Showing posts with label Wayar. Show all posts
Showing posts with label Wayar. Show all posts

Thursday, 29 May 2014

WAYAR EARPHONE TERSEKAT DALAM KEMALUAN SEORANG LELAKI!!

(China): Tidaaaak. Seorang lelaki berusia 32 tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas memasukkan wayar fon telinga ke dalam uretranya dan tersekat di dalam saluran air kencingnya itu.

Menurut laporan akhbar di di Guangzhou, dia bertindak demikian bukan kerana seks.

Pesakit yang dikenali dengan nama Luo saja itu tiba di Hospital Shuguang Shenzhen bagi merawat jangkitan pada saluran kencing.

Dia pada awalnya gagal memberitahu perkara sebenar kepada doktor mengenai wayar yang dimasukkan sendiri sebagai rawatan untuk memulihkan penyakit yang dihidapinya.

Pengarah hospital, Xu Chang berkata, Luo mengidap beberapa penyakit dan melakukan prosedur sendiri beberapa kali sebelum ini setelah rakannya menyarankan idea berkenaan.

Idea itu akhirnya mendatangkan bencana kepadanya.

Namun, Luo bernasib baik setelah wayar berukuran 45 sentimeter berjaya dikeluarkan. - Agensi

View the original article here

Tuesday, 27 May 2014

Wayar fon telinga tersekat dalam kemaluan


Seorang lelaki berusia 32 tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas memasukkan wayar fon telinga ke dalam uretranya dan tersekat di dalam saluran air kencingnya itu.

Menurut laporan akhbar di di Guangzhou, dia bertindak demikian bukan kerana seks.

Pesakit yang dikenali dengan nama Luo saja itu tiba di Hospital Shuguang Shenzhen bagi merawat jangkitan pada saluran kencing.

Dia pada awalnya gagal memberitahu perkara sebenar kepada doktor mengenai wayar yang dimasukkan sendiri sebagai rawatan untuk memulihkan penyakit yang dihidapinya.

Pengarah hospital, Xu Chang berkata, Luo mengidap beberapa penyakit dan melakukan prosedur sendiri beberapa kali sebelum ini setelah rakannya menyarankan idea berkenaan.

Idea itu akhirnya mendatangkan bencana kepadanya.

Namun, Luo bernasib baik setelah wayar berukuran 45 sentimeter berjaya dikeluarkan.

Friday, 23 May 2014

Slimo, Pengecas Iphone Tanpa Wayar

Seperti yang anda ketahui, trend mengecas telefon pintar tanpa wayar sudah menjadi semakin popular kerana ia mudah, tidak memerlukan kabel yang panjang dan sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa anda.



Terdapat telefon pintar yang mempunyai ciri untuk mengecas tanpa wayar seperti Samsung Galaxy S3, Google Nexus 5, Nokia Lumia 920 dan peranti-peranti keluaran terbaru.

Malangnya kebanyakan telefon pintar yang ada sekarang tidak mempunyai ciri tersebut tetapi dengan menyambungkan Slimo kepadanya, telefon pintar anda dapat dicas tanpa menggunakan wayar.

Ianya direka dengan rekaan yang sangat nipis dan ringan. Anda hanya perlu menyambungkannya ke lightning port di Iphone anda dan seterusnya meletakkannya di atas pengecas.

Buat masa ini ianya hanya menyokong Iphone dan masih menunggu lebih banyak dana untuk menyokong port USB.

Anda boleh mendapatkannya dengan harga £48 (RM261+ termasuk penghantaran ke Malaysia) di laman Kickstarter.

Sumber: Kickstarter