Showing posts with label Tumbuk. Show all posts
Showing posts with label Tumbuk. Show all posts

Monday, 8 September 2014

MH17: Iqram Dinzly Minta Insiden Tumbuk Jurufoto Tidak Dipanjangkan



Pelakon Iqram Dinzly meminta agar insiden ahli keluarga mangsa MH17 menumbuk jurugambar New Straits Times Press (NST), Mohd Aizuddin Akmal Saad tidak dipanjangkan oleh mana-mana pihak.

Iqram, 33, yang juga merupakan cucu saudara kepada mangsa MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussain berkata, tindakan tersebut mungkin tidak disengajakan apabila keluarga mangsa gagal mengawal emosi.






"Saya harap pihak media dan keluarga saling memaafi antara satu sama lain, mungkin ada perkara yang tidak sengaja berlaku dan menyentuh emosi atau privasi pihak keluarga mangsa.

"Bagi saya ada individu yang tidak mampu menahan emosi mereka. Jadi saya rasa perkara ini tidak perlu dipanjangkan dan lebih elok kita bermaafan agar tidak menjadi lebih keruh. Kita anggap sahaja ia sebagai kejadian yang tidak diduga," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Iqram berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejadian jurugambar New Straits Times (NST), Mohd Aizuddin Akmal Saad, 29, yang ditumbuk seorang lelaki ketika membuat liputan di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.


Jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin ketika diusung oleh rakan juruterbang dan orang ramai untuk solat jenazah di masjid negeri di Shah Alam, Selasa. Foto BERNAMA

Sementara itu, Iqram yang menghadiri upacara pengebumian jenazah datuk saudaranya iaitu juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin berkata sepanjang upacara itu pihak media telah bertindak secara profesional.

Allahyarham Wan Amran merupakan antara sembilan jenazah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi Selasa lalu.




Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, dekat sini, Selasa.

"Saya mengucapkan terima kasih bagi pihak keluarga Allahyarham Wan Amran kepada semua wartawan yang membuat liputan mengenai arwah.

"Sepanjang kerja pengebumian, pihak media telah menjalankan kerja mereka dengan profesional dan saya kagum mereka menghormati privasi keluarga apabila meminta izin untuk ditemuramah terlebih dahulu," ujarnya.

Tambahnya, kerjasama yang diberikan oleh semua pihak termasuk kerajaan Malaysia dan MAS telah melancarkan proses mengenal pasti mayat sehinggalah pengebumian berlangsung.

Dalam pada itu, Iqram berkata, keluarga Allahyarham menerima pemergian tersebut dengan redha.

View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

[7 Gambar & Video] Jurugambar NST Kena Tumbuk Keluarga MH17 di Taman Nirvana Sg Besi

[7 Gambar & Video] Jurugambar Kena Tumbuk Keluarga MH17 di Taman Nirvana Sg Besi | Satu video mengejutkan berlaku di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi apabila seorang jurugambar NST cedera ditumbuk oleh salah seorang keluarga mangsa nahas MH17.

[7 Gambar] Jurugambar NST Kena Tumbuk Keluarga MH17 di Taman Nirvana Sg Besi

Belum dapat dipastikan punca sebenar kenapa jurugambar dari New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk oleh salah seorang waris keluarga mangsa nahas pesawat MH17.

Kejadian dikatakan berlaku sejurus selepas jasad Paul Goes, Subashni J.Retnam dan Kaelamayajay Goes (21 bulan) tiba di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi.


Subashini atau lebih mesra disapa Shuba Jay merupakan peserta musim pertama program popular Sehati Berdansa itu maut ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Amsterdam, Belanda bersama suaminya, warga Belanda iaitu Paul dan anak perempuan mereka, Kaela, 21 bulan.

Dalam program Sehati Berdansa pada 2010 mediang telah bergandingan dengan bapanya, J Retnam AJ Karuppiah, 64, dan banyak terbabit dalam pementasan teater yang dipentaskan di Actor‘s Studio.


Pihak polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengawal keadaan. Berdasarkan maklumat awal dan gambar-gambar yang diterima SuaraTV, jurugambar tersebut dikatakan sedang mengambil gambar jenazah yang tiba sebelum ditumbuk oleh salah seorang waris keluarga yang berang.


Ekoran kejadian tersebut, beliau cedera di hidung dan kamera yang digunakan rosak.


Pesawat komersial MH19 yang membawa sembilan jenazah, termasuk dua juruterbang pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, jam 6.37 pagi ini.


Pesawat berkenaan membawa lima keranda dan empat bekas abu – tiba dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, Belanda sebelum bergerak ke Kompleks Bunga Raya, bagi istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17 yang dijadual diadakan jam 8.30 pagi ini.

[7 Gambar] Jurugambar NST Kena Tumbuk Keluarga MH17 di Taman Nirvana Sg Besi

Jenazah dua juruterbang pesawat MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong serta dua warganegara Belanda adalah antara sembilan jenazah yang tiba pagi ini.




sumber
http://www.suara.tv/2014/09/02/mh17-jurugambar-nst-ditumbuk-waris-keluarga/

View the original article here