Showing posts with label merajuk. Show all posts
Showing posts with label merajuk. Show all posts

Monday, 17 November 2014

BOLEH TRY!!!Kisah Sweet.. Hadiah ‘Nasi Ayam’ Untuk Pujuk Tunang Merajuk




Penangan Iphone 6 sememangnya luar biasa.

Macam-macam versi kita dengar kisah telefon bimbit canggih idaman ramai ini. Namun kisah kami kongsikan ini mungkin antara yg paling sweet malah ia berlaku di tanahair kita.

Ini adalah kisah adik selebriti terkenal, Fizo Omar bernama Wan Diana Omar. Kisah ini jadi viral gara-gara ramai yg terharu selepas mengetahuinya.

Segala-galanya bermula apabila Wan Diana dikatakan merajuk terhadap tunangnya, Mohd Hafiz.

Bagaimanapun, Mohd Hafiz yg memiliki akaun Instagram @mhfzz pandai meredakan kemarahan bakal isterinya dengan memuat naik gambar sebungkus nasi ayam beserta nota minta maaf, lalu meminta Wan Diana keluar untuk mengambilnya.

Wan Diana kemudiannya re-post gambar tersebut di akaun Instagramnya dengan membalas, “At this hour. Are you kidding me baby??”





Rupanya, nasi ayam ini bukan nasi ayam biasa-biasa taw!





Sebaik dibuka bungkusan nasi ayam diberikan Mohd Hafiz, nyata tiada sebarang nasi mahupun ayam sebaliknya sebuah telefon bimbit Iphone 6.

Apa lagi, kemain sukalah Wan Diana melihat hadiah tidak disangkakan itu. Terus hilang rasa amarah yg membelenggu diri.

Gila! Kalau macam gini punya hadiah siapa yg nak marah lama-lama kan?


Ramai pengguna Instagram memuji usaha dilakukan Mohd Hafiz untuk menjaga hati pasangan yg boleh dikira romantik abis ni. Tak kurang juga, yg berharap kekasih hati masing-masing melakukan kejutan seumpama ini.

Hm, sekadar info tambahan.. dengar-dengarnya tunang Wan Diana ini merupakan sepupu kepada Shila Amzah..







Apa-apa pun, kami ucapkan selamat berbahagia kepada Wan Diana Omar dan Hafiz yang dah tak lama lagi dah, bakal bergelar suami isteri. - MYNEWSHUB



View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Awal Ashaari Nafi Merajuk Tidak Dipilih Jadi Pengacara AF 2014



Pengacara Awal Ashaari menafikan dia merajuk dan terasa hati apabila stesen televisyen Astro tidak memilihnya sebagai pengacara program realiti popular Akademi Fantasia 2014 (AF 2014).

Awal, 33, berkata, dia sendiri tidak mengharap untuk mengendalikan rancangan tersebut berikutan baharu sahaja selesai mengacarakan rancangan The Band terbitan stesen televisyen itu.






"Saya tidak 'sentap' atau merajuk langsung bila tidak dipilih sebagai pengacara AF 2014 kerana saya baru sahaja terlibat dengan The Band.

"Mereka ada hubungi saya dan bertanyakan soal bayaran dan kekosongan jadual, namun saya tahu tidak mungkinlah dua program berturut-turut mereka mahukan saya," katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Koleksi Baharu Musim Luruh 2014 Jenama Ecco, di Restoran The Bee, Publika Dutamas, di sini, Isnin.


Awal dan Scha menggayakan beg jenama Ecco.

Turut hadir pada pelancaran tersebut ialah isterinya aktres Scha Al-Yahya.

Awal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip ruangan pojok di sebuah akhbar kononnya dia merajuk sehingga membawa diri ke Perth, Australia minggu lalu akibat tidak terpilih menjadi pengacara rancangan AF 2014.

Sebaliknya, rancangan tersebut menampilkan pengacara berpengalaman iaitu Faizal Ismail bagi menemani Zizan Razak.

Dalam pada itu, Awal berkata, dia menganggap rakan seperjuangannya itu layak dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkenaan.




"Bila saya tengok Faizal Ismail diumumkan sebagai pengacara saya anggap itu sebagai rezeki untuk dia dan peluang dia untuk memulakan kerjaya dengan stesen televisyen itu.

"Kita pun tahu Faizal dulu terkenal dengan stesen TV3 tetapi apabila diterima ke stesen berbayar ini, ia satu perkembangan yang baik," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang isu bayaran tertunggak oleh sebuah produksi ketika mengacarakan rancangan realiti The Band, Awal berkata pihak tersebut telah menghubunginya.

Katanya, pihak produksi itu sudah merancang untuk bertemu dan menyelesaikannya secara baik.



"Alhamdulillah, mereka sudah hubungi saya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik," katanya.

Dalam pada itu, bercakap tentang majlis tersebut, Awal berkata, dia dan isterinya hadir ke pelancaran tersebut sebagai tetamu istimewa.

Katanya, pihak jenama Ecco memberi mereka beberapa produk seperti kasut dan beg tangan untuk membuat penilaian terhadap barangan berkenaan.

