Showing posts with label selatan. Show all posts
Showing posts with label selatan. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

Jom Lihat Keunikkan Suku Kaum Di Selatan Ethiopia

"Hans Silvester" seorang jurugambar kelahiran Jerman, mempromosikan puak Mursi tinggal di Lembah Omo Selatan Ethiopia,  fenomena organik.

Rakyat Surma dan puak-puak Mursi tinggal di Lembah Omo Selatan Ethiopia adalah "pelukis badan" mereka menconteng badan mereka dengan pigmen yang dibuat dari tanah sebagai amalan dahulu dan yg terjadi setiap hari - ibu cat bayi, kanak-kanak dan orang dewasa cat diri mereka sendiri dan antara satu sama lain, dalam tradisi yang nampaknya tidak berubah selama beribu-ribu tahun. Lukisan mereka terdiri daripada reka bentuk abstrak bulatan, garis-garis, titik dan berputaran, kadang-kadang memberi tumpuan kepada bahagian tertentu tubuh, untuk semua-lebih kepada corak bunga, zig-zags dan cap jari yang membentuk pelbagai mempesonakan pada seluruh badan. Putih, kuning, oren dan oker; pigmen semula jadi yang mereka gunakan adalah berasal dari tanah dan batu persekitaran mereka. Lukisan harian Puak-puak 'adalah satu ungkapan yang penting dalam kehidupan mereka - lebih unsur kepada mereka daripada muzik atau tarian. Terpesona oleh Surma dan lukisan amalan puak-puak Mursi dan kagum dengan keindahan seni.








View the original article here

Tuesday, 21 October 2014

Doktor dari Afrika Selatan pilihan Elaine Daly


ELAINE mengakui berasa teruja kerana bakal mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pilihannya, Nick Boden.

NADA suara pengacara dan pelakon Elaine Daly, 37, kedengaran begitu teruja tatkala mengkhabarkan berita mengenai perkahwinannya yang akan berlangsung pada 4 Disember depan.

Menerusi perbualan telefon bersama Kosmo!, pelakon drama Astana Idaman meluahkan perasaan tidak sabar untuk menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihannya, Nick Boden, 38, yang bertugas sebagai doktor.






Menurut Elaine, walaupun tidak sampai setahun mengenali Nick, namun, dia mempunyai alasan tersendiri untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan lelaki berasal yang berasal dari Afrika Selatan itu.

KOSMO!: Tahniah atas berita gembira ini Elaine! Bagaimanakah anda mengenali bakal suami anda?

ELAINE: Terima kasih. Saya mula mengenali Nick sekitar bulan Mac tahun ini. Pada waktu itu, teman rapat saya yang bersungguh-sungguh mengajak saya menghadiri sebuah majlis makan malam. Pada mulanya, saya agak kebera­tan namun, mungkin takdir mahu menemukan saya dengan Nick, jadi, saya pergi juga.

Apakah perasaan anda ketika mula-mula bertemu dengan Nick?

Selepas diperkenalkan, kami bertukar nombor telefon dan mula berbalas mesej. Saya akui mengambil masa untuk bersetuju apabila diajak keluar bersamanya. Namun menurut Nick, dia jatuh cinta pandang pertama ketika mula-mula berjumpa dengan saya (ketawa).

Apakah istimewanya Nick di mata anda?

Dia merupakan seorang yang sangat baik, pemurah, bercita-cita tinggi dan faham dengan kerjaya saya. Tambahan pula dia boleh berbahasa Melayu!


ELAINE bersama bakal suaminya, Nick Boden.

Adakah dia telah menetap lama di Malaysia?

Ya, sudah hampir 10 tahun dia menetap di Malaysia. Dia juga sudah mendapat kerakyatan tetap dua tahun lalu.

Tempoh perkenalan anda dengan Nick masih terlalu awal. Tidakkah keputusan mendirikan rumahtangga itu agak terlalu awal?

Saya percaya, jika kita ditakdirkan untuk menerima sesuatu, kita akan menerimanya dalam apa jua keadaan. Begitu juga dengan jodoh. Saya pentingkan perkara yang berkaitan dengan arah tuju masa depan. Lagipun, kami berdua mempunyai karier yang stabil, jadi lebih baik mempercepatkan perkara yang baik.

Adakah anda sudah merancang majlis perkahwinan anda?

