Monday 10 February 2014

Sofi Jikan Tunjuk Gangter Di Tempat Awam

Siapa yg tak kenal dengan Sofi Jikan, pelakon yang serasi dengan watak mafia & mempunyai karisma tersendiri.




Sering diberikan watak seseorang yg berlagak pailang dalam filem-filem lakonannya, Sofi nyata berjaya menjiwai karektor hingga mendapat pujian ramai penonton.

Tapi yg tak sedapnya, sikap Sofi dalam lakonan dikatakan terbawa-bawa ke dunia luar.

Menerusi satu status yang dikongsikan di Facebook, Sofi dikatakan sombong, berlagak & mengamuk sampai membuka baju semata-mata kerana isu parkir. Sofi turut didakwa berkata kepada penjaga parkir bahawa dia merupakan pelakon terkenal (superstar).

Benarkah begitu? Maklumlah, status ini cuma cerita sebelah pihak sahaja. Setelah menghubungi Sofi Jikan bagi mendapatkan kepastian, barulah diketahui cerita sebenar.




Tidak menafikan berlaku pertelingkahan antara dirinya dengan penjaga parkir, Sofi bagaimanapun menyifatkan insiden itu berlaku kerana dia tidak dapat menerima hakikat pelakon sepertinya mendapat layanan buruk.

Ceritanya, pada hari kejadian Sofi ke sana sebagai tetamu di sebuah syarikat penerbitan namun disebabkan penjaga parkir berbangsa asing tidak mengenali dirinya, dia tidak dibenarkan meletakkan kenderaan.

“Saya tidak sekali-kali menyalahkan syarikat penerbitan tetapi diri sendiri yg terlalu sensitif. Bagaimanapun siapa boleh sabar kalau datang sebagai tetamu tapi tidak diberikan parkir sedangkan masih terdapat berpuluh-puluh petak kosong.

“Perkara ini mungkin tidak terjadi jika pekerja itu ada budi bahasa. Jadi saya melayan dia sebagaimana dia melayan saya dahulu,” ujar Sofi.

No comments:

Post a Comment