Monday 10 February 2014

Zizan & Emma Bakal Berkahwin





Status hubungan cinta antara pelakon Zizan Razak & Emma Maembong terus menjadi tanda tanya sehingga ini. Tiada siapa pun yang tahu samada mereka benar-benar sedang bercinta atau tidak kerana belum ada pengakuan rasmi yg keluar dari mulut Zizan.

Sebelum ini, peminat pernah mendedahkan bukti-bukti pasangan Zizan Razak & Emma Maembong memang sedang bercinta namun masih tidak cukup menyakinkan orang ramai.

Gosip paling baru membabitkan dua selebriti ini ialah dakwaan individu tertentu yg mengatakan Zizan Razak telah bertemu dengan keluarga Emma Maembong & mereka bakal berkahwin tahun depan. Samada benar atau tidak gosip terbaru itu, kita tunggu sahaja kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak. Berita baik sepatutnya dihebohkan kepada umum jika tidak mahu menjadi bahan ejekan & kritikan peminat sepertimana yg berlaku kepada Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

No comments:

Post a Comment