Ya, semuanya telah dirancang. Kami akan mengadakan sebuah majlis kecil di sebuah restoran pada 4 Disember depan. Kemudian, sebuah majlis di Afrika Selatan turut dirancang bagi meraikan perkahwinan kami bersama ibu bapanya di sana.

Bilakah anda akan melangsungkan resepsi di Afrika?

Pada 17 Januari tahun depan. Ia sungguh istimewa kerana majlis itu akan diadakan pada hari kelahiran saya yang ke-38.



View the original article here

Monday, 20 October 2014

Inilah Bandar Yang Terletak Paling Selatan Di Dunia

 Ushuaia is the southernmost city in the world and it’s a common stop for tourists on their way to Antarctica. As you can see, it’s unlike any other place in the world.















View the original article here

Thursday, 5 June 2014

TRAGEDI MH370,Saintis kaji bunyi misteri dikesan di selatan India

type='html'>
Bunyi tersebut dikatakan telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikenalpasti sekitar pantai barat Australia

KUALA LUMPUR: Sekumpulan saintis antarabangsa sedang mengkaji satu bunyi misteri berfrekuensi rendah bawah laut yang dikesan pada masa yang sama ketika pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan dikesan kali terakhir oleh radar satelit.

Bunyi terbabit dikatakan berasal dari selatan negara India.

Ia percayai telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikesan oleh dua alat penerima (receiver) sekitar pesisiran pantai dan selatan Perth, Australia, lapor laman berita United Kingdom, Telegraph.

Namun lokasi asal isyarat itu adalah hampir lima ribu kilometer dari barat laut Australia, yang mana lokasinya tidak sama dengan lokasi carian MH370 di Australia yang dibuat berdasarkan data satelit Firma British, Inmarsat sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kekuatan bunyi tersebut adalah di luar lingkungan pendengaran manusia.

Telegraph turut memetik laporan New York Times yang menemubual Ahli Sains Marin dari Universiti Curtin, Alec Duncan mengenai bunyi tersebut.

Duncan berkata beliau menganggarkan hanya terdapat 25 hingga 30 peratus peluang untuk bunyi tersebut datang dari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac yang lalu.

“Hanya 25 hingga 30 peratus kebarangkalian bunyi tersebut datang dari pesawat MH370, walaupun rendah namun berbaloi untuk dikaji” kata Duncan kepada New York Times.

Kata Duncan lagi, bunyi tersebut telah dikesan oleh alat penerima yang biasanya beroperasi untuk memantau aktiviti ikan paus.

Sementara itu, dalam laporan yang sama dari Telegraph menyatakan bahawa seorang wanita British, Katherine Tee, 41 memberitahu Thailand Gazette  bahawa dia dan suaminya ada terlihat sebuah pesawat terbakar ketika belayar dari Lautan Hindi ke Thailand.

Tee mendakwa kejadian berkenaan disaksikan olehnya pada 8 Mac namun hanya membuat laporan mengenainya pada keesokan harinya.

“Ketika itu saya nampak sebuah pesawat terbakar, seluruh badan pesawat diselubungi api yang marak dan asap hitam berkepul-kepul.

“Saya fikir mungkin saya hilang akal seketika, objek tersebut menarik perhatian saya. Ia kelihatan berwarna jingga terang dan bersaiz lebih panjang dari kapal terbang biasa” beritahu Tee kepada Thailand Gazette.

Menurut Tee lagi, pada masa yang sama dia terlihat pesawat lain berdekatan dan menyangka mereka pasti telah membuat laporan berkenaan pesawat yang terbakar itu.

“Ada dua pesawat di bawah kapal terbang yang terbakar itu, dan mereka bergerak ke arah lain ketika itu. Mereka mempunyai lampu navigasi normal.  Saya masih ingat ketika itu saya terfikir bahawa dua pesawat tersebut pasti sudah melaporkan mengenai kapal yang terbakar itu” cerita Tee lagi.

Pada 29 Mei,Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC)menyimpulkan bahawa pesawat MH370 tidak hilang di kawasan empat isyarat ping dikesan sebelumi ini.

Kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat MH370 selepas empat isyarat ping yang dipercayai datang dari kotak hitam  pesawat diiystiharkan sebagai bukan kawasan pesawat MH370 hilang.

aStro Awani

View the original article here