Showing posts with label Warga. Show all posts
Showing posts with label Warga. Show all posts

Thursday, 5 June 2014

Lelaki kulit putih warga Brazil sanggup bedah muka untuk jadi Lelaki Asia

type='html'>
XIAHN kini kelihatan sama seperti orang Asia. Gambar kecil, wajah asal Xiahn.

Sao Paulo: Seorang lelaki kulit putih warga Brazil sanggup mengambil risiko menjalani banyak pembedahan plastik dalam usaha kelihatan seperti orang Asia.
Xiahn atau nama asalnya Max, 25, menggemari lagu K-Pop dan drama Korea serta obses untuk kelihatan seperti orang tempatan ketika menyertai program pertukaran pelajar di Korea Selatan.
Tempoh satu tahun di Universiti Dongseo meningkatkan keinginannya untuk mempunyai ‘mata sepet’ dan rambut hitam.
“Saya sering menarik kelopak mata saya ketepi agar kelihatan sepet. Saya mahu ia kelihatan seperti itu,” katanya.
Xiahn menjalani lebih 10 pembedahan untuk mendapatkan rupa yang diidamkan dan membelanjakan hampir RM10,000 untuk kelihatan seperti lelaki Asia.
“Saya rasa kini saya dapat apa yang saya mahukan. Cuma perlu tunggu bengkak pembedahan ini surut untuk mendapatkan hasil akhir. Saya tidak takut jika terjadi sesuatu yang buruk, tetapi bimbang jika terdapat parut di mata yang akan membuatkan saya kelihatan ‘plastik’. Namun, semuanya berjalan baik,” katanya.
Selepas melakukan pembedahan, Xiahn mengenakan kanta lekap berwarna hitam dan mewarnakan rambutnya dengan warna sama Menjawab segala kritikan yang dilemparkan, Xiahn menulis di status di Facebook: “Walau siapapun kita, kita hanya hidup sekali dan perlu jadi sesuatu yang kita inginkan.” Xiahn yang mendapat banyak ‘like’ di Facebook berkata dia terpikat dengan kehidupan di Korea Selatan sejak berusia 19 tahun.
Dia menemui pakar pembedahan plastik di Brazil bagi melakukan beberapa siri pembedahan dan ayahnya menyokong pilihan yang dibuat, namun ibunya tidak memberi galakan.
“Bagi saya, menukar penampilan adalah normal,” katanya. 

- Agensi


View the original article here

Friday, 23 May 2014

Warga Emas Bernafsu Cabul 3 Budak

Seorang lelaki Britain berusia 73 tahun ditahan selepas didakwa mencabul kehormatan tiga kanak-kanak bawah umur.



Stanley James Lamb ditahan polis Carcar kerana disyaki meraba bahagian sulit kanak-kanak itu di kediamannya di Barangay Perrelos, Cebu kelmarin.

Ketua Polis Wilyah Visayas, Superintendan Danilo Constantino berkata, Stanley didakwa di bawah akta pencabulan Filipina.

Katanya, identiti ketiga-tiga mangsa yang dirahsiakan atas faktor keselamatan.

Danilo berkata, Stanley menjemput mangsa ke rumahnya sebelum mengambil kesempatan dengan meraba bahagian sulit mereka.

Tertuduh ditahan di balai polis Carcar sementara menunggu pertuduhan difailkan ke atasnya.

Sabtu lalu, seorang diplomat Itali berusia 46 tahun ditahan di pusat peranginan Laguna selepas dituduh menyeludup dan mendera tiga kanak-kanak lelaki.

Menurut saksi, duta Itali di Turkmenistan, Daniele Bosio dilihat “meraba dan membelai” kanak-kanak itu di kolam renang.

Bosio ditahan di balai polis BiƱan sementara kanak-kanak itu yang didakwanya gelandangan dari Manila, diletakkan di Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan. -Agensi


Warga Emas Diserang Sawan Ketika Berasmara Di Hotel

Miri – Seorang lelaki warga emas dikejarkan ke hospital selepas diserang sawan ketika melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya di sebuah hotel, di sini, kelmarin.



Kejadian berlaku jam 11.30 pagi itu menyebabkan teman wanitanya berusia 20-an panik dan segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan selepas lelaki berusia 60-an itu mengalami kekejangan di seluruh tubuh.

Difahamkan, lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga tetapi dipercayai mengunjungi hotel terbabit bagi memadu asrama dengan wanita berkenaan, dipercayai kekasih gelapnya.

Menurut sumber, sepasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Tindakan pantas paramedik Hospital Miri berjaya menyelamatkan warga emas terbabit yang dipercayai kekejangan seluruh badan selain mulutnya berbuih.

“Lelaki itu dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan di hospital dan dibenarkan keluar hari ini (semalam),” katanya.

Menurut sumber itu, selepas disoal siasat, wanita terbabit mengakui mangsa diserang sawan secara tiba- tiba ketika mereka melakukan hubungan seks.

Sementara itu, jurucakap Hospital Miri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan sebelum membawa lelaki itu ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, keadaan lelaki itu stabil dan dibenarkan keluar sehari selepas itu. –Harian Metro