Monday 10 February 2014

Isu Terkini Zainal Abidin Rawop



Pengulas sukan, Zainal Abidin Abd. Rawop bersetuju membayar nafkah bulanan sebanyak RM4,700 sebulan kepada tiga orang anaknya yg kini di bawah jagaan bekas isteri di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam semalam.




Beliau yg diwakili peguam Syarie, Norhasliza Dzulkepeli memaklumkan demikian kepada Hakim Azmi Aziz selepas mencapai persetujuan bersama berhubung tuntutan nafkah tersebut dengan Kristina Zuhana Kamarolzaman, 43.

Selain itu, pengulas sukan tersebut turut bersetuju untuk menunaikan nafkah tahunan kepada anak-anaknya yg kini berusia 20, 15, dan 12 tahun sebanyak RM7,800 merangkumi perbelanjaan membeli kelengkapan Aidilfri sebanyak RM2,600, Aidiladha (RM500), percutian (RM3,000) & perbelanjaan awal persekolahan (RM1,800).

Kristina Zuhana, 42, memfailkan kedua-dua permohonan itu terhadap Zainal Abidin, 46, pada 4 Februari lalu selepas mereka sah bercerai pada 14 Jun 2012.

No comments:

Post a Comment