Monday 10 February 2014

Penyanyi Bernama BLACK Bakal Bergelar Bapa



Jika sebelum ini Black Hanifah & pasangannya, Naquia Yasirah atau Chira pernah menyatakan hasrat mereka untuk segera menimang cahaya mata selepas berkahwin mungkin menjadi kenyataan.



Baru-baru ini, Black bercerita bahawa dia telah membawa Naquia Yasirah ke hospital untuk pemeriksaan doktor selepas isterinya itu sudah beberapa minggu tidak datang haid.

Namun doktor tersebut tidak dapat memberikan kata putus bahawa ianya disebabkan kehamilan.



"Doktor beritahu mungkin terlalu awal untuk mengesahkan perkara itu & dia menyuruh isteri saya membuat pemeriksaan sekali lagi sebulan dari sekarang”.

“Kami memang sangat teruja untuk menunggu keputusan ini kerana kami sama-sama sukakan kanak-kanak.

Malah ketika mengerjakan Umrah pun kami berdoa agar dikurniakan cahaya mata segera,” ujar Black.

Penyanyi popular ini turut berkata, beliau tidak kisah berapa orang cahaya mata yg bakal dikurniakan kepada dia & isterinya kerana baginya itu adalah pemberian & kurniaan dari Tuhan.

Apa-apa pun kami mendoakan Black & Cira dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, menerusi update terkini dilaman Instagram milik Black, Chira dilaporkan mengalami demam paans yg mengejut pada pagi 9 Febuari lalu. Semoga cepat sembuh diucapkan.

No comments:

Post a Comment