30 tahun lelaki berasal China bernama Li Zhibing, hidup dengan tanduk yang tumbuh di lehernya. Lelaki 62 tahun ini telah mengalami keadaan tubuh yang jarang berlaku itu sejak 1980.

Seperti diberitakan Oddity Central, tanduk yang keluar dari leher Zhibing ini masih belum diketahui penyebabnya dan tanduk misteri ini tumbuh dengan sangat cepat beberapa tahun terakhir.

Keinginan terbesar Zhibing adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang tanduk misteri yang tumbuh di lehernya. Sebelumnya, dia pernah mendapat rawatan doktor bahkan cuba rawatan herba menggunakan tumbuhan ubat yang diambil dari gunung di dekat rumahnya.

Tanduk yang tumbuh di leher bahagian belakang lelaki dari Shiyan, China, ini tumbuh hingga sepanjang 15cm dan kelihatan seperti tunggul kayu. Jika tanduknya kembali tumbuh dia sering merasakan demam, sehingga Zhibing merasa sangat bimbang setiap hari.

Zhibing mengatakan bahawa tanduk yang tumbuh di lehernya ini menimbulkan ketidakselesaan saat dia ingin mencuci rambutnya atau berpakaian. Beberapa orang menduga bahawa keadaan unik yang dialami Zhibing ini mungkin tanduk yang berkaitan dengan kulit.

View the original article here