"Kami hanya jemputan istimewa untuk majlis ini. Pihak Ecco memberi beberapa barangan untuk kami buat penilaian," ujarnya.

View the original article here

Friday, 29 August 2014

Siti Nurhaliza, Sentap dan merajuk manja itu biasa


Penyanyi, Siti Nurhaliza

Hari ini (21 Ogos) genap lapan tahun usia perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa (Datuk K).

Bagi penyanyi lagu Jaga Dia Untukku itu, tempoh lapan tahun yang dilalui penuh dengan warna kegembiraan, cabaran dan ujian seperti mana pasangan berkahwin lain.

Ada yang indah untuk dikenang sebagai memori terbaik dalam perkahwinannya dan tak kurang untuk dititip sebagai pengajaran serta pengalaman berharga yang mendewasakan hidup.

BH Online menghubunginya sebentar tadi untuk berkongsi rasa dari sudut hatinya bergelar wanita paling istimewa dalam hidup Datuk K.






"Sebagai seorang wanita dan selebriti yang berkahwin, lapan tahun ini cukup membahagiakan Siti. Alhamdulillah di atas semua yang dilalui selama ini. Kahwin itu dengan sendirinya kita merujuk kepada perkongsian hidup antara dua insan. Saling lengkap melengkapi.

"Perkahwinan dengan lelaki yang pernah berkahwin dan mempunyai empat anak lelaki memberi skeptikal tersendiri pada awalnya. Tapi Siti bertuah anak suami menghormati dan menerima diri ini seadanya. Tapi adatlah rumah tangga mana tak dilanda masalah. Sentap sana dan sini serta merajuk itu biasalah. Barulah seronok dan thrill kalau begitu.

"Kalau tak ada sentap atau merajuk manja itu hambar jadinya. Cuma apabila ada masalah, paling penting suami dan isteri perlu bawa berbincang. Komunikasi itu juga penting untuk kita atasi masalah yang timbul supaya tidak berlarutan," katanya.

Bagi Siti, suaminya secara jelas begitu matang melayari perkahwinan mereka.

"Dia banyak bagi nasihat. Biasalah kalau ada percanggahan serta perbezaan pendapat. Dugaan itu ada di mana-mana. Jadi menerusi komunikasi dua hala, kita sama-sama menjelaskan serta memahami keadaan berbangkit. Kalau dia melenting, Siti tak boleh tambah panasnya. Kena tunggu dia cool dulu.

"Kalau Siti merajuk, sebelum tidur dia akan pujuk selalunya. Siti merajuk pun tak lama. Kami bergaduh manja itu selalunya tak berpanjangan. Kalau nak terasa lagi, itu cerita lain," katanya.

Dari sisi kebahagiaan yang dilalui Siti, persoalan mengenai zuriat terus-terusan dinantikan ramai.

"Pasangan berkahwin mana yang tak mahukan zuriat sendiri. Siti tak terkecuali. Walau bagaimanapun Siti tahu perancangan Tuhan itu lebih baik. Semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz mengenai jodoh, rezeki, takdir dan juga soal anak.

"Siti dan suami tak pernah putus berusaha soal ini. Tambahan pula kami memang sukakan budak-budak. Hingga saat ini Siti percaya ketentuan kepada setiap perjalanan hidup ini. Doa terus dipanjatkan di samping usaha, supaya yang diingini dipermudahkan. Selebihnya Siti banyak berserah," kata pengusaha produk SimplySiti itu.




Sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka, Siti dibawa suami ke satu restoran di Kuala Lumpur untuk meraikannya.

"Di usia lapan tahun ini, bukan hadiah yang diberikan menjadi ukuran. Yang dilebihkan ialah lebih kepada soal terus merencana masa depan selain mengukuhkan kasih sayang supaya semakin kuat. Kalau di awal perkahwinan dulu, kita masing-masing cuba memahami rentak pasangan dan kini lebih memberi semangat serta sokongan padu.

"Dalam tempoh lapan tahun itu, Siti juga diuji dengan cabaran getir apabila suami berdepan kemalangan jalan raya di New Zealand sekitar hujung tahun 2012. Tapi Alhamdulillah suami sudah 99 peratus sihat sepenuhnya dan Siti sendiri melihat prosesnya untuk terus kuat menjalani kehidupan kini.

"Tempoh sekarang pun bukan seperti zaman bercinta yang sepanjang masa perlu menghubungi sesama sendiri. Kita sudah faham dengan kesibukan masing-masing tapi apa terjadi pun komunikasi seperti yang saya tekankan menjadi nadi dalam melancarkan hubungan," katanya.

Ahad ini sekitar jam empat, Siti akan berada di pusat membeli belah Pavilion untuk sesi bertemu dan beramah mesra dengan peminat dalam mempromosikan album terbarunya, Fragmen.

"Sudah lama Siti tak buat sesi ini bersama peminat. Tapi Siti teruja dan tak sabar untuk bertemu mereka nanti," katanya.

View the original article here